May 17, 2010

SYARIKAT DAN CUKAI


Salam.
Ada beberapa soalan. Soalan semua khusus untuk Syarikat Sdn. Bhd.

Quote:
1) Berkenaan nama syarikat, jika kita dah guna 'Apanama Sdn Bhd', boleh tak orang lain pula guna nama 'Apanama Holding Sdn Bhd', 'Apanama Consultant Sdn Bhd' dll? Maknanya nama kita dah tak ekslusif lagi.
Ya, memang benar. Selagi ianya tidak menggambarkan atau boleh merujuk kepada Syarikat lain, ianya dibenarkan. Maksudnya, sesiapa sahaja boleh menubuhkan Syarikat Sdn. Bhd. dan menggunakan nama yang hampir-hampir sama. Tradename "Apanama" seperti contoh diberi boleh digunakan atau dimiliki oleh orang lain.

Quote:
2) Macam mana nak buat nama itu esklusif untuk syarikat kita sahaja? Apa strateginya?
Sebenarnya, kuasa penuh adalah di bawah bidang SSM, iaitu pihak yang meluluskan dan menolak nama Syarikat. Maaf encik, setakat yang saya tahu, tiada cara. Nama-nama yang berbentuk esklusif bagi pihak Kerajaan sahaja yang dikawal oleh SSM seperti penggunaan nama Putrajaya, Cyberjaya dsb. Untuk pengetahuan, ketika ini bilangan Syarikat Sdn Bhd dan Berhad hampir mencecah 880,000 Syarikat di Malaysia dan begitulah banyak nama-nama Syarikat yang digunakan. Banyak bukan. 

Quote:
3) Sejauh mana nama syarikat menghadkan aktiviti syarikat tersebut? Contohnya kita register 'Apanama Holdings Sdn Bhd' dengan tujuan asal untuk melabur dan memiliki syarikat orang lain. Tapi kemudiannya kita nak guna syarikat tersebut untuk dapatkan kontrak bekal alat-alat pejabat, buka restoran dan sebagainya. Apa strategi untuk mengembangkan syarikat, tapi still menggunakan nama syarikat induk yang mula-mula kita tubuhkan?
Sebenarnya, aktiviti asas perniagaan Syarikat Sdn. Bhd. telah dinyatakan di dalam M&A sesuatu syarikat. Namun begitu, bukannya merupakan suatu halangan bagi Syarikat tersebut untuk berniaga di dalam bidang lain. Syarikat bebas untuk menjalankan aktiviti-aktiviti lain asalkan tidak melanggar Undang-undang Syarikat yang telah termaktub iaitu menjalankan aktiviti-aktivit salah seperti Money Laundry.

Bila berlaku perubahan ke atas dasar aktiviti perniagaan, contoh dari pertanian ke perlombongan, maka perubahan tersebut perlulah dinyatakan secara rasmi oleh Syarikat tersebut dan pindaan di dalam M&A juga akan berlaku. Perubahan-perubahan ini biasanya dilakukan oleh Setiausaha Syarikat tersebut.

Dari sudut Cukai, setiap aktiviti perniagaan yang berlainan akan ditaksirkan secara berasingan juga. Maksudnya, ianya tidak dikira secara sama. Kalau berniaga Pertanian (merupakan Aktiviti 1), Restoran (Aktiviti 2) dan seterusnya. Setiap potongan dan pelepasan yang diberikan oleh LHDN akan terhad kepada Aktiviti yang dijalankan. Sebagai contoh, Elaun Tahunan bagi Jentera Pertanian tidak akan diberi kepada Aktiviti Restoran. Jadi, sedikit sebanyak ianya akan mempengaruhi Cukai Syarikat tersebut.

Quote:
4) Jika kita ingin beli kereta untuk kegunaan sendiri, mana yang lebih elok, beli kenderaan atas nama syarikat atau beli kenderaan atas nama sendiri dan membuatkan gaji kita tinggi untuk bayar installment kereta bulanan? Bagaimana pula untuk beli rumah sendiri? Apa pro dan cons?
KERETA.
Beli kereta, ada 2 faktor, ikut kesesuaian:
  1. Kalau kereta tersebut itu melebihi RM150,000 dan ianya BARU, kebanyakkan memilih untuk tidak memasukkannya ke dalam Syarikat kerana ianya memberikan "KERUGIAN CUKAI" kepada syarikat.

    Pertama, Elaun Tahunan kereta tersebut hanya diberikan setakat RM50,000 sahaja.
    Kedua, bagi mereka yang menggunakan kereta tersebut, ianya merupakan satu pendapatan bagi mereka dan ianya dikenali sebagai Benefit In Kind (BIK). Nilai BIK ini akan dimasukkan ke dalam pengiraan cukai mereka yang menggunakan kereta tersebut. Ini tidak termasuk akan penggunaan minyak petrol, driver sekiranya ada.

    Sila perhatikan Borang EA anda. Anda pasti jumpa ruangan ini (BIK) atau Manfaat Berupa Barangan. Anda juga boleh rujuk kepada Ketetapan Umum 2/2004 Keluaran 17 April 2009.
  2. Kenderaan Syarikat bernilai RM150,000 ke bawah dan ianya BARU, kebiasannya mereka akan memasukkannya ke dalam Syarikat. Di sini, Syarikat akan menikmati potongan Elaun Tahunan sebanyak RM100,000.

RUMAH.
Beli rumah sendiri oleh Syarikat pada kebiasaanya mereka tidak akan memilih untuk memasukkan ke dalam Syarikat. Pembelian rumah tidak akan mendapat Elaun Tahunan kesemuanya. Malah, sebahagian kos pembelian tersebut iaitu seperti Faedah Pinjaman, akan dihadkan (sekiranya melepasi had yang dibenarkan). Kos Guaman, Stamp Duty dan kos yang terbabit terhadap pembelian tersebut, kesemuanya tidak diberi potongan oleh LHDN (Unallowable Expenses). Oleh yang demikian, kebiasaanya pembelian tersebut tidak akan dimasukkan ke dalam Syarikat. Gunakan cara lain yang lebih bersesuaian. 

Setiap perancangan mempunyai kesan-kesan tersendiri. Gunakan secara maksimum dan bersesuaian.

p/s: harap ini membantu Tuan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...