August 13, 2009

SOAL JAWAB: SYARIKAT SDN. BHD. & ENTERPRISE



SOALAN


Salam.
1. Saya nak tahu, ada tak cara yang boleh mengiktirafkan syarikat Enterprise sebagai anak syarikat kepada syarikat Sdn. Bhd?
2. Saya mempunyai syarikat Sdn. Bhd. dan ingin mengambilalih tender yang dimiliki oleh sesebuah syarikat Enterprise. Ada tak cara dari segi undang-undang?

Nik Zuhaini Majid


JAWAPAN

Salam. Maafkan saya, kebelakangan ini agak sibuk dengan kerja yang perlu diselesaikan.

1. Untuk makluman, sesuatu perniagaan hanya boleh dianggap sebagai anak syarikat sekiranya:

a. Memegang saham syarikat lebih dari 50%
b. Ianya entiti Syarikat Sdn. Bhd. atau Bhd.

Perniagaan Enterprise atau pun milikan tunggal adalah merupakan entiti perniagaan yang tidak mempunyai saham dan ianya milik penuh oleh empunya. Oleh yang demikian, tiada saham yang dapat dipegang oleh Syarikat lain.

Perniagaan Enterprise atau Milikan Tunggal tidak boleh menjadi anak syarikat bagi Syarikat yang lain. Anak Syarikat hanya terhasil sekiranya sesuatu Syarikat Sdn. Bhd. atau Bhd memegang lebih 50% saham sesuatu Syarikat Sdn. Bhd. atau Berhad.

2. Ambil alih tender.

Untuk keselamatan, maka perjanjian bertulis yang sah hendaklah dibuat iatu melalui peguam. Banyak segi perlu diperhatikan di sini.
a. Sekiranya tender tersebut boleh diubah kepada penama baru, rasanya tiada masalah terutamanya bila penerimaan pembayaran.
b. Sekiranya tender tidak boleh diubah, ianya berisiko kerana tiada kawalan yang sah ke atas perniagaan Enterprise tersebut. Jalan penyelesaiannya adalah melalui perjanjian yang sah perlu dibuat melalui khidmat nasihat peguam.

Sekian dimaklumkan.

P/s : Bagi pengunjung yang mempunyai persoalan dan memerlukan jawapan pantas, bolehlah hubungi saya seperti telefon di atas. In syaa Allah menolong setakat termampu. Terima kasih. 

RADZI & CO.
Chartered Accountants (M)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...