SOALAN
Salam.
Saya graduan UiTM yang ingin memulakan perniagaan tak lama lagi. Saya mempunyai beberapa pertanyaan.
Ayah saya mempunyai sebuah syarikat Sdn. Bhd (tiada projek) dan Enterprise (construction). Beliau ingin saya mengambil alih syarikat Sdn. Bhd tersebut apabila saya memulakan perniagaan saya nanti (perniagaan penternakan) menggunakan nama syarikat Sdn. Bhd. Masalah saya ialah, expenses untuk syarikat Sdn. Bhd terlalu tinggi termasuk (sewa pejabat, audit syarikat, gaji pekerja). Tidak releven bagi saya yang baru memulakan perniagaan dengan expenses yang terlalu tinggi. Soalan saya,
"adakah setiap perniagaan perlu mempunyai audit syarikat masing-masing?"
"apa yang perlu saya lakukan sekiranya tidak memerlukan khidmat syarikat audit?"
"perlukah saya menyediakan setiap laporan seperti mana yang telah disediakan oleh audit syarikat saya sebelum ini atau cuma mengemukakan akaun untung dan rugi sahaja?"
Terima kasih.
Munirah
JAWAPAN
Salam.
Maafkan saya kerana lambat menjawab pertanyaan saudari.
Memang betul bagi mereka baru menceburi perniagaan, kos ini amat besar dan kadang-kadang rasa macam tak berbaloi. Kos-kos tersebut seperti kos Audit, kos Secretary, Kos Cukai dsb, setiap tahun kena buat dan perlu ditanggung kos tersebut. Itulah adat dalam berniaga dan tidak boleh dielakkan.
Untuk makluman, setiap Syarikat Sdn. Bhd. telah diwajibkan oleh Akta Syarikat 1965 perlu diaudit selepas 60 hari dari tarikh tutup tahun kewangan (Seksyen 169). Kemudian, dalam tempoh 6 bulan selepas tarikh kewangan, AGM perlu diadakan (Seksyen143 dan Seksyen 165). Ianya wajib dan tidak boleh dielakkan. Kegagalan akan menyebabkan Pengarah akan didenda dibawah Seksyen 171. Pada ketika ini, banyak Pengarah telah didenda minimum sebanyak RM2,000. Sedangkan Akta boleh menyaman sehingga RM30,000.
Cadangan saya:
1. Kalau tak aktif Syarikat Sdn. Bhd tersebut, tutup sahaja (strike-off). Akan tetapi, kalau winding-up, kosnya tinggi, paling kurang RM5,000.
2. Kalau nak cut cost, sikit sebanyak saya boleh membantu. Untuk makluman, saya juga mempunyai Perniagaan seperti di bawah :
a. Auditing (Audit)
b. Accounting (Perakaunan)
c. Company Sercretarial (Setiausaha Syarikat)
d. Taxation (Percukaian)
e. Consultancy and Business Advisory.
Perniagaan merangkumi Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, K.Lumpur, malah ianya tak terhad, boleh merangkumi satu Malaysia. Ketika ini, saya banyak membantu customers saya terutama yang mengalami kesukaran seperti masalah cash flows, kegawatan ekonomi dsb, dalam membantu mereka dari pelbagai sudut supaya mereka boleh terus berniaga dalam keadaan tempoh sukar bagi mereka. Antaranya, mengenakan caj-caj yang amat minima. Cuma berharap pada satu ketika bila perniagaan tersebut pulih, barulah mereka dapat membayar kembali seperti asal. Ini harapan saya, sama-sama berniaga.
Saya boleh merancangkan kos yang minimum untuk saudari supaya saudari tidak tertanya-tanya dan tahu serta memahami kos dan situasi perniagaan saudari. Objektif saya supaya kita sama-sama berniaga dan saling bertimbang rasa. Boleh hubungi saya sekiranya terdapat permasalahan dan perlukan khidmat nasihat.
p/s: harap ini membantu