July 9, 2013

PROSEDUR PENUBUHAN SYARIKAT SDN. BHD.


From    : "En. xxx"
To        : mr.radzi@yahoo.com
Sent     : Wednesday, January 10, 2013 11:03 PM
Subject: PROSEDUR PENUBUHAN SYARIKAT SDN. BHD.

Assalamualaikum En. Radzi. Saya ingin bertanya mengenai cara penubuhan sesebuah syarikat sdn. bhd.

SOALAN 1

Saya berkerja dengan sebuah syarikat swasta yang juga sebuah entiti Sdn. Bhd. Apakah menjadi kesalahan jika saya membuka satu syarikat di bawah nama saya dan menjadi Ahli Lembaga Pengarah di Syarikat tersebut sedangkan saya masih berkerja dengan syarikat lain?

JAWAPAN

Ianya tidak menjadi kesalahan untuk Tuan membuka satu syarikat Sdn Bhd di bawah nama Tuan, ini kerana tiada halangan dalam penubuhan sesebuah syarikat melainkan;
  • Berumur 18 tahun ke atas dan waras. 
  • Tidak dikecualikan di bawah Akta Syarikat, 1965 (Seksyen 16(3A) dan 123(4) yakni:-
          1) Tidak disabitkan muflis
          2) Tidak pernah didakwa di dalam atau di luar Malaysia atas sebarang kesalahan berkenaan dengan
               promosi, penubuhan dan pengurusan sesebuah pertubuhan;
          3) Terlibat dalam penipuan atau ketidakjujuran yang dapat dihukum atau disabitkan dengan hukuman
              penjara 3 bulan atau lebih ; atau
          4) Di bawah Seksyen 132, 132A atau di bawah Seksyen 303, dalam tempoh lima tahun sebelum
              tarikh deklarasi ini.
          5) Tidak pernah dipenjarakan atas kesalahan yang dirujuk pada perenggan (2) dalam tempoh 5 tahun.

Ia turut tidak menjadi satu kesalahan Tuan menjadi Ahli Lembaga Pengarah di syarikat tersebut kerana tiada syarat-syarat yang di tetapkan melainkan syarat yang dinyatakan diatas.

SOALAN 2

Keluarga berminat untuk membuka syarikat persendirian (sdn bhd) atas nama saya. Mereka yang menjadi anggota Lembaga Pengarah adalah saya (rakyat malaysia) dan bapa tiri yang mana bukan rakyat Malaysia. Adakah ia menjadi satu kesalahan?

JAWAPAN

Ianya bukannya menjadi satu kesalahan sekiranya Ahli Lembaga Pengarah bukan dikalangan rakyat tempatan, ini kerana Kesemua Pengarah,Pemegang Saham,Setiausaha Syarikat dan saksi yang terlibat dalam penubuhan sesebuah syarikat samaada warga negara Malaysia atau asing mesti mempunyai alamat tempat tinggal yang tetap di Malaysia.

Seksyen 122(1), Akta Syarikat 1965: Syarikat Sdn. Bhd. Yang baru hendaklah mempunyai dua(2) orang Pengarah dan dua(2) orang Pemegang Saham di mana:
• Bermastautin atau beralamat di Malaysia
• Berumur 18 tahun ke atas

p/c : Sekian, dimaklumkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...