January 31, 2017

PEMILIK PERNIAGAAN DISABITKAN KESALAHAN KERANA MENAWARKAN SKIM PELABURAN YANG TIDAK SAH DI BAWAH SEKSYEN 91(1) AKTA SYARIKAT 1965
Selasa, 6 Disember 2016: Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Tuan Zamri Bin Bakar pada hari ini telah mensabitkan pemilik perniagaan Green Million Agrisolutions Enterprise, Muhammad Rozi Bin Omar, 42, kerana melanggar peruntukkan seksyen 91(1) Akta Syarikat 1965. Muhammad Rozi telah diperintahkan membayar denda berjumlah RM50,000.00 dan sekiranya ingkar, enam (6) bulan penjara.
Kesalahan di bawah seksyen 91(1) Akta Syarikat 1965 membawa hukuman maksimum pemenjaraan lima (5) tahun atau denda maksimum sebanyak RM100,000.00 atau kedua-duanya sekali.
Kesalahan yang dilakukan oleh Muhammad Rozi ini adalah berkaitan dengan penawaran yang telah dibuat kepada orang awam untuk membeli kepentingan (‘interest’) dalam skim pelaburan rock melon tanpa Surat Ikatan (‘approved deed’) yang sah dan diluluskan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (‘SSM’) melalui perniagaan Green Million Agrisolutions Enterprise.
Faizal Mahdi Bin Mahmud dan Cheong Jee Khuan menjalankan pendakwaan bagi pihak SSM manakala Muhammad Rozi tidak diwakili peguam.
Tindakan pendakwaan yang dijalankan ini adalah salah satu usaha berterusan oleh pihak SSM untuk menbanteras skim pelaburan yang tidak berdaftar di Malaysia yang menerima wang pelaburan dari orang awam.

SUMBER: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)

BERTARIKH:    1 FEBRUARI 2017

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...