Wednesday, June 10, 2009

SOAL JAWAB

En. Sabirin,
Salam
1. Saya baru menubuhkan syarikat enterprise, dimana saya nak dapatkan juruaudit untuk audit akaun?
2. Untuk makluman tuan, anggaran setahun pendapatan syarikat (sebelum cukai dan tolak kos ) dalam 110k.
Tima kasih atas bantuan.

Jawapan.
Salam,
1. Untuk makluman hanya perniagaan yang didaftarkan dengan Akta Syarikat sahaja dikenakan syarat audit tahuan. Bagi perniagaan Milikan Tunggal (Enterprise), Perkongsian tidak perlu. Begitu juga dengan agensi2 seperti Badan Berkanun SEDC, LHDN, Koperasi yang mana telah ditetapkan dan termaktub didalam Undang2 tubu mereka perlu diaudit, maka ianya perlu diaudit oleh Juruaudit...maka perniagaan tujuan tadi tidak dikenakan audit.

Bagi perniagaan Milikan Tunggal (Enterprise) perlulah :
a. Membuat dan menyediakan Penyata Kewangan setiap tahunan bagi tujuan perniagaan dan juga untuk rujukan LHDN bila pihak LHDN membuat audit cukai keatas perniagaan tersebut.
b. Membuat dan menyediakan pengiraan cukai perniagaan Enterprise tsbt yg termasuk pekara cukai dan kerugian cukai, elaun tahunan dan yg dibawa kehadapan (b/b).
c. Melengkapkan Borang B dan dihantar kepada LHDN setiap tahun.
...kesemua rekod2 perakaunan seperti Sales Invoives, Creditors, Bank Statement dsb hendaklah simpan sebaik mungkin. Yang paling penting sekali adalah General Ledger iaitu merupakan satu rekod atau catatan penuh perakaunan bagi seseuatu tempoh. Ianya perlulah disimpan selama 7 tahun. Ianya adalah wajib.

2. Pendapatan kasar RM100,000
Bagi pandangan saya..ianya munkin dikenakan cukai atau mugkin tidak. Semuanya bergantung kepada Penyata Kewangan perniagaan. Secara dasarnya..sekiraya perniagaan itu mengalami keuntungan ianya akan dikenakan cukai dan begitu sebaliknya. Namun pada pandangan saya kasar..pada peringkat begini ..kemungkinan ianya tidak dikenakan cukai...selepas diambil kira kos2 lain seperti sewa pejabat, Petrol, Toll & Parking, Telephone dsb...ianya bergantung kepada hasil dari Penyata Kewangan perniagaan tsbt.

Wslm
Radzi (CA Malaysia)

0 comments:

Makluman..Sila Perkenalkan Diri Anda Untuk Pertanyaan (Jangan Pakai nick "Guest")


PERTANYAAN...KITA BINCANG BERSAMA-SAMA