October 21, 2013

ENTERPRISE KEPADA SDN. BHD.



SOALAN:

Salam Tuan,
Saya mempunyai syarikat kontraktor kelas F enterprise, lengkap bersama lesen MOF. Masalahnya agak sukar untuk saya mendapatkan kontrak pembekalan kerajaan yang menggunakan lesen MOF kerana syarikat saya adalah enterprise bukan Sdn. Bhd. Jadi saya bercadang untuk menukar syarikat saya dari enterprise ke Sdn. Bhd. tetapi saya tidak tahu caranya. Mohon penerangan dari pihak tuan cara dan syarat-syarat yang diperlukan.

Sekian terima kasih

En. XXX

JAWAPAN:

Waalaikumsalam, En. XXX.

Untuk makluman Tuan, perniagaan Milikan Tunggal (Enterprise) secara undang-undang tidak boleh dinaik tarafkan kepada Syarikat Sdn. Bhd. Hal ini kerana kedua-dua entiti ditubuhkan di bawah akta yang berbeza iaitu bagi Enterprise, akta yang digunakan adalah Akta Perniagaan 1956 manakala Syarikat Sdn. Bhd. menggunakan Akta Syarikat 1965. 

Sekiranya Tuan Ingin menubuhkan perniagaan Syarikat Sdn. Bhd., segala aktiviti dari perniagaan Enterprise termasuk aset dan liabiliti boleh dipindahkan ke entiti baru ini dan perniagaan Enterprise itu dikecilkan ataupun diberhentikan.

Syarat-Syarat bagi penubuhan Syarikat adalah seperti berikut:

A) PENGARAH
  1. Seksyen 122(1), Akta Syarikat 1965 - Syarikat Sdn. Bhd. yang baru hendaklah mempunyai dua(2) orang Pengarah dan dua(2) orang Pemegang Saham di mana bermastautin atau beralamat di Malaysia.
  2. Seksyen 122(2), Akta Syarikat 1965 - Berumur 18 tahun ke atas dan waras.
  3. Seksyen 130, Akta Syarikat 1965:
  • Tidak disabitkan muflis 
  • Tidak pernah didakwa di dalam atau di luar Malaysia atas sebarang kesalahan berkenaan dengan promosi, penubuhan dan pengurusan sesebuah pertubuhan; 
  • Terlibat dalam penipuan atau ketidakjujuran yang dapat dihukum atau disabitkan dengan hukuman penjara 3 bulan atau lebih ; atau 
  • Di bawah Seksyen 132, 132A atau di bawah Seksyen 303, dalam tempoh lima tahun sebelum tarikh deklarasi ini. 
  • Tidak pernah dipenjarakan atas kesalahan yang dirujuk pada perenggan (2) dalam tempoh 5 tahun.
B) PENUBUHAN SYARIKAT
  1. Dokumen yang diperlukan:
  • 1 salinan I/C bagi setiap Pengarah dan Pemegang Saham (depan & belakang) 
C) TEMPOH MELENGKAPKAN PROSES PENUBUHAN: 4 @ 5 hari bekerja

D) PAKEJ PENUBUHAN SYARIKAT
  • Pakej RM 2,200
  • Pakej RM 2,500
  • Pakej RM 3,100
  • Pakej RM 4,600
Sekian, dimaklumkan.

p/s : Harap dapat membantu
       Terima kasih.  

RADZI & CO.
Chartered Accountants (M)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...