January 18, 2013

SOAL JAWAB : PEMBATALAN NAMA SYARIKAT


SOALAN

Assalamualaikum Encik Radzi.
Saya dan suami mempunyai sebuah syarikat Sdn. Bhd. Kami ingin menutup syarikat tersebut. Bolehkah kami menutup syarikat ini, kerana syarikat masih mempunyai hutang dengan bank?

JAWAPAN

Di bawah Seksyen 308 Akta Syarikat, 1965 memperuntukkan prosedur bagi syarikat untuk dibubarkan tanpa perlu menjalankan proses formal penggulungan.


Proses pembatalan nama syarikat merupakan satu proses yang membolehkan Pendaftar Syarikat menggunakan budi bicaranya untuk membatalkan nama sesebuah syarikat dari Daftar sekiranya Pendaftar Syarikat berpuas hati bahawa:

  • Syarikat tersebut tidak lagi beroperasi dan menjalankan perniagaan seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 308(1) AS 1965;
  • Syarikat telah digulung tetapi tiada pelikuidasi yang bertindak;
  • Pelikuidasi gagal menyerah simpan penyata dan akaun syarikat yang digulung; atau
  • Syarikat tidak mempunyai aset atau aset tidak mencukupi untuk membuat permohonan perintah pembubaran dari Mahkamah.
Keperluan untuk permohonan menurut Seksyen 308 (3).



Di bawah sub-perenggan (b) dan (c) sebagaimana yang disebut di atas. Berdasarkan permohonan daripada pelikuidasi (liquidator), pelikuidasi harus memenuhi keperluan berikut: 

  • Hal-ehwal syarikat kekal tidak berubah untuk tempoh enam (6) bulan atau lebih.
  • Hal-ehwal syarikat telah digulung sepenuhnya dan mendapati tiada aset yang tertinggal. Syarikat itu mestilah tidak mempunyai aset ketara atau aset yang ada dalam syarikat tidak mencukupi untuk membayar kos mendapatkan perintah Mahkamah untuk membubarkan syarikat.
  • Pihak syarikat tidak perlu mempunyai apa-apa aset yang perlu ditadbir oleh Pelikuidasi yang sebelum membuat permohonan.
  • Syarikat tidak perlu mempunyai apa-apa penalti tertunggak atau tawaran sebatian di bawah Akta Syarikat 1965. Pelikuidasi mesti memastikan bahawa semua liabiliti yang melibatkan harta syarikat telah diselesaikan sepenuhnya sebelum penyerahan permohonan untuk pemotongan dengan Pendaftar. 
  • Semua cukai liabiliti tertunggak (jika ada) dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri ditanggung oleh Pelikuidasi yang mentadbir estet syarikat mesti telah diselesaikan sepenuhnya.
  • Pelikuidasi mesti memastikan bahawa semua liabiliti itu diselesaikan sebelum permohonan untuk pemotongan dibuat. 
  • Semua hutang kepada jabatan agensi-agensi Kerajaan dan lain-lain ditanggung oleh Pelikuidasi dalam mentadbir estet syarikat mestilah diselesaikan sepenuhnya. Keterhutangan ini tidak termasuk liabiliti yang ditanggung oleh syarikat itu sebelum ia ditutup. Pelikuidasi mesti memastikan bahawa semua liabiliti itu diselesaikan sebelum permohonan untuk pemotongan dibuat.
Sesebuah syarikat yang telah dibatalkan dari Daftar disifatkan telah dibubarkan setelah notis pembatalan nama dikeluarkan dalam Warta Kerajaan.


Berdasarkan maklumat di atas, jelas menyatakan pihak Puan dan suami harus menyelesaikan hutang-hutang syarikat terlebih dahulu sebelum membatalkan nama syarikat Puan.


SOAL JAWAB : PENUBUHAN SYARIKAT SDN BHD

From    : "En. xxx"
To        : mr.radzi@yahoo.com
Sent      : Wednesday, January 10, 2013  11:03 PM
Subject : PROSEDUR PENUBUHAN SYARIKAT SDN. BHD.

ASSALAMUALAIKUM ENCIK RADZI
Saya ingin bertanya mengenai cara penubuhan sesebuah syarikat sdn. bhd.

SOALAN 1

Saya berkerja dengan sebuah syarikat swasta yang juga sebuah entiti Sdn. Bhd. Apakah menjadi kesalahan jika saya membuka satu syarikat di bawah Nama saya dan menjadi Ahli Lembaga Pengarah di Syarikat tersebut sedangkan saya masih berkerja dengan syarikat lain?

JAWAPAN

Ianya tidak menjadi kesalahan untuk Tuan membuka satu syarikat Sdn Bhd di bawah nama Tuan, ini kerana  tiada halangan dalam penubuhan sesebuah syarikat melainkan;
• Berumur 18 tahun ke atas dan waras.
• Tidak dikecualikan di bawah Akta Syarikat, 1965 (Seksyen 16(3A) dan 123(4) yakni:-
   o Tidak disabitkan muflis
   o Tidak pernah didakwa di dalam atau di luar Malaysia atas sebarang
      kesalahan berkenaan dengan promosi, penubuhan dan pengurusan  
      sesebuah pertubuhan;
   o Terlibat dalam penipuan atau ketidakjujuran yang dapat dihukum atau
      disabitkan dengan hukuman penjara 3 bulan atau lebih ; atau
   o Di bawah Seksyen 132, 132A atau di bawah Seksyen 303, dalam tempoh
      lima tahun sebelum tarikh deklarasi ini.
   o Tidak pernah dipenjarakan atas kesalahan yang dirujuk pada  
      perenggan (2) dalam tempoh 5 tahun.

Ia turut tidak menjadi satu kesalahan Tuan menjadi Ahli Lembaga Pengarah di syarikat tersebut kerana tiada syarat-syarat yang di tetapkan melainkan syarat yang dinyatakan diatas.

p/c : Sekian, dimaklumkan.


SOALAN 2

Keluarga berminat untuk membuka syarikat persendirian (sdn bhd) atas nama saya. Mereka yang menjadi anggota Lembaga Pengarah adalah saya (rakyat malaysia) dan bapa tiri yang mana bukan rakyat Malaysia. Adakah ia menjadi satu kesalahan?

JAWAPAN

Ianya bukannya menjadi satu kesalahan sekiranya Ahli Lembaga Pengarah bukan dikalangan rakyat tempatan, ini kerana Kesemua Pengarah,Pemegang Saham,Setiausaha Syarikat dan saksi yang terlibat dalam penubuhan sesebuah syarikat samaada warga negara Malaysia atau asing mesti mempunyai alamat tempat tinggal yang tetap di Malaysia.
Seksyen 122(1), Akta Syarikat 1965:

Syarikat Sdn. Bhd. Yang baru hendaklah mempunyai dua(2) orang Pengarah dan dua(2) orang Pemegang Saham di mana:
• Bermastautin atau beralamat di Malaysia
• Berumur 18 tahun ke atas

p/c : Sekian, dimaklumkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...