Monday, February 20, 2012

SYARIKAT SDN. BHD. DAN MILIKAN TUNGGAL (ENTERPRISE)


Salam Tuan,

Quote:
1. Andaikata, sykt sdn bhd ana berjalan dengan penuh kejayaan. Income bertambah2... Namun atas sebab2 tertentu, ana terpaksa close kan sykt s/b tu.. So, adakah tindakan menutup sykt ini dibolehkan wlupun diwaktu perniagaan sedang berkembang? Mungkin atas contoh punca2 spt d bawah :

i. Pemegang saham cuma 2 org. Dan salah seorang ingin keluar dr sykt atas sebab peribadi. So, bila sorang nk keluar, mana mungkin tinggal ana sorang2. Sbb syarat utk sdn bhd mesti sekurang2 2 org kan.? Dan katakan ana tak dapat mencari pengganti utk masuk dlm sykt ana tu utk mencukupkan syarat.
Penutupan Syarikat Sdn. Bhd.

PEMEGANG SAHAM

1. Kurang dari 2 Pemegang Saham.

Sekiranya dalam tempoh 6 bulan, pihak Syarikat gagal mencari penganti bagi Pemegang Saham yg lain & masih meneruskan perniagaan tersebut tanpa pengganti... maka sekiranya berlakunya tindakan undang seperti bankrupt .. maka disini Pemegang Saham dan Syarikat akan didakwa dan akan menanggung akan liabiliti tersebut.

Pada hakikat sebenar ... ianya amat jarang terjadi seperti kes yg Tuan nyatakan ... malah pandangan peribadi saya belum ada kes di mahkamah M'sia bagi situasi begini.

Oleh yg demikian ... cara mudah ... bagi melengkapkan syarat yg dinyatakan oleh Akta Syarikat ... iaitu sekurang-kurangnya 2 orang Pemegang Saham maka :

a. Cara Penganti walaupun Penganti tsbt hanya memegang saham sebanyak RM1 (seunit) sahaja. Ianya dibenarkan. Sekiranya terdapat lebih dari RM1 saham yg dipegang .... yg selebihnya dipegang oleh Pemegang Saham yg sedia ada.

b. Sebenarnya Pemegang Saham ini .. tidak semestinya MANUSIA ... Ianya boleh dalam bentuk ENTITI PERNIAGAAN ... seperti pemegang saham tersebut adalah Syarikat atau Koperasi dsb.

Oleh yg demikian ... jarang sangat berlakunya kes yg Tuan sebutkan.

PENGARAH:

Sekiranya bilangan Pengarah kurang dari 2 orang ... sudah pastinya ianya tidak akan dibenarkan oleh Akta Syarikat dan juga SSM. (melainkan bagi special kes seperti Kematian).

Pada hakikat sebenar... bila sesorang Pengarah hendak meletak jawatan sebagai Pengarah, beliau akan menghantar surat rasmi kepada Syarikat akan niat beliau. Maka pihak Syarikat dalam tempih 30 hari perlu melaksanakan akan proses rasmi termasuk mendaftar kepada SSM akan perubahan dalam posisi Pengarah Syarikat tersebut. Pekara ini akan dilakukan oleh Setiausaha Syarikat.

Namum sekiranya bilangan Pengarah telah jatuh kurang dari 2 orang, maka Pengarah tersebut TIDAK BOLEH meletak jawatan kerana ianya telah melanggar akan Akta Syarikat iti sendiri. Malah pihak SSM tidak akan menerima akan proses ini (Lodge Form 49). Pihak Syarikat (Para Pemegang Saham dan Pengarah) perlu mencari penganti sekurangnya seorang.

Terdapat banyak kes Syarikat Sdn. Bhd. yang GANTUNG TAK BERTALI ... jika Syarikat tersebut hanya mempunyai 2 orang Pengarah dan Pemegang Saham Sahaja (orang yg sama)... apabila salah seorang tidak dapat dikesan mahaupun tidak mahu bekerja sama seperti berlakunya pergaduhan.

Oleh yg demikian Syarikat tersebut akan menjadi TIADA PENGHUJUNGNYA ... malah untuk menutup Syarikat perlu mendapatkan kelulusan kesemua Pemegang Saham.


Quote:
ii. Kita merancang, Tuhan menentukan.. Ana buka s/b sbb menjangkakan pendapatan sykt akan bertambah setelah ana berjaya memperolehi satu konsep perniagaan yg mantap.. Namun, jangkaan ana meleset. Kemantapannya hanya terserlah secara on paper shj. Bila dikira2 balik, kos sykt s/b (termasuk cukai) adalah lebih tinggi berbanding semasa ana jalankan perniagaan ini atas tiket Enterprise sebelum ini. So, mungkin ana akan close down s/b ni...

Tuan boleh menutup Syarikat Sdn. Bhd. (dengan andaian kesemua Pemegang Saham bersetuju) ... Ini dinamakan VOLUNTARY WINDING-UP. Ini bagi Syarikat yang aktif. Proses ini perlu dipohon ke mahkamah dan seorang LIQUIDATOR (Penyelesai Syarikat) akan dilantik. Untuk makluman kos bagi melantik Liquidator amat tinggi ... paling kurang RM5,000 ke RM10,000 (Minima).

Bagi Syarikat yang tidak aktif .. proses ini agak mudah dan murah. Ianya dikenali sebagai "PEMBATALAN NAMA" atau dikenali sebagai STRIKE-OFF COMPANY. Kosnya adalah dalam anggaran RM1,500 dan prosesnya adalah cepat. Seksyen 308. Tak perlu Audit, tak perlu nak buat Annual Return dan AGM.

Senario yg Tuan katakan diatas ... agak pelik sedikit. Pada kebiasaanya .... apabila liabiliti cukai (Cukai) adalah tinggi ... maka secara teknikalnya Syarikat tersebut mempunyai keuntungan yang tinggi. Ini seterusnya menunjukkan Syarikat tersebut mempunyai Jualan atau perniagaan yang aktif. Kos Audit adalah tidak sebesar mana sekiranya dibandingkan dengan keuntungan yg diperolehi.

Sebagai contoh kos audit = RM3,500 adalah bagi Jualan Kasar (Gross Turnover) = RM1,000,000. Ianya adalah tidak membebankan. Kadar caj Audit adalah berdasarkan kepada jadual yg ditetapkan oleh Malaysian Institute of Accountant(MIA). Maksudnya ianya dikawal dan dipantau oleh pihak MIA.

Oleh yg demikian sekiranya ada cukai ... maka Syarikat Tuan mempunyai keuntungan (secara amnya). Sekiranya rugi akibat kos yg tinggi ... secara dasarnya Syarikat tersebut tidak dikenakan cukai.

Persepsi masyarakat ketika ini ... kos Audit adalah besar dan merupakan kos yg sering menganggu pemikiran ahli perniagaan. Hakikat sebenarnya tidak sedemikian rupa. Pihak Juruaudit Luar (External Auditor) pada kebiasaanya semasa mereka membuat audit keatas Penyata Kewangan :

1. Melahirkan pendapat ke atas Penyata Kewangan melalui pandangan mereka secara profesional.
2. Juruaudit ... pada kebiasannya akan menasihati akan Syarikat sekiranya terdapat kesalahan2 yang material ke atas Penyata Kewangan yg boleh memberi sesuatau implikasi yg ketara.
3. Pada kebiasanya akan juga melaporkan akan Liabiliti Cukai untuk tahun kewangan terbabit (Cukai semasa Syarikat). dsb.

Oleh yg demikian, pihak Syarikat akan lebih mengetahui akan status Penyata Kewangan dan Liabiliti Cukai Syarikat dengan lebih tepat. Berbanding dengan perniagaan Milikan Tunggal mahupun Perkongsian. Ini adalah kerana entiti ini tidak perlu membuat audit ke atas Penyata Kewangan mereka. Maka disini risiko akan salah laporan akan Penyata Kewangan adalah tinggi. Ini seterusnya akan memberi kesan keatas cukai.

Sebagai Contoh ... Dalam perniagaan Milikan Tunggal (Enterprise) ... gaji pemilik adalah merupakan satu AMBILAN dan ianya BUKANNYA KOS perniagaan. Namum ramai diantara mereka akan mengiktiraf gaji tersebut sebagai kos. Akibatnya ... apabila pihak LHDN membuat audit ke atas perniagaan tersebut ... maka kos tersebut akan dikeluarkan. Ini mungkin akan menyebabkan pertambahan Cukai (bergantung kepada situasi Penyata Kewangan tersebut).

Selain dari ditambah akan cukai, pihak LHDN akan mengenakan penalti atas kesalahan yg dilakukan. Sengaja atau tidak ... penalti akan tetap dikenakan. Yg paling tak best tu .... pihak LHDN akan membuat susulan ke atas perniagaan tersebut 2 tahun kemudian (Audit lagi) .... heheheheheh. Alasan mereka adalah bertujuan mendidik Pembayar Cukai dalam melaporkan Pengiraan Cukai mereka dengan lebih tepat.

p/s : harap ini membantu

RADZI
CA(M)


Wednesday, December 21, 2011

PENGARAH SYARIKAT : BERHENTI (RESIGNATION)


From: xxx@yahoo.com

To: "mr.radzi@yahoo.com"

Sent: Friday, December 16, 2011 10:23 AM

Subject: Penarikan Diri

Tuan,

Saya ada kemusykilan. Suami saya pernah bekerja di sebuat syarikat rakan dan namanya didaftarkan selaku Lembaga Pengarah (tanpa mengetahui akibat dan kesan kerana naive).


Setelah suami berhenti kerja kerana syarikat itu tidak bayar gaji, beliau tidak tahu perlunya utk keluarkan nama dari Lembaga Pengarah tersebut. Masalah timbul beberapa tahun kemudian di mana syarikat itu berhutang dengan KWSP, Telekom Malaysia dan Company Secretary. Jadi nama suami saya turut terlibat dan menerima surat2 tuntutan hutang dari syarikat2 terbabit.

Suami ada menghubungi kenalannya untuk mohn keluarkan nama tapi suami dimaklumkan memandangkan syarikat ada berhutang dengan Company Secretary jadi urusan penarikan nama tersebut tak dapat diuruskan selagi syarikat tidak menjelaskan hutang dengan company secretary.

Adakah hal ini benar Tuan?

Saya amat memohon pandangan Tuan dalam hal ini. Sekian, terima kasih.


JAWAPAN :


Salam,


1. Penggunaan Nama sebagai Pengarah.

Menjadi Pengarah adalah satu tanggungjawab yang besar. Mereka terikat dengan Syarikat dan bertanggungjawab dalam urusan pentadbiran dan operasi Syarikat. Segala tanggungjawab dan peranan adalah termaktub dalam Akta Syarikat dan juga M & A Syarikat itu sendiri.


Bagi mereka yang menggunakan nama mereka sebagai Pengarah .... pada hakikatnya mereka juga terlibat dan tidak terlepas dengan Undang2 yg termaktub. Walaupun hanya penggunaan nama .... dan segala operasi diuruskan oleh orang lain. Banyak terdapat kes2 yg sedemikian. Dengan merelakan penggunaan nama ... secara tidak langsung terikat dengan undang2 yang telah ditetapkan.


2. Hutang Dengan Setiausaha Syarikat

Pada hakikatnya ianya adalah 2 pekara yg berbeza. Hutang adalah hutang .... dan tanggungjawab adalah tanggungjawab.


Secara haknya ... pihak Setiausaha Syarikat akan melaksanakan tugas mereka dengan memproses urusan perberhentian Pengarah (Director Resignation) bagi membolehkan pihak Syarikat mematuhi akan Akta Syarikat bagi urusan ini. Ini adalah WAJIB.


Namun pada dunia yang nyata .... pihak Setiausaha Syarikat jarang yang akan melakukan akan tugas ini. Ini adalah disebabkan oleh pekara HUTANG. Mereka pada kebiasaanya, akan meminta pihak Syarikat membayar akan hutang tertunggak dan kemudian akan memproses pekara di atas. Ini telah menjadi kelaziman ketika ini. Tidak boleh menyalahkan pihak Setiausaha Syarikat 100% ... sekiranya mereka enggan melakukannya.


Bagi pekara pemberhentian Pengarah ... perlu dilihat pelbagai sudut :


a. Bilangan Pengarah hanyalah 2 orang.


Maka disini Pengarah yang sedia ada tidak boleh berhenti menjadi Pengarah. Ini adalah kerana Akta Syarikat menetapkan bilangan minimum Pengarah adalah 2 orang pada setiap masa. Oleh yg demikian pihak SSM tidak akan memproses akan permohonan ini.

Ini adalah kerana terdapat pemberhentian Pengarah dilakukan sendiri oleh pihak Syarikat tanpa melalui pihak Setiausaha Syarikat. Ini dibenarkan.


b. Bagi bilangan Pengarah melebihi 2 orang.


Pekara ini tidak menimbulkan masalah bagi mereka yang memahami dan mengetahui akan situasi ini. Hakikatnya ... title Pengarah hanyalah merupakan satu JAWATAN sahaja. Tiada pihak yang boleh menahan atau melarang mana-mana individu yang ingin berhenti menjadi Pengarah. Ini merupakan salah satu bidang kerja. Pengarah boleh meletak jawatan pada bila-bila masa sahaja dan tiada masa larangan. Ini adalah hak Pengarah atau individu tersebut sepenuhnya.


Terdapat sitiuasi dimana para Pengarah lain tidak dapat dikesan atau dihubungi oleh pihak Pengarah lain mahupun pihak Setiausaha Syarikat. Maka salah seorang ingin menarik diri menjadi Pengarah (Resign).


Pihak Syarikat ataupun pihak Setiausaha akan melakukan :


a. Menandatangi Borang 49 atas perubahan baru tersebut dengan kapasiti sebagai seorang Setiausaha Syarikat.

b. Menyertakan Surat Pemberhentian Pengarah (Resingnation Letter) dari Pengarah yang terbabit.


Disini ... Resolusi Pengarah tidak dapat dibuat ... atas sebab tidak dapat menghubungi akan Lembaga Pengarah.

Namun bagi kes Perlantikkan Pengarah baru ... ianya tidak boleh dilakukan sekira tiadanya Resolusi Pengarah yang dibuat atas perlantikan baru ini. Oleh yang demikian ini adalah situasi yang berbeza.


Harap ini membantu.


Radzi

CA(M)

Sunday, October 2, 2011

SYARIKAT SDN. BHD & MILIKAN TUNGGAL


Salam ...habis jugak den belek2 soalan2 n pencerahan bro radzi..

bagus gile disini..saya bercadang nk bukk sdn bhd..still mencari info..lagi byk belajar lagi byk yg xtau..

bro radzi, saya ada beberapa soalan dan harap dapat tuan bagi pencerahan kpd saya..

1) saya nak register sdn bhd, tp paid-up capital tu saya xcukup la nak sampai 100k..boleh ke kurang sket dari tu?

2) mcm syarikat akaun, saya de servey yg diorg ni boleh buat akaun company semuanya sehingga urusan audit..pada pendapat tuan, better saya guna servis diorg or ambil pekerja utk uruskn akaun syarikat?

3) contohnye company saya ade 2 pengarah, then kami same2 setuju untuk terima allowance (%) dari profit year ended? dan yang itu boleh ditolak dari cukai ke?

mintak pencerahan tuan, yang lain2 saya dpt belajar dr pencerahan tuan sebelum2 ni.... Tq tuan..

JAWAPAN:

Salam Tuan,

1.Quote:
saya nak register sdn bhd, tp paid-up capital tu saya xcukup la nak sampai 100k..boleh ke kurang sket dari tu?
Bagi Syarikat Sdn. Bhd. pekara Modal terbahagi kepada 2 bahagian iaitu :

a. MODAL DIBENARKAN (AUTHORISED CAPITAL)
&
b. MODAL BERBAYAR (PAID-UP CAPITAL).

Modal Dibenarkan (Authorised Capital). Ini merupakan TAHAP Modal yang dibenarkan untuk diterbitkan. Sebagai Contoh Modal Dibenarkan RM100,000 ... maka jumlah modal yang boleh diterbitkan adalah setakat maksimum RM100,000. Kalau Modal Dibenarkan RM500,000, maka jumlah modal yang boleh diterbitkan adalah setakat maksimum RM500,000 sahaja. Begitu seterusnya.

Sekiranya Tuan mempunyai modal kurang dari RM100,000, maka terbitkan setakat yang termampu. Sebagai contoh Tuan mempunyai wang sebanyak RM70,000 ... maka yang terbaik adalah :

- - - - - - - - > Modal Dibenarkan = RM100,000
- - - - - - - - > Modal Berbayar = RM70,000

Malah Tuan boleh menerbitkan Modal Berbayar sebanyak RM2 (iaitu paling minimum).

Sekiranya dimasa hadapan, pihak Syarikat ingin menambah modal, maka maksimum modal yang boleh diterbitkan adalah RM30,000 sahaja. Ini adalah kerana had limit Modal Dibenarkan adalah setakat RM100,000 sahaja.

Namum sekiranya pihak Syarikat ingin menambah modal melebihi tahap ini, maka Modal Dibenarkan perlu diubah ke pada tahap yang sesuai. Berikut adalah kadar Modal Dibenarkan :

a. Modal Dibenarkan = RM100,000
b. RM100,000 ke RM500,000
c. RM500,000 ke RM1,000,000
d. RM1,000,000 ke EM1,500,000 dan seterusnya

Untuk makluman, semakin tinggi Modal Dibenarkan yg dipilih, maka semakin kos penubuhan Syarikat. Kos ini akan dibayar kepada pihak SSM sebagai Yuran Penubuhan seperti yg telah ditetapkan oleh SSM. Sebagai contoh penubuhan Syarikat Sdn. Bhd. bagi Modal Dibenarkan adalah RM500,000 ... Yuran SSM untuk tahap ini sahaja adalah RM3,000. Belum termasuk kos2 lain seperti seperti Buku Berkanun, Hasil Cukai dsb.

Modal Diterbitkan ... boleh diterbitkan melalui Tunai dan setara Tunai. Maksudnya selain dar Tunai, ianya boleh digunakan sebagai Modal. Sebagai contoh Kenderaan, Bangunan, Stok Bahan Mentah dsb. Bagi Modal yang selain dari Tunai, ianya perlu dinilai pada nilai semasa dan munasabah.


2.Quote:
mcm syarikat akaun, saya de servey yg diorg ni boleh buat akaun company semuanya sehingga urusan audit..pada pendapat tuan, better saya guna servis diorg or ambil pekerja utk uruskn akaun syarikat?
Akaun Perniagaan dan Akaun Syarikat Sdn. Bhd.

Untuk makluman, Akaun Perniagaan bagi perniagaan Milikan Tunggal (Enterprise)dan Perkongsian tidak perlu diaudit oleh Juruaudit Bebas. Tiada akta untuk pekara ini.

Namum bagi perniagaan Syarikat Sdn. Bhd. dan Berhad, penyata kewangan mereka WAJIB diaudit setiap tahun seperti yg dikehendaki oleh Akta Syarikat. Kegagalan pihak Syarikat untuk mengaudit akan dikompaun seminimum RM10,200 (Pengarah dan Syarikat)

Audit perlu dilakukan oleh JURUAUDIT BEBAS dimana pihak Syarikat (Sdn. Bhd & Bhd) akan melantik mereka. Cuma dari segi Penyata Kewangan boleh memilih samada hendak membuat sendiri ataupun menggunakan khidmat luar.


3)Quote:
contohnye company saya ade 2 pengarah, then kami same2 setuju untuk terima allowance (%) dari profit year ended? dan yang itu boleh ditolak dari cukai ke?

Perniagaan Milikan Tunggal (Enterprise) dan Perkongsian:

Perniagaan Milikan Tunggal adalah hak milik pemunya. Berbanding dengan Syarikat Sdn. Bhd. Segala harta, termasuk tunai dan liabiliti adalah kepunyaan pemilik Milikan Tunggal. Oleh yg demikian. keuntungan perniagaan adalah milik empunya perniagaan tersebut.

Gaji yg diterima oleh Pemilik bukanlah perbelanjaan perniagaan Milikan Tunggal. Oleh yg demikian ianya perlu dilaraskan semula dalam mengira Pendapatan Bercukai perniagaan tersebut. Gaji yg lain seperti gaji pekerja adalah merupakan kos bagi perniagaan tersebut.

Gaji, Ambilan dan Elaun dsb adalah merupakan pengeluaran oleh empunya perniagaan dan bukannya kos perniagaan.

Tuan tidak dihalang untuk mengambil seberapa banyak yg Tuan suka sebab perniagaan tersebut adalah kepunyaan Tuan. Cuma pengambilan tersebut tidak dianggap sebahagi kos perniagaan tersebut. Tapi keuntungan perniagaan tersebut adalah hak milik 100% empunya perniagaan.

Begitu juga dengan Perkongsian, cuma terdapat beberapa pembahagian perlu dibuat seperti pembahagian keuntungan atau kerugian, elaun modal dsb. Pembahagian yg dibuat akan dilaporkan keatas cukai mereka yang mendapat pembahagian tersebut (Borang B)

Syarikat Sdn. Bhd.
Sebarang ganjaran yang diterima oleh para Pengarah termasuklah Gaji, Elaun, Bonus dsb akan ditolak dalam Penyata Untung Rugi Syarikat dan ianya merupakan satu kos bagi Syarikat Sdn. Bhd. . Bagi Pengarah yg menerima, ianya merupakan tanggungjawab mereka melaporkan pendapatan mereka (Borang BE) ke LHDN.

p/s: Harap ini membantu.

RADZI CA(M)
019 - 300 7730

Saturday, September 24, 2011

SOAL JAWAB - MILIKAN TUNGGAL DAN SYARIKAT SDN. BHD.


From: xxx

To: "mr.radzi@yahoo.com"

Sent: Saturday, September 24, 2011 12:41 AM

Subject: Syarikat atau perniagaan


Salam,

Terima kasih atas penerangan tersebut. Ia amat membantu saya. Pada peringkat awal ini, saya rasa perniagaan adalah pilihan yang sesuai dengan kemampuan saya sekarang. Saya masih ada beberapa perkara yang saya harap En. Radzi boleh beri penjelasan lanjut.


1. Limitation sesebuah perniagaan.

Saya mahu mengetahui adakah perniagaan mempunyai limitation tertentu. Contohnya, jika saya mahu berurusan dengan syarikat luar negara. Adakah ini diluar scope perniagaan yang mana syarikat sdn bhd lebih bersesuaian dalam situasi sebegini? Dengan kata lain, adakah perniagaan mempunyai had dalam perkara2 tertentu yang sebaliknya syarikat boleh laksanakan?


2. Perniagaan ke syarikat

Jika saya mulakan dengan membuka perniagaan, adakah saya boleh tukar perniagaan saya kepada syarikat pada masa yang akan datang? Dan bolehkah saya memiliki kedua2nya (perniagaan & syarikat) dalam masa yang sama, dengan nama perniagaan/syarikat yang sama? Kerana saya mahu preserve nama yang saya pilih itu.


3. Perkidmatan En Radzi

I would like to know more on what you have to offer when I do engage you building a business/company. Contahnya, apa yang saya peroleh dalam pakej yang En Radzi has to offer. And what about after sales support? In terms of consultation, documentation, legal advice and etc. would that be available to me later on?


4. Track record. Bolehkah saya dapatkan track record En. Radzi berkenaan dengan client2 yang En Radzi bantu tubuhkan perniagaan/syarikat? Please don't be offended by this. I just for a piece of mind that I would be dealing with someone whom is an expert, competent and experienced in this line of business.

Thank you for your help.

Best Regards,


JAWAPAN :


Salam Tuan,


1. Limitation.

Pada peringkat awal perniagaan pekara yg paling diutamakan adalah :


a. Modal - Pekara in selalu memainkan peranan utama bagi mereka yg baru memulakan perniagaan. Modal permulaan banyak digunakan untuk proses set-up Company, Office dan equipment, Working Capital, Marketing cost dsb.


b. Liabiliti - Liabiliti semasa dan juga akan datang

Had ... ada sesetengah jobs atau projek memerlukan syarat2 khas ... terutamanya pihak badan berkanun dan organisasi yg besar seperti Telekom, Petronas, dsb. Antaranya menetapkan hanya entiti Syarikat Sdn Bhd yg layak mendapatkan sesetengah projek dan ada menetapkan minimum Modal Berbayar RM100,000.


Malah ada sesetengah Kementerian mewajibkan syarat2 khusus bagi mendapat lesen perniagaan. Sebagai contoh Kementerian Pelancongan menetapkan lesen hanya boleh diberikan kepada entiti perniagaan Syarikat Sdn. Bhd. dan mempunyai Modal Berbayar RM250,000 ke atas.


Malah kebanyakkan kemudahan facilities seperti Overdraft, LC/TR, Term Loan, Factoring lebih mengutamakan entiti perniagaan Syarikat Sdn. Bhd. Entiti perniagaan Milikan Tunggal (Enterprise) juga berpeluang mendapat kemudahan2 ini, namun peluangnya terhad.


Tindakan undang2 seperti saman dari Creditors (Pemiutang) dsb akan lebih selamat daripada entiti Milikan Tunggal (Enterprise) kerana ianya terhad kepada Syarikat Sdn. Bhd. sahaja. Tiada siapa yg ingin di saman atau gagal dalam perniagaan, namum langkah memilih entiti Syarikat Sdn. Bhd. dapat mengurangkan risiko perniagaan dan mampu mengembangkan perniagaan melalui pinjaman Modal mahupun menerbitkan Saham Syarikat seperti Saham Keutamaan (Preferences Shares).


Kedua2 entiti ini tidak dihadkan kepada peluang perniagaan samada mahu berniaga di dalam ataupun luar negara. Ikut kemampuan ... namun bagi perniagaan di luar negara ... sekiranya besar transaksi dan serius akan perniagaan tersebut ... maka entiti Syarikat Sdn. Bhd. adalah terbaik ... disini sitausi RISIKO dan MODAL akan memainkan peranan utama disini.


2. Milikan Tunggal dan Syarikat Sdn. Bhd.

Tuan boleh membuka kedua2 sekali dan menjalankan kedua2nya serentak. Namun pada penggunaan nama adalah bergantung kepada kekosongan nama yg Tuan pilih. Sekiranya nama tersebut belum digunakan lagi dan diluluskan oleh pihak SSM, maka ianya mungkin rezeki Tuan. Perbezaan kedua2nya adalah penggunaan perkataan Sdn. Bhd. di hujung nama perniagaan tersebut.


Menjalankan perniagaan dengan menggunakan kedua2 entiti ... akan menyebabkan kos maintenance akan meningkat seperti kos Audit, kos Akaun, kos Penyediaan Cukai dsb.


3. RADZI & CO (NF 1002) :


Kami menyediakan perkhidmatan :


a. Perakaunan & Sistem Developement

b. Audit Berkanun dan Audit Khas

c. Cukai (Pematuhan dan Runding Cara)

d. Setiausaha Syarikat dan Runding Cara


4. Alhamdullilah ... sudah 14 tahun saya terlibat didalam industri ini dan ianya merupakan perniagaan saya. Belajar, Kerja dan Berniaga dari dulu sehingga kini.


Sekadar memaklumkan. Setiausaha Syarikat adalah wajib. Juruaudit adalah wajib bagi Syarikat Sdn. Bhd. Mereka kena berkhidmat selaras dengan Akta dan Peraturan yg telah ditetapkan. Namun begitu KUASA SEPENUHNYA adalah hak milik Syarikat. Pihak Syarikat boleh melantik atau memecatkan mereka. TIADA PAKSAAN dan HALANGAN dalam melantik atau memecat Setiausaha Syarikat, Juruaudit dan Agen Cukai.


Sebagai contoh ... sekiranya pihak Syarikat merasakan pihak Setiausaha Syarikat tidak mampu untuk menjalankan tugas selaras dengan kehendak Syarikat atau pihak lain yang mana pihak Syarikat tidak berasa bersesuaian ... pihak Syarikat boleh melantik yg lain ... pada bila-bila masa sahaja.


Begitu juga dengan saya dan RADZI & CO. Kami adalah entiti kecil sahaja dalam dunia perniagaan yg luas ini. Hanya menumpang bagi mencari rezeki yg halal.


Semoga ini membantu.


Radzi CA(M)

019 - 300 7730


Thursday, September 22, 2011

SOAL JAWAB : MEMULAKAN PERNIAGAAN


From: "xxx
To: mr.radzi@yahoo.com
Sent: Wednesday, September 21, 2011 11:15 AM
Subject: Syarikat atau perniagaan

Salam En Radzi,

Saya berminat untuk menubuhkan syarikat sendirian berhad bagi memulakan perniagaan saya dalam aktiviti perkhidmatan kejuruteraan (engineering services). Setelah menyelidiki berkenaan cara-cara untuk menubuhkan perniagaan/syarikat, ada sedikit kekeliruan dan kemusyikalan yang timbul. Saya keliru dengan, apakah perbezaan perniagaan dan syarikat? Yang mana perlu saya daftarkan (atau yang manakah yang bersesuaian untuk saya) jika saya mahu memulakan perkhidmatan saya dalam servis kejuruteraan? Harap En. Radzi dapat menjelaskan tentang hal ini.

Terima kasih.

JAWAPAN :


Salam Tuan,

1. Entiti Perniagaan (Milikan Tunggal)

a. Ditubuhkan dibawah Akta Perniagaan.

b. Kos penubuhan didalam RM60-RM70

c. Harta dan Tanggungan adalah jatuh ke atas Pemilik

d. Kadar Cukai adalah berdasarkan kadar Individu

e. Urusan dengan SSM perlu dilakukan sendiri (Pemilik) dan tidak boleh diwakilkan.

f. Kos maintenance rendah berbanding Syarikat Sdn. Bhd.

d. Akaun Perniagaan tidak perlu diaudit

e. Tidak memerlukan Setiausaha Syarikat

2. Entiti Syarikat Sdn. Bhd.

a. Ditubuhkan dibawah Akta Syarikat

b. Kos penubuhan didalam RM2,500

c. Harta dan Tanggungan adalah terhad kepada Syarikat

d. Kadar Cukai Syarikat bermula pada 20%

e. Urusan SSM boleh dibuat melalui Setiausaha Syarikat

f. Akaun perlu diaudit dsb

Setiap entiti mempunyai kelebihan dan kekurangan masing2. Ianya bergantung kepada kesesuaian dan matlamat mereka yg ingin menubuhkan dan menjalankan perniagaan.

Pandangan :

a. Sekiranya bermatlamat jauh dan melibatkan modal, usaha yang banyak di dalam perniagaan ... Syarikat Sdn. Bhd. adalah yg terbaik. Kos agak tinggi berbanding Milikan Tunggal namum ianya mempunyai banyak kelebihan. Secara amnya perniagaan melalui Syarikat Sdn. Bhd. kebanyakkan ditubuhkan bagi mereka yg agak serius dan komitmen dgn perniagaan mereka.

b. Sekiranya ingin mencuba dahulu dan tidak beberapa yakin ... Milikan Tunggal adalah terbaik. Kos rendah dan ramai yg membuka Milikan Tunggal ini berniaga secara kecil2lan. Sekiranya mereka tidak berminat, mereka akan tinggalkan perniagaan ini begitu sahaja (tak renew Pendaftaran).

Banyak faktor2 lain yg perlu dipertimbangkan. Sekiranya terdapat persoalan, Tuan boleh menghubungi saya, Insyallah saya akan terangkan sebaik mungkin.

Semoga ini mmembantu.

Radzi CA(M)

019 - 300 7730


Saturday, August 20, 2011

From: xxx@gmail.com
To: mr.radzi@yahoo.com
Sent: Wednesday, August 17, 2011 6:25 PM
Subject: Siapa lebih berkuasa antara Pengarah dan Pemegang saham

Salam bro.
Soalan 1.
Syarikat kami mempunyai 3 pegarah syarikat dan juga pemegang saham. Pengarah 1 - 51%, pengarah 2- 48%, pengarah 3 - 1 %. Apakah perananya.
Soalan 2.
Adakah seorang yang telah disenaraihitamkan oleh pihak bank kerana hutang yang tak berbayar boleh menjadi pengarah syarikat.


JAWAPAN
:

Salam Tuan,

1. Peranan Pengarah

Secara amnya ... Pengarah merupakan suatu jawatan yang dilantik oleh Pemegang Saham didalam mewakili Syarikat dan menjalankan aktiviti2 Syarikat. Pengarah akan bertindak berdasarkan bidang kuasa yang diberikan dan berlunaskan kepada Akta Syarikat. Pengarah boleh didakwa sekiranya terdapat kecuaian dan melanggarkan akan bidang dan hak yg telah ditetapkan oleh Syarikat dan juga Akta Syarikat. Bagi sesuatu keputusan yg penting .. biasanya akan dibuat melalui keputusan Para Pengarah (Board of Directors) yang dilantik.

Terdapat banyak peranan dan tanggungjawab Pengarah seperti yg termaktub. Namun Pengarah tidak boleh melakukan sesuatu tindakan yang penting tanpa kelulusan Para Pengarah seperti membuat Pinjaman, membuka Akaun Bank dsb.

Bagi Pemegang Saham yg juga merupakan Pengarah ... ini dinamakan Director Shareholder. Pemegang Saham dan juga Para Pengarah merupakan satu pekara yang berbeza dan mempunyai kuasa dan tanggungjawab yg berlainan selaras dengan Akta Syarikat yg telah ditetapkan. Bagi Para Pengarah ... walaupun memegang sejumlah saham terkecil atau tidak mepunyai apa2 saham ... masih terikat dengan tugas dan tanggungjawab Pengarah.

Bagi Pemegang Saham yg tidak menjadi Pengarah .... mereka tidak boleh mencampuri urusan harian dan operasi Syarikat sebab ianya merupakan bidang kuasa Para Pengarah. Para Pemegang Saham hanya boleh memainkan peranan dan tanggungjawab mereka dengan menggunakan kuasa undian di Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) atau Mesyuarat Luar Biasa (EGM).

Untuk makluman ... mereka yang memegang saham lebih dari separuh (51%) saham syarikat atau dikenali sebagai Pemegang Saham Terbesar (Majoriti Shareholders) ... adalah mereka yang mempunyai kuasa mengundi yang besar dan utama. Ini seterusnya secara tidak langsung mempunyai kawalan utama dalam menentukan hala tuju Syarikat.


2. Halangan Menjadi Pengarah

Tiada halangan bagi mereka yang disenarai hitam oleh pihak bank menjadi Pengarah. Ini adalah kerana Akta Syarikat telah menetapkan bahawa :

a. Berumur 18 tahun ke atas

b. Tidak bankrupt (Muflis)

c. Tidak disabitkan dengan kesalahan tertentu di dalam Akta Syarikat (Seperti penipuan yg telah disabitkan oleh Akta Syarikat).

Disenarai hitam oleh pihak bank ... bukan bermakna telah menjadi bankrupt (muflis). Ini adalah kerana ... untuk menjadi muflis perlu mendapat arahan mahkamah dan telah diputuskan secara rasmi. Oleh yg demikian sekiranya tiada pengistiharan rasmi ... maka mereka masih boleh menjadi Pengarah Syarikat.

Adalah dinasihatkan ... agar mereka (Pengarah) yang telah disenarai hitam ... berhenti menjadi Pengarah Syarikat. Ini adalah kerana takut ianya memberi kesan kemudian hari bagi Syarikat untuk membuka Akaun Bank atau membuat pinjaman atau kemudahan bank (O/D, Kredit Perniagaan (LC) ) dsb.


Harap ini membantu.


RADZI

CA(M)


Thursday, July 14, 2011

Penutupan Syarikat Sdn. Bhd. - Syarikat Tak Aktif (Dormant)

From: xxxx@gmail.com>
To: mr.radzi@yahoo.com
Sent: Wednesday, July 13, 2011 6:01 PM
Subject: Pertanyaan: Ingin menarik diri dari syarikat sendirian berhad

Salam En Radzi,

Saya nak tanya...bagaimana hendak menarik diri dari syarikat sdn bhd. Syarikat sdn bhd ini adalah syarikat bumiputera dan shareholder terdiri drpd 2 org sahaja iaitu saya dan seorang rakan berbangsa asing. Untuk pengetahuan en Radzi, syarikat ini tidak aktif dan telah didaftarkan pada Sept 2009. Baru-baru ini SSM telah mengeluarkan surat kompaun kerana gagal serah AGM, penyata dan yg sewaktu dgnnya. Saya ade berhubung melalui internet dgn rakan saya tersebut, dan beliau minta saya tarik diri dari syarikat bagi membersihkan nama saya dari penalti (penalti saya akan dibayar oleh beliau). Adakah ini boleh dilakukan? dan sekiranye boleh..bagaimanakah caranya

Terima kasih.

JAWAPAN:

Salam,

1. Tuan boleh menutup Syarikat tersebut. Ini dipanggil sebagai Strike-of bag Syarikat yang tak aktif (Dormant). Pada kebiasaanya kos penutupan adalah dalam lingkungan RM1,500. Ini termasuk yuran proses oleh SSM. Segala dokoumen akan disediakan termasuk Akaun Pengurusan yg terakhir, Minit dan resolusi2 yg berkaitan.

2. Sekiranya pihak Tuan bercadang menutup Syarikat tersebut (Strike-off)... pada kebiasaanya pihak SSM akan memberi pengurangan sebanyak 80% dari nilai kompaun tersebut. Tidak perlu lagi membuat dan mengeluarkan kos untuk AGM, Annual Return, Audited Accounts dsb. Tempoh maksimum yang dibenarkan oleh Akta Syarikat untuk membuat Audited dan Annual Return telah terlebih dan oleh yang demikian Syarikat Tuan telah dikenakan kompaun.

3.Tuan tidak boleh menarik diri dari Syarikat sekiranya tiada penganti. Ini adalah kerana setiap Syarikat perlu mempunyai sekurang2ya 2 orang Pengarah dan juga 2 orang Pemegang Saham. Tidak boleh kurang dari 2 orang pada setiap masa.

Harap ini membantu.


Radzi


Thursday, March 31, 2011

SOAL JAWAB : Modal Saham Syarikat dan Struktur Syarikat Sdn. Bhd.


From: xxxxxxx
To: mr.radzi@yahoo.com
Sent: Thu, March 24, 2011 2:43:14 AM
Subject: need help sir

Kepada Encik Radzi,

Assalamualaikum,Good day.

Saya merupakan pelajar jurusan perakaunan CAT(Certified accounting technician) dan akan menyambung ACCA part 2 InsyaAllah beberapa bulan lagi. Saya ingin menubuhkan syarikat sdn bhd untuk perniagaan saya dan setelah meneliti setiap kos, start up capital is almost 400 000 since i add in rental and wages for 3months. My question is :

1) RM 1000 to register if the paid up capital is RM100 000 . adakah saya kena sediakan wang sebanyak RM100 000 dan bagi kepada SSM / bank ? dan adakah modal itu bole dikeluarkan to fund up back the start up capital for the project?

2) Currently im seeking the start-up fund so at the mean time i do not have any office to be registered.syarat register sdn bhd mestilah mempunyai premis perniagaan. is it ok if sy menggunakan alamat kedai rakan saya untuk dijadikan alamat premis sementara pergi mencari fund/loan? im planing to operate a fast casual restaurant so basicly the shop and the management office will be at two different places.

3)I've registered an enterprise recently with a sloppy name and i wish to change it. my plan is to have a group of company like Virgin Group.im starting off with food and beverages and my 2nd plan is agriculture and so on.the question is how do i make this food and beverages company a sub company to let say XXXgroup? should i registerd the parent company XXXgroup first or i just register the food and beverage company and later on in the future i register the XXXgroup and just buy the share?

i have few other question more but at the mean time this just for now and i do hope encik Radzi could consult and help me in achieving my dreams to become a young entrepreneur.

Ribuan ampun dan maaf sekiranya bahasa saya agak rojak dan sukar difahami.

Rgds,
xxxxxxx

JAWAPAN :

Wslsm,

1. Sekiranya Tuan ingin menubuhkan Syarikat Sdn. Bhd. ... Proses ini perlu melalui Setiausaha Syarikat. RM1,000 hanyalah sebahagian daripada kos iaitu Yuran Pendaftaraan ke SSM. Ini tak termasuk Cukai Hasil, Comm. of Oath, Register Book, Dokumen Penubuhan seperti M& A, Form 49, Form 24 First BOD Meeting dsb. Orang Awan tidak dibenarkan menubuhkan Syarikat Sdn. Bhd. iaitu mereka perlu melalui Setiausaha Syarikat.

RM100,000 adalah Modal Berbayar ... dan "By The Law" .... sesiapa yg memegang saham tersebut perlu membayarnya samada Tunai atau Bukan Tunai (Setara Dengan Aset). Ini akan dinyatakan didalam Borang 24. Oleh yg demikian duit saham tersebut akan dimasukkan ke dalam Syarikat. Pengeluaran duit untuk tujuan perniagaan adalah keputusan Management (Directors) dan mereka boleh mengunakan duit tersebut melalui keputusan mereka ... tiada halangan. Tak perlu diserahkan kepada SSM. Pihak SSM hanya perlukan Borang 24 sahaja yg menunjukkan saham yang diterbitkan.

2. Register Adress ... adalah bertujuan bagi alamat surat rasmi terutamanya bagi urusan SSM, LHDN dsb.
Business Adress ... adalah tempat kita berniaga
Postal Adress ... adalah tempat surat menyurat.

..... Customer mempunyai berbagai pilihan untuk memilih alamat yg bersesuaian.

3. Boleh .. you boleh buy share dan jadikan ianya Subsidiary .. at least 51% of the shares. Pendapat saya ... digalakkan membuka Syarikat bersendirian ... maksudnya ... elakkan menggunakan konsep Group dan Subsidiari. Liabiliti dan tanggungjawab amat berat ... berbanding dengan Syarikat Sdn. Bhd. yg berstatus EPC (Exempt Private Company) ... atau Syarikat biasa sahaja.

Yg mana tak faham tu boleh call saya. Semoga ini membantu.


Terima kasih.

Radzi
CA(M)

Monday, November 1, 2010

ARTIKEL : ELAK CUKAI


LHDN bongkar 600 kes elak cukai


Tan Sri Hasmah Abdullah


KUALA LUMPUR 31 Okt. – Bak kata pepatah, Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan jatuh ke tanah juga.

Biarpun pelbagai cara dilakukan oleh pembayar cukai untuk mengelak cukai, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terus berjaya menumpaskan usaha mereka.

Saban tahun, LHDN membongkar 600 kes pelarian cukai, sekali gus menyelamatkan kerajaan daripada kehilangan cukai lebih separuh bilion ringgit.

Menurut Ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Hasmah Abdullah, kes-kes berkenaan membabitkan sektor-sektor tidak rasmi tetapi mampu memberi hasil besar kepada LHDN.

‘‘Kita tidak mengejar peniaga ‘ikan bilis’ tetapi peniaga-peniaga besar.

‘‘Licik manapun peniaga yang cuba ‘lari’ membayar cukai, lambat-laun mereka tidak mampu lari,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di pejabatnya di sini.

Hasmah menjelaskan kejayaan pihaknya menjejaki golongan berkenaan adalah hasil kepakaran kakitangan LHDN dalam menangani masalah itu, selain kelebihan dalam Sistem Tafsir Sendiri (STS) yang diperkenalkan oleh Lembaga itu.

Katanya, melalui STS, pihaknya mampu mengenal pasti pendapatan yang mungkin tidak dilaporkan dengan betul oleh pembayar cukai.

‘‘Di bawah sistem ini, LHDN boleh memadankan harta yang dimiliki dengan pendapatan yang dilaporkan pembayar cukai.

‘‘Malah, kami mampu menyiasat dan mentaksir semula setiap perincian pendapatan dan harta pembayar cukai melalui rekod-rekod terdahulu dalam tahun-tahun sebelumnya.

‘‘Dalam erti kata lain, golongan ini tidak akan terlepas menjalankan tanggungjawab mereka untuk membayar cukai,’’ ujar Hasmah.

‘‘Seandainya kami gagal mendapat kerjasama daripada pembayar cukai, LHDN boleh mengenakan penalti sehingga 100 peratus atau membawa kes untuk pendakwaan,’’ ujarnya.

Beliau berkata, LHDN kini memperhebatkan usaha untuk mengesan pembayar cukai baru, tunggakan cukai dan melakukan audit ke atas majikan dan kakitangan.

Kata Hasmah, langkah itu seiring dengan sasaran LHDN untuk menyaksikan peningkatan sebanyak lima peratus pembayar cukai baru atau kira-kira 300,000 orang setiap tahun.

Setakat ini, kata beliau, sejumlah empat juta penduduk Malaysia adalah pembayar cukai aktif.


Utusan Online

1 Nov. 2010

CariGold.Com

= = = = = = = = = = MAKLUMAN UMUM = = = = = = = = = =

Tajuk dan Perbincangan Yg Lain dan Berkaitan Boleh Dilayari Di Bawah Pekara : -

- - - - - > a. Tajuk-tajuk Utama
- - - - - > b. Tajuk-tajuk Perbincangan

.... (ruangan atau kolum sebelah kiri blog ini ) atau Tekan OLDER POST Button.

... semoga mendapat manfaat bersama2 .... insyallah

KHIDMAT TUBUH & DAFTAR SYARIKAT BARU

KHIDMAT TUBUH & DAFTAR SYARIKAT BARU

PENGENALAN

Syarikat ini ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 iaitu Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) atau Syarikat Berhad (Bhd.). Bagi Syarikat Sdn. Bhd. Akta Syarikat telah menetapkan sekurang-kurangnya 2 orang diperlukan bagi menaja iaitu proses dalam menubuhkan Syarikat Sdn. Bhd. Ahli-ahli syarikat ini dihadkan kepada 50 orang sahaja dan satu-satu masa.

Mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Akta Syarikat 1965 sesebuah Syarikat Sdn. Bhd. mempunyai sifat-sifat seperti seorang manusia iaitu, Mempunyai namanya sendiri, Boleh didakwa atau mendakwa atas namanya sendiri. Mempunyai alamat yang tertentu, Mempunyai aset atas namanya sendiri, Bersifat kekal abadi. Bagi pembubaran hanya boleh dibubarkan melalui Sukerela (Persetujuan Bersama) atau Tindakan Mahkamah.


Kuasa Lembaga Pengarah

Pemegang Saham Syarikat akan melantik Para Pengarah dalam melaksanakan Objektif dan Arah tuju Syarikat. Oleh yang demikian, didalam pengurusan Syarikat, pihak berkuasa tertinggi syarikat ialah Lembaga Pengarah (Board of Directors). Lembaga Pengarah akan membuat ketetapan ke atas segala dasar yang dipersetujui bersama dalam mengurus dan mentadbir Syarikat dengan sebaik mungkin dan berlunaskan Undang-undang yang telah ditetapkan. Association) adalah di dalam tangan Lembaga Pengarah tetapi berpandukan Akta Syarikat 1965.


Liabiliti Terhad

Sifat kelebihan dan utama mengapa ramai yang memilih entiti perniagaan Sdn. Bhd. adalah Konsep Liabiliti Terhad. Para Pemegang Saham tidak akan menanggung liabiliti Syarikat sekiranya Syarikat dikenakan tindakan undang-undang mahupun pembubaran Syarikat. Bagi saham Syarikat yang telah dilanggan penuh, maka liabiliti hanya terhad kepada jumlah saham yang dipegang dan dibayar sahaja.



PROSES PENDAFTARAN SYARIKAT


Peringkat Pertama

Permohonan mencari nama Syarikat - Kelulusan nama perlu diperolehi daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum proses-proses lain dijalankan. Nama yang dicadangkan haruslah:

a. Tidak digunakan oleh Syarikat lain atau hampir menyerupai

b. Tidak bersifat keterlaluan dan ekstrim

c. Tidak boleh menggunkan nama yang telah dikawal oleh kerajaan seperti Putra, Mas, Nama Negeri-negeri dan sebagainya.

Pada ketika ini (1 November 2011), bilangan jumlah Syarikat Sdn. Bhd dan Berhad telah mencapai angka 970,000. Oleh yang demikian banyak nama Syarikat telah digunapakai dan didaftarkan.


Tips dan Panduan Nama Syarikat Baru:

a. Mencari nama Syarikat yang jarang digunapakai.

b. Digalakan agar menggunakan lebih 2 patah perkataan seperti CINTA ANGGUN RESOURCES SDN. BHD. Peluang menggunakan nama yang lebih 2 patah perkataan adalah amat cerah.

c. Sekiranya menggunakan nama yang agak pelik, penerangan atas nama diperlukan. Sebagai contoh : KAJA GROUP PROPERTIES SDN. BHD. (KAJA = KAMAL dan JAMAL)

d. Boleh juga menggunakan Bahasa asing tetapi kita perlu mendefinasikan kedalam Bahasa Malaysia atau Bahasa English. Sebagai contoh : Kappa Sigma … bermaksud didalam Bahasa Greek : Kappa = K dan Sigma = S).


Peringkat Kedua

Selepas nama baru diluluskan oleh SSM, maka perlulah disediakan Borang dan Dokumen sebelum pengeluaran Borang 9 (Sijil Penubuhan Syarikat). Tempoh maksimun 3 bulan diberikan oleh SSM bagi melengkapkan dan menyerahsimpan borang dan dokumen berkaitan. Antaranya adalah :

a. Memorandum dan Artikel Syarikat - M & A

Merupakan Peraturan, Undang-undang dan Perlembagaan Syarikat. Antara pekara yang penting yang perlu dinyatakan adalah :

i. Aktiviti Utama Syarikat. Penyenaraian 3 aktiviti utama Syarikat.

ii. Jumlah Saham Dibenarkan dan Saham Dibayar - Authorised and Paid-up Capital

iii. Nama Permulaan Pemegang Saham, Para Pengarah dan Setiausaha Syarikat

iv. Bagi Syarikat Dihadkan dengan Saham akan menyatakan akan Sekatan terhadap Jualan Saham, Ahli yang tidak melebihi 50 orang dsb.

b. Borang Perlantikkan Pengarah - Borang 48A - Merupakan pengistiharan Pengarah atau Pemegang Saham.

c. Penyataan Pematuhan - Borang 6

Nota :

----->1. Kesemua borang dan dokumen diatas perlu disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah dan Dimeterai dengan Duti Setem.

----->2. Pada peringkat ini Yuran Pendaftaran Syarikat baru akan dibayar kepada pihak SSM bagi membolehkan pihak SSM memproses borang dan dokumen tersebut.


Peringkat Terakhir

Selepas kesemua borang dan dokumen diproses dan telah diluluskan oleh SSM, maka Sijil Penubuhan Syarikat iaitu Borang 9 dikeluarkan yang kebiasaanya mengambil masa 1 atau 2 hari.

Susulan dari pengeluaran Sijil Penubuhan Syarikat, maka dokumen-dokumen seperti dibawah perlu diserah simpan kepada pihak SSM.

----->a. Borang 24 – Merupakan Borang Maklumat Saham dan Pemegang Saham termasuklah Saham Diterbitkan dan Saham Dibenarkan (Authorised dan Paid-up Capital).

----->b. Borang 44 – Merupakan dokumen yang menyatakan maklumat dam kedudukan Pejabat Berdaftar Syarikat

----->c. Borang 49 – Borang yang menyatakan maklumat Para Pengarah, Pengurus dan Setiausaha Syarikat.


Dokumen Simpanan Anda Selepas Penubuhan

----->a. 5 Salinan Memorandum dan Arikel - M & A

----->b. 5 Salinan Borang 44

----->c. 5 Salinan Borang 49

----->d. 5 Salinan Borang 24

----->e. 5 Salinan Borang 9

----->f. Resolusi pembukaan Akaun Bank Syarikat (Bank Pilihan Anda)


Kesemua dokumen yang diserahkan kepada pelanggan telah ditandatangi (Certified True Copy) oleh pihak Setiausaha Syarikat.


Kami menyediakan perkhidmatan penubuhan Syarikat Sdn. Bhd. baru. Syarikat yang ditubuhkan adalah berdasarkan tujuan dan kehendak perniagaan anda.


. . . . . . . . . . . . . . . . . . . RM2,200 sahaja !! . . . . . . . . . . . . . . . . .


Dengan harga yang kompetitif dan khidmat runding yang berterusan ... anda tidak perlu risau lagi. tentang status Syarikat anda. Dengan pengalaman dan kemampuan yang ada kami yakin akan mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik.




BIDANG BERKAITAN:

Menyediakan perkhidmatan khidmat runding dan nasihat meliputi pengurusan, perniagaan, percukaian dan sebagainya.













A. PENGAUDITAN

Khidmat Runding Pengauditan terhadap entiti seperti Syarikat Sdn. Bhd., Koperasi, Pertubuhan dan Yayasan. Begitu juga dengan Pengauditan Terkhusus (Requested by Specific Jobs)


B. PERAKAUNAN

Sisitem Perakaunan Berkomputer yang lengkap bagi semua jenis perniagaan dan industri dengan kadar berpatutan. Juga menyediakan perkhidmatan menaik-taraf sistem perakaunan yang sedia ada bagi mengikut kesesuaian perniagaan dan entiti yang diperlukan.


C. PERCUKAIAN

Khidmat Runding dan Nasihat didalam Cukai Perniagaan, Cukai Individu, Cukai Koperasi dan sebagainya. Dengan memaksimum keuntungan perniagaan dan pada masa yang masa merancang penjimatan cukai dengan sebaik mungkin Peruntukkan Undang-undang seperti Akta Cukai, Akta Syarikat, Akta Perkongsian akan diguna-pakai sebaik mungkin dan mengadaptasi cara bersesuaian.


D.
KHIDMAT SETIAUSAHA SYARIKAT

Menyediakan khidmat Setiausaha Syarikat yang bertauliah. Bekerjasama dengan pihak Syarikat dalam memberikan khidmat nasihat, panduan dalam urusan pentadbiran selaras dengan pematuhan dan polisi yang ditetapkan oleh Akta Syarikat.


E. KHIDMAT RUNDING NASIHAT DAN LATIHAN

Menyediakan khidmat latihan dan seminar terhadap Para Pengarah, Syarikat dan Kakitangan terutamanya didalam bidang Peraturan dan Polisi entiti, Sistem Kawalan Dalaman, Penstrukturan Perniagaan, Khidmat Nasihat Pengurusan dan sebagainya.




Mohd. Radzi Lasim (S
etiausaha Syarikat)
CA (MALAYSIA)
Tel : 019 -300 7730
E-mail : mr.radzi@yahoo.com


RADZI & CO. NF 1002 (CHAR
TERED ACCOUNTANTS)
Tel : 06 - 677 3001, 677 5001
Facsimile : 06 -679 3001
E-mail : radziandco@yahoo.com
Website : www.radziandco.com

**************************************************************************************************************************************************