November 27, 2014

Enterprise ke Sdn Bhd


From: xxxx@gmail.com
To: "mr.radzi@yahoo.com"
Sent:
On Wednesday, October 31, 2014 2:13 PM, JotForm
Subject: Enterprise ke Sdn Bhd

Salam sejahtera, sy memiliki perniagaan milikan tunggal. Perniagaan didaftarkan Restoran xxx Puchong. Sy berdaftar di SSM pada June 2013, masalah sy ialah sy tidak pernah declare tax, tidak menyimpan resit2 yg berkaitan perniagaan. Kini sy merancang untuk mendaftar sdn. bhd. Perlu ke sy declare untuk perniagaan sole-prop sebelum ini? Apakah yg perlu sy lakukan? Sy tidak tahu ingin bermula bagaimana. Mohon bantuan dari pihak tuan/puan. Terima kasih

JAWAPAN

Waalaikumsalam En. xxx,

Terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami. Berikut merupakan maklumbalas berhubung soalan yang Tuan ajukan:-

PENGISYTIHARAN PERNIAGAAN ENTERPRISE
Milikan Tunggal (Sole-Proprietor) Atau Perkongsian (Partnership)

·         Setiap individu yang menjalankan perniagaan perlu mengisytiharkan cukai mereka. Cukai yang diisytiharkan akan jatuh kepada individu (pemilik) yang akan dikira melalui keuntungan atau kerugian daripada perniagaan mereka.

·         Pemilik perniagaan bertanggungjawab dalam menyediakan perakaunan yang lengkap pada setiap tahun kewangan berakhir 31 Disember.

·         Dokumen berkaitan akaun perniagaan perlulah disimpan selama 7 tahun bagi tujuan Percukaian dan Perniagaan. Untuk menyediakan perakaunan yang lengkap, pemilik perlulah menyimpan dan merekodkan semua transaksi yang melibatkan :
a.       Bank dan tunai
b.      Belanja-belanja am seperti bil elektrik, bil telefon, petrol, tol, sewa, dan lain-lain belanja yang berkaitan dengan perniagaan.


PENUBUHAN SYARIKAT SDN. BHD.

Sekiranya ingin menubuhkan Syarikat Sdn. Bhd., kebiasaanya segala aktiviti perniagaan Enterprise termasuk aset dan liabiliti boleh dipindahkan ke Sdn. Bhd. dan perniagaan Enterprise tersebut dikecilkan ataupun diberhentikan.

Ini adalah kerana ianya akan melibatkan kos-kos yang tinggi bagi menjaga 2 entiti perniagaan ini iaitu Enterprise dan Syarikat Sdn. Bhd. jika kedua-duanya aktif berniaga.

Proses penubuhan Syarikat adalah seperti berikut:

A.    Syarat-syarat penubuhan Syarikat Sdn. Bhd. :
·         Mempunyai 2 orang Pengarah dan 2 orang Pemegang Saham di aman bermastautin di Malaysia.
·         Pengarah dan Pemegang Saham berumur 18 tahun ke atas dan waras
·         Tidak muflis

B.     Dokumen penubuhan Syarikat – 1 salinan kad pengenalan depan dan belakang bagi setiap Pengarah dan Pemegang Saham.

C.     Tempoh proses penubuhan – selama 4 atau 5 hari bergantung kepada situasi

D.    Pakej penubuhan Syarikat – bermula serendah RM2,200


KESIMPULAN

Pada pandangan kami, ianya terpulang kepada pemilik Perniagaan itu sendiri sama ada ingin membuat pengisytiharan Perniagaan Enterprise mereka ataupun tidak.

Sekiranya pihak Tuan telah membuat pendaftaran cukai individu di LHDN, maka pengiraan cukai perniagaan perlu dilakukan. Keuntungan atau kerugian Perniagaan seperti di dalam akaun akan dilaras semula dan dicampurkan dengan pendapatan lain dan barulah ditolak dengan pelepasan cukai yang diberikan. Dikenakan cukai atau tidak, bergantung kepada pengiraan percukaian yang dibuat.

Bagi penubuhan Syarikat Sdn. Bhd. pula, pihak Tuan bolehlah menghubungi pihak kami untuk makluman yang lebih lanjut.


Sekian. Harap penerangan di atas dapat membantu.

Terima kasih.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...