Thursday, October 14, 2010

SOAL JAWAB : PENUBUHAN SYARIKAT BARU


SOALAN

From:
xxxx@yahoo.com>

To: mr.radzi@ymail.com
Sent: Thu, October 14, 2010 6:07:39 PM

Assalamualaikum W.B.T...

1. Adakah sebuah syarikat sdn bhd blh menjalankan aktiviti perniagaan yg banyak? contohnya mula2 aktiviti perniagaan kita pertanian. Lepas tu kita ada buat percetakan pulak. Jd sebuah syarikat sdn bhd mmg blh la ye utk menjalankan banyak aktiviti? bukan ape...senang sikit saya nak letak nama company. Mungkin saya akan pilih nama yg lebih menyeluruh.

2. Blh tak kita nak letak perkataan 'holding' secara suka2? contohnya, Impian Anggun Holding Sdn Bhd. Blh ke en. Radzi? kalau tak boleh takpe. Hehehe...

Saya dahulukan dgn ucapan terima kasih ye...

JAWAPAN

Wslm Tuan,

1. Pada hakikat sebenarnya ... Syarikat boleh menjalankan apa jua perniagaan yang dikehendaki ... sebab itulah tujuan sebenar entiti perniagaan diwujudkan .... iaitu untuk berniaga.

Cuma peraturan-peraturan dalam penubuhan perlu diikuti. Pihak Syarikat perlu dan wajib meletakkan 3 jenis perniagaan utama mereka. 3 jenis aktiviti utama ini akan dimasukkan ke dalam Memorandum dan Aritikel (M & A) Syarikat. Sebagai contoh :

  • Aktiviti 1 ---> Pertanian
  • Aktiviti 2 ---> Percetakkan
  • Aktiviti 3 ---> General Traders
Kalau kita ikutkan contoh diatas ... aktiviti utama adalah antara 1 dan 3 .... namun sebenarnya kita boleh berniaga apa sahaja ... sebagai contoh nak berniaga Properties atau Penternakan atau Mekanikal dsb.

Peraturan diatas ditetapkan oleh SSM adalah memudahkan untuk mengenalpasti status perniagaan tersebut. Malah kalau pihak Syarikat ingin berdaftar dengan pihak Kementerian Kewangan (MOF) ... 3 aktiviti utama ini perlu sama dengan bidang-bidang yg kita hendak daftarkan. Sekiranya bidang tersebut tidak ada didalam 3 aktiviti utama ini , kebarangkalian besar permohonan kita akan ditolak bila Syarikat bercadang menambah bidang-bidang yang berlainan.

Nasihat saya ... Aktiviti 3 ... eloklah kalau kita letakkan sebagai General Trader. Klaus ini merujuk kepada perniagaan trading ... apa saja trading, termasuklah eksport dan import .... semua trading kita boleh berniaga. ... "To play Safe and Secure". Ramai Syarikat meletakkan aktiviti 3 adalah General Traders ... sebagai "back-up".

Penggunaan nama Syarikat yang General yang tidak menunjukkan atau melambangkan aktiviti utama ... adalah langkah yg bijak ... supaya Syarikat tidak terkongkong untuk satu jenis perniagaan. Sebagai contoh Plantation Best Sdn. Bhd. . Masyarakat akan melihat Syarikat ini sebagai Syarikat Pertanian ... payah sikit kalau nak buat perniagaan yag lain seperti menjual Komputer atau telibat dalam bidang Engineering dan Mekanikal dsb.


2. Boleh letakkan nama Holding ... tiada masalah. Malah kalau kita nak letakkan nama Group atau Resources atau Kumpulan atau dsb ... tiada masalah. Tiada sekatan. Cuma jangan pakai nama yang sensitif atau yg telah dikawal ... sebagai contoh ... Putra, MAS, UDA, MAS, Negeri, Raja dsb.

p/s: Impian Anggun Holding Sdn. Bhd. ..... dah ada ... maaf . Nama Impian banyak digunakan ... nama Anggun pun banyak telah digunakan.

... harap ini membantu

Radzi
CA(M)

1 comments:

elis61298 said...

http://www.mudah.my/vi/8311001.htm

Price: RM 120

Human resources manuals and employee handbooks are two of the most frequently used tools for communicating a company’s basic management philosophies, commitment to fair employment practices and equal opportunity, and the expectations of employees.

Syarikat kami menyediakan Model Manual mengikut piawaian ISO 9002 dan Akta Kerja 1955.

Pakej 4 + 1
1) HR Procedure & Policies
2) Standard HR Dept. forms & letters
3) Executive Employee Handbook
4) Non-Executive Employee Handbook
5) Soft copy provided

Hubungi Pn. Junaidah 019-3934736
Excel HR Resources, Sepang, Selangor

CariGold.Com

= = = = = = = = = = MAKLUMAN UMUM = = = = = = = = = =

Tajuk dan Perbincangan Yg Lain dan Berkaitan Boleh Dilayari Di Bawah Pekara : -

- - - - - > a. Tajuk-tajuk Utama
- - - - - > b. Tajuk-tajuk Perbincangan

.... (ruangan atau kolum sebelah kiri blog ini ) atau Tekan OLDER POST Button.

... semoga mendapat manfaat bersama2 .... insyallah

KHIDMAT TUBUH & DAFTAR SYARIKAT BARU

KHIDMAT TUBUH & DAFTAR SYARIKAT BARU

PENGENALAN

Syarikat ini ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 iaitu Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) atau Syarikat Berhad (Bhd.). Bagi Syarikat Sdn. Bhd. Akta Syarikat telah menetapkan sekurang-kurangnya 2 orang diperlukan bagi menaja iaitu proses dalam menubuhkan Syarikat Sdn. Bhd. Ahli-ahli syarikat ini dihadkan kepada 50 orang sahaja dan satu-satu masa.

Mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Akta Syarikat 1965 sesebuah Syarikat Sdn. Bhd. mempunyai sifat-sifat seperti seorang manusia iaitu, Mempunyai namanya sendiri, Boleh didakwa atau mendakwa atas namanya sendiri. Mempunyai alamat yang tertentu, Mempunyai aset atas namanya sendiri, Bersifat kekal abadi. Bagi pembubaran hanya boleh dibubarkan melalui Sukerela (Persetujuan Bersama) atau Tindakan Mahkamah.


Kuasa Lembaga Pengarah

Pemegang Saham Syarikat akan melantik Para Pengarah dalam melaksanakan Objektif dan Arah tuju Syarikat. Oleh yang demikian, didalam pengurusan Syarikat, pihak berkuasa tertinggi syarikat ialah Lembaga Pengarah (Board of Directors). Lembaga Pengarah akan membuat ketetapan ke atas segala dasar yang dipersetujui bersama dalam mengurus dan mentadbir Syarikat dengan sebaik mungkin dan berlunaskan Undang-undang yang telah ditetapkan. Association) adalah di dalam tangan Lembaga Pengarah tetapi berpandukan Akta Syarikat 1965.


Liabiliti Terhad

Sifat kelebihan dan utama mengapa ramai yang memilih entiti perniagaan Sdn. Bhd. adalah Konsep Liabiliti Terhad. Para Pemegang Saham tidak akan menanggung liabiliti Syarikat sekiranya Syarikat dikenakan tindakan undang-undang mahupun pembubaran Syarikat. Bagi saham Syarikat yang telah dilanggan penuh, maka liabiliti hanya terhad kepada jumlah saham yang dipegang dan dibayar sahaja.



PROSES PENDAFTARAN SYARIKAT


Peringkat Pertama

Permohonan mencari nama Syarikat - Kelulusan nama perlu diperolehi daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum proses-proses lain dijalankan. Nama yang dicadangkan haruslah:

a. Tidak digunakan oleh Syarikat lain atau hampir menyerupai

b. Tidak bersifat keterlaluan dan ekstrim

c. Tidak boleh menggunkan nama yang telah dikawal oleh kerajaan seperti Putra, Mas, Nama Negeri-negeri dan sebagainya.

Pada ketika ini (1 November 2011), bilangan jumlah Syarikat Sdn. Bhd dan Berhad telah mencapai angka 970,000. Oleh yang demikian banyak nama Syarikat telah digunapakai dan didaftarkan.


Tips dan Panduan Nama Syarikat Baru:

a. Mencari nama Syarikat yang jarang digunapakai.

b. Digalakan agar menggunakan lebih 2 patah perkataan seperti CINTA ANGGUN RESOURCES SDN. BHD. Peluang menggunakan nama yang lebih 2 patah perkataan adalah amat cerah.

c. Sekiranya menggunakan nama yang agak pelik, penerangan atas nama diperlukan. Sebagai contoh : KAJA GROUP PROPERTIES SDN. BHD. (KAJA = KAMAL dan JAMAL)

d. Boleh juga menggunakan Bahasa asing tetapi kita perlu mendefinasikan kedalam Bahasa Malaysia atau Bahasa English. Sebagai contoh : Kappa Sigma … bermaksud didalam Bahasa Greek : Kappa = K dan Sigma = S).


Peringkat Kedua

Selepas nama baru diluluskan oleh SSM, maka perlulah disediakan Borang dan Dokumen sebelum pengeluaran Borang 9 (Sijil Penubuhan Syarikat). Tempoh maksimun 3 bulan diberikan oleh SSM bagi melengkapkan dan menyerahsimpan borang dan dokumen berkaitan. Antaranya adalah :

a. Memorandum dan Artikel Syarikat - M & A

Merupakan Peraturan, Undang-undang dan Perlembagaan Syarikat. Antara pekara yang penting yang perlu dinyatakan adalah :

i. Aktiviti Utama Syarikat. Penyenaraian 3 aktiviti utama Syarikat.

ii. Jumlah Saham Dibenarkan dan Saham Dibayar - Authorised and Paid-up Capital

iii. Nama Permulaan Pemegang Saham, Para Pengarah dan Setiausaha Syarikat

iv. Bagi Syarikat Dihadkan dengan Saham akan menyatakan akan Sekatan terhadap Jualan Saham, Ahli yang tidak melebihi 50 orang dsb.

b. Borang Perlantikkan Pengarah - Borang 48A - Merupakan pengistiharan Pengarah atau Pemegang Saham.

c. Penyataan Pematuhan - Borang 6

Nota :

----->1. Kesemua borang dan dokumen diatas perlu disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah dan Dimeterai dengan Duti Setem.

----->2. Pada peringkat ini Yuran Pendaftaran Syarikat baru akan dibayar kepada pihak SSM bagi membolehkan pihak SSM memproses borang dan dokumen tersebut.


Peringkat Terakhir

Selepas kesemua borang dan dokumen diproses dan telah diluluskan oleh SSM, maka Sijil Penubuhan Syarikat iaitu Borang 9 dikeluarkan yang kebiasaanya mengambil masa 1 atau 2 hari.

Susulan dari pengeluaran Sijil Penubuhan Syarikat, maka dokumen-dokumen seperti dibawah perlu diserah simpan kepada pihak SSM.

----->a. Borang 24 – Merupakan Borang Maklumat Saham dan Pemegang Saham termasuklah Saham Diterbitkan dan Saham Dibenarkan (Authorised dan Paid-up Capital).

----->b. Borang 44 – Merupakan dokumen yang menyatakan maklumat dam kedudukan Pejabat Berdaftar Syarikat

----->c. Borang 49 – Borang yang menyatakan maklumat Para Pengarah, Pengurus dan Setiausaha Syarikat.


Dokumen Simpanan Anda Selepas Penubuhan

----->a. 5 Salinan Memorandum dan Arikel - M & A

----->b. 5 Salinan Borang 44

----->c. 5 Salinan Borang 49

----->d. 5 Salinan Borang 24

----->e. 5 Salinan Borang 9

----->f. Resolusi pembukaan Akaun Bank Syarikat (Bank Pilihan Anda)


Kesemua dokumen yang diserahkan kepada pelanggan telah ditandatangi (Certified True Copy) oleh pihak Setiausaha Syarikat.


Kami menyediakan perkhidmatan penubuhan Syarikat Sdn. Bhd. baru. Syarikat yang ditubuhkan adalah berdasarkan tujuan dan kehendak perniagaan anda.


. . . . . . . . . . . . . . . . . . . RM2,200 sahaja !! . . . . . . . . . . . . . . . . .


Dengan harga yang kompetitif dan khidmat runding yang berterusan ... anda tidak perlu risau lagi. tentang status Syarikat anda. Dengan pengalaman dan kemampuan yang ada kami yakin akan mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik.




BIDANG BERKAITAN:

Menyediakan perkhidmatan khidmat runding dan nasihat meliputi pengurusan, perniagaan, percukaian dan sebagainya.













A. PENGAUDITAN

Khidmat Runding Pengauditan terhadap entiti seperti Syarikat Sdn. Bhd., Koperasi, Pertubuhan dan Yayasan. Begitu juga dengan Pengauditan Terkhusus (Requested by Specific Jobs)


B. PERAKAUNAN

Sisitem Perakaunan Berkomputer yang lengkap bagi semua jenis perniagaan dan industri dengan kadar berpatutan. Juga menyediakan perkhidmatan menaik-taraf sistem perakaunan yang sedia ada bagi mengikut kesesuaian perniagaan dan entiti yang diperlukan.


C. PERCUKAIAN

Khidmat Runding dan Nasihat didalam Cukai Perniagaan, Cukai Individu, Cukai Koperasi dan sebagainya. Dengan memaksimum keuntungan perniagaan dan pada masa yang masa merancang penjimatan cukai dengan sebaik mungkin Peruntukkan Undang-undang seperti Akta Cukai, Akta Syarikat, Akta Perkongsian akan diguna-pakai sebaik mungkin dan mengadaptasi cara bersesuaian.


D.
KHIDMAT SETIAUSAHA SYARIKAT

Menyediakan khidmat Setiausaha Syarikat yang bertauliah. Bekerjasama dengan pihak Syarikat dalam memberikan khidmat nasihat, panduan dalam urusan pentadbiran selaras dengan pematuhan dan polisi yang ditetapkan oleh Akta Syarikat.


E. KHIDMAT RUNDING NASIHAT DAN LATIHAN

Menyediakan khidmat latihan dan seminar terhadap Para Pengarah, Syarikat dan Kakitangan terutamanya didalam bidang Peraturan dan Polisi entiti, Sistem Kawalan Dalaman, Penstrukturan Perniagaan, Khidmat Nasihat Pengurusan dan sebagainya.




Mohd. Radzi Lasim (S
etiausaha Syarikat)
CA (MALAYSIA)
Tel : 019 -300 7730
E-mail : mr.radzi@yahoo.com


RADZI & CO. NF 1002 (CHAR
TERED ACCOUNTANTS)
Tel : 06 - 677 3001, 677 5001
Facsimile : 06 -679 3001
E-mail : radziandco@yahoo.com
Website : www.radziandco.com

**************************************************************************************************************************************************