June 10, 2009

SOAL JAWAB: JURUAUDIT DAN CUKAI


SOALAN

Salam.
1. Saya baru menubuhkan syarikat enterprise, di mana saya nak dapatkan juruaudit untuk audit akaun?

2. Untuk makluman tuan, anggaran setahun pendapatan syarikat (sebelum cukai dan tolak kos) dalam RM110,000.
Terima kasih atas bantuan.



Encik Sabirin


JAWAPAN

Salam.


1. Untuk makluman, hanya perniagaan yang didaftarkan dengan Akta Syarikat sahaja dikenakan syarat audit tahunan. Bagi perniagaan Milikan Tunggal (Enterprise) dan Perkongsian tidak perlu. Begitu juga dengan agensi-agensi seperti Badan Berkanun, SEDC, LHDN dan Koperasi yang mana telah ditetapkan dan termaktub di dalam Undang-undang tubuh mereka perlu diaudit, maka ianya perlu diaudit oleh juruaudit. Maka, perniagaan tujuan tadi tidak dikenakan audit.

Bagi perniagaan Milikan Tunggal (Enterprise) perlulah:
a. Membuat dan menyediakan Penyata Kewangan setiap tahun bagi tujuan perniagaan dan juga untuk rujukan LHDN bila pihak LHDN membuat audit cukai ke atas perniagaan tersebut.
b. Membuat dan menyediakan pengiraan cukai perniagaan Enterprise tersebut yang termasuk perkara cukai dan kerugian cukai, elaun tahunan dan yang dibawa kehadapan (b/b).
c. Melengkapkan Borang B dan dihantar kepada LHDN setiap tahun.
Kesemua rekod-rekod perakaunan seperti Sales Invoives, Creditors, Bank Statement dsb hendaklah simpan sebaik mungkin. Paling penting sekali adalah General Ledger iaitu merupakan satu rekod atau catatan penuh perakaunan bagi seseuatu tempoh. Ianya perlulah disimpan selama 7 tahun. Ianya adalah wajib.

2. Pendapatan kasar RM100,000.
Bagi pandangan saya, ianya munkin dikenakan cukai atau mungkin juga tidak. Semuanya bergantung kepada Penyata Kewangan perniagaan. Secara dasarnya, sekiraya perniagaan itu mengalami keuntungan, ianya akan dikenakan cukai dan begitu sebaliknya. Namun pada pandangan kasar, pada peringkat begini, kemungkinan ianya tidak dikenakan cukai selepas diambil kira kos-kos lain seperti sewa pejabat, petrol, toll & parking, telephone dsb. Ianya bergantung kepada hasil dari Penyata Kewangan perniagaan tersebut.

Sekian, dimaklumkan.

p/s : Harap dapat membantu
       Terima kasih. 

RADZI & CO.
Chartered Accountants (M)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...