a.Quote:
| ada beberapa soalan. 1) berkenaan nama syarikat...jika kita dah guna 'Apanama Sdn Bhd', boleh tak orang lain pulak yang guna nama 'Apanama Holding Sdn Bhd', 'Apanama COnsultant Sdn Bhd' dll...maknanya nama kita dah tak ekslusif lagi... |
rkan. Maksudnya ... sesiapa sahaja boleh menubuhkan Syarikat Sdn. Bhd. dan menggunkan nama yg hampir2 sama. Tradename "Apanama" seperti contoh diberi .. boleh digunakan atau dimiliki oleh orang lain.| 2) macamana nak buat nama itu ekslusif untuk syarikat kita sahaja? Apa strateginya..? |

Quote:
| 3) Sejauh nama syarikat menghadkan aktiviti syarikat tersebut..contohnya kita register 'Apanama Holdings Sdn Bhd' dengan tujuan asal untuk melabur dan memiliki syarikat orang lain...tapi kemudiannya kita nak guna syarikat tersebut untuk dapatkan kontrak bekal alat-alat pejabat, buka restoren dsbnya....apa strategi untuk mengembangkan syarikat, tapi still menggunakan nama syarikat induk yang mula-mula kita tubuhkan...? |
Bila berlaku perubahan berlaku atas dasar aktiviti perniagaan ... Contoh dari pertanian ke perlombongan ... maka perubahan tersebut perlulah dinyatakan didalam secara rasmi oleh Syarikat tersebut dan pindaan didalam M&A juga akan berlaku. Perubahan2 ini biasanya dilakukan oleh Setiausaha Syarikat tersebut.
Dari sudut Cukai ... setiap aktiviti perniagaan yang berlainan ... akan ditaksirkan secara berasing juga. Maksudnya ianya tidak dikira secara sama. Kalau berniaga Pertanian (merupakan Aktiviti 1) ... Restauran (Aktiviti 2) ... dan seterusnya. Setiap potongan dan pelepasan yg diberikan oleh LHDN akan terhad kepada Aktiviti yg dijalankan. Sebagai contoh ... Elaun Tahunan bagi Jentera Pertanian ... tidak akan diberi kepada Aktiviti Restaurant. so ... sedikit sebanyak ianya akan mempengaruhi akan akan Cukai Syarikat tersebut.Quote:
| 4) Jika kita ingin beli kereta untuk kegunaan sendiri, mana yang lebih elok, beli kenderaan atas nama syarikat atau beli kenderaan atas nama sendiri dan membuatkan gaji kita tinggi untuk bayar installment kereta bulan...Bagaimana pula untuk beli rumah sendiri? Apa pro dan cons...? soalan diatas semua khusus untuk syarikat sdn bhd... |
a. Kalau kereta tersebut itu melebihi RM150,000 dan ianya BARU ... kebanyakkan memilih untuk tidak memasukkannya kedalam Syarikat kerana ianya memberikan "KERUGIAN CUKAI" kepada syarikat. Pertama ... Elaun Tahunan kereta tersebut hanya diberikan setakat RM50,000 sahaja. Kedua ... Bagi mereka yg menggunakan kereta tersebut ... ianya merupakan satu pendapatan bagi mereka dan ianya dikenali sebagai Benefit In Kind (BIK). Nilai BIK ini akan dimasukkan kedalam pengiraan cukai mereka yg menggunakan kereta tersebut. Ini tidak termasuk akan penggunaan Minyak Petrol, Driver ... sekiranya ada.
Sila perhatikan Borang EA anda ... anda pasti jumpa ruangan ini (BIK) atau Manfaat Berupa Barangan. Anda juga boleh rujuk kepada Ketetapan Umum 2/2004 Keluaran 17 April 2009.
b. Kenderaan Syarikat bernilai RM150,000 kebawah dan inaya BARU ... kebiasannya mereka akan memasukkannya kedalam Syarikat. Disini Syarikat akan menikmati potongan Elaun Tahunan sebanyak RM100,000.
c. Beli Rumah Sendiri oleh Syarikat ... pada kebiasaanya ... mereka tidak akan memilih untuk memasukkan kedalam Syarikat. Pembelian rumah tidak akan mendapat Elaun Tahunan kesemuanya. Malah ianya sebahagian kos pembelian tersebut iaitu seperti Faedah Pinjaman ... akan dihadkan (sekiranya melepasi had yg dibenarkan) ... Kos Guaman, Stamp Duty dan kos yg terbabit terhadap pembelian tersebut ... kesemuanya tidak diberi potongan oleh LHDN (Unallowable Expenses).
Oleh yg demikian ... kebiasaanya ... pembelian tersebut tidak akan dimasukkan kedalam Syarikat. Gunakan cara lain yg lebih bersesuaian ...

Setiap perangcangan ... mempunyai kesan2 tersendiri ... Gunakan secara maksimum dan bersesuaian.

p/s: harap ini membantu Tuan







2 comments:
salam,
encik, saya nak bertanya... syarikat (enterprise) suami telah memulakan perniagaan sejak tahun 2005. tetapi tidak pernah membuat pembayaran cukai lhdn. ini kerana suami saya tidak tahu untuk membuat urusan tersebut. kerjanya hanya spray kenderaan. sebelum ini sgala urusan dilakukan oleh rakan kongsi nya. Namun begitu setelah saya ambil alih untuk menguruskan kewangan syarikat dan berhasrat untuk membayar cukai, apa yang saya dapati tiada laporan kewangan. dan bil2 perbelanjaan tidak di rekod. jadi bagaimana saya hendak menyelesaikan masalah ini???
salam,
encik, saya nak bertanya... syarikat (enterprise) suami telah memulakan perniagaan sejak tahun 2005. tetapi tidak pernah membuat pembayaran cukai lhdn. ini kerana suami saya tidak tahu untuk membuat urusan tersebut. kerjanya hanya spray kenderaan. sebelum ini sgala urusan dilakukan oleh rakan kongsi nya. Namun begitu setelah saya ambil alih untuk menguruskan kewangan syarikat dan berhasrat untuk membayar cukai, apa yang saya dapati tiada laporan kewangan. dan bil2 perbelanjaan tidak di rekod. jadi bagaimana saya hendak menyelesaikan masalah ini???
Post a Comment