October 18, 2010

SOALJAWAB : KEGAGALAN PEMATUHAN POLISI & AKTA SYARIKAT

Soalan:
Originally Posted
Assalamualaikum W.B.T...

Saya ada pertanyaan untuk Bro Radzi ...

Macam ni...saya dah buat keputusan utk tubuhkan syarikat Sdn. Bhd. Kerana saya mempunyai perancangan jangka panjang dan matlamat yg tinggi utk perniagaan saya. Selain itu, saya juga akan mengusahakan perniagaan saya secara sepenuh masa. Tetapi, memandangkan saya baru ingin memulakan perniagaan, saya berasa agak kurang yakin untuk menubuhkan syarikat Sdn. Bhd. Saya cuma risaukan bagaimana untuk maintain segala caj & fee yg berkaitan dgn syarikat Sdn Bhd ni. Maklumlah...saya baru je nak buat bisnes. mungkin bisnes pun belum untung lg mula2 ni. Blh bagi komen @ nasihat tak?

Bro Radzi, Shall U?
Salam Tuan,
... memang betul ... kos dan maintenance bagi Syarikat ... kadang2 ianya membebankan. Diantaranya adalah kos Setiausaha dan kos Audit. Apatah lagi bagi mereka yg baru hendak menjalankan perniagaan dan mengalami kekangan Modal dan Aliran Tunai.

Pandangan saya ... kos2 tersebut tidaklah sebesar mana berbanding manfaat dan kelebihan yang diperolehi melalui perniagaan Sdn. Bhd.

Seperti yg saudara katakan ... perniagaan j/panjang adalah bersesuaian dgn konsep Sykt. Sdn. Bhd. Sekiranya pihak Syarikat mampu mengemaskinikan keadaan Syarikat dan mematuhi akan prosedur dan polisi ... kos2 tersebut tidaklah membebankan. Namun kegagalan Syarikat atas pematuhan ... atau dengan kata lain ... buat tak faham jer ... sampai bertahun2 ... maka disini mulalah timbul akan berbagai-bagai masalah. Ketika ini banyak kompaun telah dikeluarkan kepada Syarikat Sdn. Bhd. atas kesalahan :

  • RM1,000 - Gagal mengadakan Mesyuarat Agung setahun (Sekseyn 143(1))
  • RM200 - Gagal menyerahsimpan Annual Return (Laporan Tahunan) setahun (Seksyen 165(4))
  • RM3,000 - Gagal membentang Laporan Audit dalam Mesyuarat Agung Tahunan (Seksyen 169(1)
----->Jumlah 1 tahun = RM4,200

... sedangkan kalau Syarikat mematuhi polisi dan prosedur ... tiada kompaun (RM4,200) dikenakan. ... dari segi perniagaan ... kompaun ini sesuatu yang merugikan. Bayangkanlah kalau 3 tahun ...

Sekiranya pihak Syarikat ada masalah ... bawa berbincang dengan Setiausaha Syarikat ... bagaimanakan jalan dan cara terbaik bagi mengelakkan masalah ini. Bagi Setiuasaha Syarikat ... pada kebiasaanya ... mereka akan menasihatkan Syarikat dan para Pengarah baik dari segi pematuhan, polisi, Perakaunan, Pengauditan dan pekara2 yg berkaitan dengan Cukai.

Quote:
Ada satu soalan lg ye...
Blh tak kalau adik saya yg tengah belajar kat Universiti jd pemegang saham dalam syarikat saya nanti? dia pun dah tahun akhir dah skrg.
Sekiranya adik saudara berumur 18 tahun ke atas dan tidak bankrupt ... boleh ... tiada masalah. Beliau boleh menjadi Pengarah dan juga Shareholders ... sekiranya perlu. Yang penting ... sesuatu Syarikat Sdn. Bhd,. perlulah mempunyai 2 orang Pemegang Saham dan 2 orang Pengarah ... orang yg sama juga boleh bagi kedua2 pekara di atas.

p/s: harap ini membantu.

October 14, 2010

SOAL JAWAB : PENUBUHAN SYARIKAT BARU


SOALAN

From:
xxxx@yahoo.com>

To: mr.radzi@ymail.com
Sent: Thu, October 14, 2010 6:07:39 PM

Assalamualaikum W.B.T...

1. Adakah sebuah syarikat Sdn Bhd boleh menjalankan aktiviti perniagaan yang banyak? Contohnya, mula-mula aktiviti perniagaan kita pertanian. Lepas tu kita ada buat percetakan pulak. Jadi, sebuah syarikat Sdn Bhd memang boleh lah ye untuk menjalankan banyak aktiviti? Bukan apa, senang sikit saya nak letak nama company. Mungkin saya akan pilih nama yang lebih menyeluruh.

2. Boleh tak kita nak letak perkataan 'holding' secara suka-suka? Contohnya, Impian Anggun Holding Sdn. Bhd. Boleh ke En. Radzi? Kalau tak boleh tak apa. Hehehe...

Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih ye.

JAWAPAN

Wasalam Tuan,

1. Pada hakikat sebenarnya, Syarikat boleh menjalankan apa jua perniagaan yang dikehendaki. Sebab itulah tujuan sebenar entiti perniagaan diwujudkan, iaitu untuk berniaga.

Cuma peraturan-peraturan dalam penubuhan perlu diikuti. Pihak Syarikat perlu dan wajib meletakkan 3 jenis perniagaan utama mereka. 3 jenis aktiviti utama ini akan dimasukkan ke dalam Memorandum dan Aritikel (M &A) Syarikat. Sebagai contoh :
  • Aktiviti 1 : Pertanian
  • Aktiviti 2 : Percetakkan
  • Aktiviti 3 : General Traders
Kalau kita ikutkan contoh di atas, aktiviti utama adalah antara 1 dan 3. Namun sebenarnya, kita boleh berniaga apa sahaja. Sebagai contoh nak berniaga Properties atau Penternakan atau Mekanikal dsb.

Peraturan di atas ditetapkan oleh SSM adalah memudahkan untuk mengenalpasti status perniagaan tersebut. Malah kalau pihak Syarikat ingin berdaftar dengan pihak Kementerian Kewangan (MOF), 3 aktiviti utama ini perlu sama dengan bidang-bidang yang kita hendak daftarkan. Sekiranya bidang tersebut tidak ada di dalam 3 aktiviti utama ini, kebarangkalian besar permohonan kita akan ditolak bila Syarikat bercadang menambah bidang-bidang yang berlainan.

Nasihat saya, Aktiviti 3 eloklah kalau kita letakkan sebagai General Trader. Klausa ini merujuk kepada perniagaan trading. Apa saja trading, termasuklah eksport dan import, semua trading kita boleh berniaga. "To play Safe and Secure". Ramai Syarikat meletakkan aktiviti 3 adalah General Traders sebagai "back-up".

Penggunaan nama Syarikat yang General yang tidak menunjukkan atau melambangkan aktiviti utama adalah langkah yang bijak supaya Syarikat tidak terkongkong untuk satu jenis perniagaan. Sebagai contoh Plantation Best Sdn. Bhd. Masyarakat akan melihat Syarikat ini sebagai Syarikat Pertanian. Payah sikit kalau nak buat perniagaan yang lain seperti menjual Komputer atau terlibat dalam bidang Engineering dan Mekanikal dsb.

2. Boleh letakkan nama Holding, tiada masalah. Malah kalau kita nak letakkan nama Group atau Resources atau Kumpulan atau dsb pun tiada masalah. Tiada sekatan. Cuma jangan pakai nama yang sensitif atau yang telah dikawal sebagai contoh, Putra, MAS, UDA, MAS, Negeri, Raja dsb.

p/s: Impian Anggun Holding Sdn. Bhd. dah ada, maaf . Nama Impian banyak digunakan. Nama Anggun pun banyak telah digunakan.

Harap ini membantu

Radzi
CA(M)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...