October 14, 2010

SOAL JAWAB : PENUBUHAN SYARIKAT BARU


SOALAN

From:
xxxx@yahoo.com>

To: mr.radzi@ymail.com
Sent: Thu, October 14, 2010 6:07:39 PM

Assalamualaikum W.B.T...

1. Adakah sebuah syarikat Sdn Bhd boleh menjalankan aktiviti perniagaan yang banyak? Contohnya, mula-mula aktiviti perniagaan kita pertanian. Lepas tu kita ada buat percetakan pulak. Jadi, sebuah syarikat Sdn Bhd memang boleh lah ye untuk menjalankan banyak aktiviti? Bukan apa, senang sikit saya nak letak nama company. Mungkin saya akan pilih nama yang lebih menyeluruh.

2. Boleh tak kita nak letak perkataan 'holding' secara suka-suka? Contohnya, Impian Anggun Holding Sdn. Bhd. Boleh ke En. Radzi? Kalau tak boleh tak apa. Hehehe...

Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih ye.

JAWAPAN

Wasalam Tuan,

1. Pada hakikat sebenarnya, Syarikat boleh menjalankan apa jua perniagaan yang dikehendaki. Sebab itulah tujuan sebenar entiti perniagaan diwujudkan, iaitu untuk berniaga.

Cuma peraturan-peraturan dalam penubuhan perlu diikuti. Pihak Syarikat perlu dan wajib meletakkan 3 jenis perniagaan utama mereka. 3 jenis aktiviti utama ini akan dimasukkan ke dalam Memorandum dan Aritikel (M &A) Syarikat. Sebagai contoh :
  • Aktiviti 1 : Pertanian
  • Aktiviti 2 : Percetakkan
  • Aktiviti 3 : General Traders
Kalau kita ikutkan contoh di atas, aktiviti utama adalah antara 1 dan 3. Namun sebenarnya, kita boleh berniaga apa sahaja. Sebagai contoh nak berniaga Properties atau Penternakan atau Mekanikal dsb.

Peraturan di atas ditetapkan oleh SSM adalah memudahkan untuk mengenalpasti status perniagaan tersebut. Malah kalau pihak Syarikat ingin berdaftar dengan pihak Kementerian Kewangan (MOF), 3 aktiviti utama ini perlu sama dengan bidang-bidang yang kita hendak daftarkan. Sekiranya bidang tersebut tidak ada di dalam 3 aktiviti utama ini, kebarangkalian besar permohonan kita akan ditolak bila Syarikat bercadang menambah bidang-bidang yang berlainan.

Nasihat saya, Aktiviti 3 eloklah kalau kita letakkan sebagai General Trader. Klausa ini merujuk kepada perniagaan trading. Apa saja trading, termasuklah eksport dan import, semua trading kita boleh berniaga. "To play Safe and Secure". Ramai Syarikat meletakkan aktiviti 3 adalah General Traders sebagai "back-up".

Penggunaan nama Syarikat yang General yang tidak menunjukkan atau melambangkan aktiviti utama adalah langkah yang bijak supaya Syarikat tidak terkongkong untuk satu jenis perniagaan. Sebagai contoh Plantation Best Sdn. Bhd. Masyarakat akan melihat Syarikat ini sebagai Syarikat Pertanian. Payah sikit kalau nak buat perniagaan yang lain seperti menjual Komputer atau terlibat dalam bidang Engineering dan Mekanikal dsb.

2. Boleh letakkan nama Holding, tiada masalah. Malah kalau kita nak letakkan nama Group atau Resources atau Kumpulan atau dsb pun tiada masalah. Tiada sekatan. Cuma jangan pakai nama yang sensitif atau yang telah dikawal sebagai contoh, Putra, MAS, UDA, MAS, Negeri, Raja dsb.

p/s: Impian Anggun Holding Sdn. Bhd. dah ada, maaf . Nama Impian banyak digunakan. Nama Anggun pun banyak telah digunakan.

Harap ini membantu

Radzi
CA(M)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...