Sunday, July 4, 2010

SOAL JAWAB - PENGABUNGAN AKTIVITI PERNIAGAAN

Salam,
Quote:
Salam,
utk sykt enterprise perlukah disediakan akaun oleh akauntan bertauliah, atau sesiapa shj.. especially utk kiraan cukai ?
andai akaun dibolehkan buat sendiri oleh pemilik yg hanya tahu basic keluar masuk wang shj, adakah ianya diiktiraf oleh LHDN utk kiraan cukai ?
Bagi Perniagaan Enterprise (milikan tunggal) ... penyediaan akaun boleh dilakukan oleh Tuan Punya perniagaan. Pada kebiasaanya Laporan Kewangan tersebut akan menyatakan bahawa Pemilik bertanggungjawab dan pekara2 yg dinyakan adalah benar dan ditandatangi oleh mereka.

Diiktiraf oleh LHDN ... Basic keluar masuk wang ... adalah sebahagian daripada catatan akaun ... atau lebih mudah ianya dipanggil Buku Bank atau Tunai (Cash Book)... namun ianya adalah sebahagian daripada akaun. Bagaimana pula dengan pekara-pekara Pengiraan Cukai Dibayar, Elaun Modal dan juga Kerugian Dibawa kehadapan ... semuanya perlu pengiraan tersendiri. Disini Pemilik Perniagaan perlu melengkapkan BORANG B sebaik mungkin termasuk dengan isu2 diatas tadi.

Untuk makluman ... polisi percukaian kita telah memasukki era Sistem Taksiran Sendiri. Antara ciri2nya ... bagi pemilik Perniagaan Tunggal ... tidak perlu untuk lagi menyerahkan Penyata Kewangan perniagaan ke LHDN ... sebaliknya pihak LHDN akan membuat audit keatas perniagaan tersebut. Pada kebiasaanya 4 tahun sekali. Ini adalah berdasarkan budibicara dan kaedah mereka tersendiri. Sekiranya mereka medapati pelaporan kewangan didalam BORANG B meragukan ... mereka berhak untuk membuat Audit Cukai keatas perniagaan tersebut.

Oleh yg demikian ... pelaporan kewangan dan pengiraan cukai perlu dilakukan sebaik mungkin ... bagi mengelakkan masalah kemudian hari.

Quote:
Andai pemilik ada beberapa sykt sdn bhd & enterprise, seterusnya bercadang digabungkan di atas satu syarikat induk (holding), soalannya
a) kiraan cukai berdasarkan setiap syarikat atau akaun disatukan (syarikat induk) utk pengiraan ?
b) perlukah syarikat induk (holding) diambil dr salah satu syarikat atau lebih baik create satu syarikat holding baru ?
harap da yg membantu
... Soalan tak berapa faham ... Apa yg dikatakan Digabungkan?
Saya cuba membuat menerangkan berdasarkan andaian dan pemahaman saya keatas soalan diatas...

Setiap perniagaan ... samada Perniagaan Enterprise mahupun Syarikat Sdn. Bhd. perlulah ditaksiran ... secara berasingan. Ini bermaksud ... bagi perniagaan Enterprise (Milikan Tunggal)... keuntungan perniagaan akan jatuh kepada pemilik perniagaan ... maka cukai ditaksiran keatas pemilik perniagaan dan pemilik akan betanggungjawab keatasnya. CUKAI INDIVIDU

Manakala bagi Syarikat ... keuntungan Syarikat akan ditaksirkan akan cukai keatas Syarikat ... Syarikat akan menanggung akan cukai tersebut dan bukan Pemegang Saham. CUKAI SYARIKAT

... berdasar soalan a) ... Pengiraan Disatukan ... Sebenarnya ini adalah salah satu cara bagi mereka (Cukai Individu)... mengurangkan cukai individu mereka. Namun perlu ada cara yang bersesuaian ... bukannya mudah.

Sekiranya pendapatan keuntungan diperolehi melalui Perniagaan Enterprise dan pada masa yg sama Individu tersebut mendapat Gaji atau Imbuhan dari Perniagaan Syarikat Sdn. Bhd. ... maka segala pendapatan tersebut akan ditaksirakan bersama bagi pengiraan Cukai Individu.

Bagi perniagaan Syarikat Sdn. Bhd. ... akan ditaksiran keatas Syarikat ... Syarikat akan menanggungnya ...

Soalan b) ... saya rasa lebih merujuk kepada pengabungan aktiviti kedalam satu entiti sahaja atau diletakkan kesemuanya disatu tempat ... termasuk Sales, Purchase dan lain2 kos.

Pandangan saya ... sekiranya anda mempunyai perniagaan Syarikat Sdn. Bhd. ... maka sewajarnya anda meletakkan kesemua aktiviti tersebut dibawah satu bumbung ... iaitu Syarikat Sdn. Bhd. Tak perlu untuk mewujudkan Syarikat Holding baru ... sekiranya perniagaan yg ada bersesuaian.

Syarikat Sdn. Bhd. mempunyai lebih banyak manfaat berbanding Perniagaan Enterprise (Milikan Tunggal). Antara manfaatnya :
a. Kadar Cukai Berbeza ... kalau perniagaan maju ... Enterprise mempunyai kadar cukai tinggi berbanding Syarikat Sdn. Bhd. (apabila melepasi tahap)
b. Dividen ... Perniagaan Enterprise tidak boleh membayar Dividen berbanding Syarikat Sdn. Bhd. ... seperti yg saya maklumkan sebelum ini ... sebarang cukai Syarikat Sdn. Bhd. yg Syarikat bayar ke LHDN akan digunakan untuk "set-off" dengan Dividen. Oleh yg demikian Syarikat tidak perlu lagi membayar Cukai Atas Dividen lagi. Ini adalah salah Aset bagi Syarikat Sdn. Bhd.
c. Pinjaman ... lebih mudah dari Perniagaan Enterprise.
d. Liabiliti Terhad ... dan banyak lagi

ps/: harap ini membantu

0 comments:

CariGold.Com

= = = = = = = = = = MAKLUMAN UMUM = = = = = = = = = =

Tajuk dan Perbincangan Yg Lain dan Berkaitan Boleh Dilayari Di Bawah Pekara : -

- - - - - > a. Tajuk-tajuk Utama
- - - - - > b. Tajuk-tajuk Perbincangan

.... (ruangan atau kolum sebelah kiri blog ini ) atau Tekan OLDER POST Button.

... semoga mendapat manfaat bersama2 .... insyallah

KHIDMAT TUBUH & DAFTAR SYARIKAT BARU

KHIDMAT TUBUH & DAFTAR SYARIKAT BARU

PENGENALAN

Syarikat ini ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 iaitu Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) atau Syarikat Berhad (Bhd.). Bagi Syarikat Sdn. Bhd. Akta Syarikat telah menetapkan sekurang-kurangnya 2 orang diperlukan bagi menaja iaitu proses dalam menubuhkan Syarikat Sdn. Bhd. Ahli-ahli syarikat ini dihadkan kepada 50 orang sahaja dan satu-satu masa.

Mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Akta Syarikat 1965 sesebuah Syarikat Sdn. Bhd. mempunyai sifat-sifat seperti seorang manusia iaitu, Mempunyai namanya sendiri, Boleh didakwa atau mendakwa atas namanya sendiri. Mempunyai alamat yang tertentu, Mempunyai aset atas namanya sendiri, Bersifat kekal abadi. Bagi pembubaran hanya boleh dibubarkan melalui Sukerela (Persetujuan Bersama) atau Tindakan Mahkamah.


Kuasa Lembaga Pengarah

Pemegang Saham Syarikat akan melantik Para Pengarah dalam melaksanakan Objektif dan Arah tuju Syarikat. Oleh yang demikian, didalam pengurusan Syarikat, pihak berkuasa tertinggi syarikat ialah Lembaga Pengarah (Board of Directors). Lembaga Pengarah akan membuat ketetapan ke atas segala dasar yang dipersetujui bersama dalam mengurus dan mentadbir Syarikat dengan sebaik mungkin dan berlunaskan Undang-undang yang telah ditetapkan. Association) adalah di dalam tangan Lembaga Pengarah tetapi berpandukan Akta Syarikat 1965.


Liabiliti Terhad

Sifat kelebihan dan utama mengapa ramai yang memilih entiti perniagaan Sdn. Bhd. adalah Konsep Liabiliti Terhad. Para Pemegang Saham tidak akan menanggung liabiliti Syarikat sekiranya Syarikat dikenakan tindakan undang-undang mahupun pembubaran Syarikat. Bagi saham Syarikat yang telah dilanggan penuh, maka liabiliti hanya terhad kepada jumlah saham yang dipegang dan dibayar sahaja.



PROSES PENDAFTARAN SYARIKAT


Peringkat Pertama

Permohonan mencari nama Syarikat - Kelulusan nama perlu diperolehi daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum proses-proses lain dijalankan. Nama yang dicadangkan haruslah:

a. Tidak digunakan oleh Syarikat lain atau hampir menyerupai

b. Tidak bersifat keterlaluan dan ekstrim

c. Tidak boleh menggunkan nama yang telah dikawal oleh kerajaan seperti Putra, Mas, Nama Negeri-negeri dan sebagainya.

Pada ketika ini (1 November 2011), bilangan jumlah Syarikat Sdn. Bhd dan Berhad telah mencapai angka 970,000. Oleh yang demikian banyak nama Syarikat telah digunapakai dan didaftarkan.


Tips dan Panduan Nama Syarikat Baru:

a. Mencari nama Syarikat yang jarang digunapakai.

b. Digalakan agar menggunakan lebih 2 patah perkataan seperti CINTA ANGGUN RESOURCES SDN. BHD. Peluang menggunakan nama yang lebih 2 patah perkataan adalah amat cerah.

c. Sekiranya menggunakan nama yang agak pelik, penerangan atas nama diperlukan. Sebagai contoh : KAJA GROUP PROPERTIES SDN. BHD. (KAJA = KAMAL dan JAMAL)

d. Boleh juga menggunakan Bahasa asing tetapi kita perlu mendefinasikan kedalam Bahasa Malaysia atau Bahasa English. Sebagai contoh : Kappa Sigma … bermaksud didalam Bahasa Greek : Kappa = K dan Sigma = S).


Peringkat Kedua

Selepas nama baru diluluskan oleh SSM, maka perlulah disediakan Borang dan Dokumen sebelum pengeluaran Borang 9 (Sijil Penubuhan Syarikat). Tempoh maksimun 3 bulan diberikan oleh SSM bagi melengkapkan dan menyerahsimpan borang dan dokumen berkaitan. Antaranya adalah :

a. Memorandum dan Artikel Syarikat - M & A

Merupakan Peraturan, Undang-undang dan Perlembagaan Syarikat. Antara pekara yang penting yang perlu dinyatakan adalah :

i. Aktiviti Utama Syarikat. Penyenaraian 3 aktiviti utama Syarikat.

ii. Jumlah Saham Dibenarkan dan Saham Dibayar - Authorised and Paid-up Capital

iii. Nama Permulaan Pemegang Saham, Para Pengarah dan Setiausaha Syarikat

iv. Bagi Syarikat Dihadkan dengan Saham akan menyatakan akan Sekatan terhadap Jualan Saham, Ahli yang tidak melebihi 50 orang dsb.

b. Borang Perlantikkan Pengarah - Borang 48A - Merupakan pengistiharan Pengarah atau Pemegang Saham.

c. Penyataan Pematuhan - Borang 6

Nota :

----->1. Kesemua borang dan dokumen diatas perlu disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah dan Dimeterai dengan Duti Setem.

----->2. Pada peringkat ini Yuran Pendaftaran Syarikat baru akan dibayar kepada pihak SSM bagi membolehkan pihak SSM memproses borang dan dokumen tersebut.


Peringkat Terakhir

Selepas kesemua borang dan dokumen diproses dan telah diluluskan oleh SSM, maka Sijil Penubuhan Syarikat iaitu Borang 9 dikeluarkan yang kebiasaanya mengambil masa 1 atau 2 hari.

Susulan dari pengeluaran Sijil Penubuhan Syarikat, maka dokumen-dokumen seperti dibawah perlu diserah simpan kepada pihak SSM.

----->a. Borang 24 – Merupakan Borang Maklumat Saham dan Pemegang Saham termasuklah Saham Diterbitkan dan Saham Dibenarkan (Authorised dan Paid-up Capital).

----->b. Borang 44 – Merupakan dokumen yang menyatakan maklumat dam kedudukan Pejabat Berdaftar Syarikat

----->c. Borang 49 – Borang yang menyatakan maklumat Para Pengarah, Pengurus dan Setiausaha Syarikat.


Dokumen Simpanan Anda Selepas Penubuhan

----->a. 5 Salinan Memorandum dan Arikel - M & A

----->b. 5 Salinan Borang 44

----->c. 5 Salinan Borang 49

----->d. 5 Salinan Borang 24

----->e. 5 Salinan Borang 9

----->f. Resolusi pembukaan Akaun Bank Syarikat (Bank Pilihan Anda)


Kesemua dokumen yang diserahkan kepada pelanggan telah ditandatangi (Certified True Copy) oleh pihak Setiausaha Syarikat.


Kami menyediakan perkhidmatan penubuhan Syarikat Sdn. Bhd. baru. Syarikat yang ditubuhkan adalah berdasarkan tujuan dan kehendak perniagaan anda.


. . . . . . . . . . . . . . . . . . . RM2,200 sahaja !! . . . . . . . . . . . . . . . . .


Dengan harga yang kompetitif dan khidmat runding yang berterusan ... anda tidak perlu risau lagi. tentang status Syarikat anda. Dengan pengalaman dan kemampuan yang ada kami yakin akan mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik.




BIDANG BERKAITAN:

Menyediakan perkhidmatan khidmat runding dan nasihat meliputi pengurusan, perniagaan, percukaian dan sebagainya.













A. PENGAUDITAN

Khidmat Runding Pengauditan terhadap entiti seperti Syarikat Sdn. Bhd., Koperasi, Pertubuhan dan Yayasan. Begitu juga dengan Pengauditan Terkhusus (Requested by Specific Jobs)


B. PERAKAUNAN

Sisitem Perakaunan Berkomputer yang lengkap bagi semua jenis perniagaan dan industri dengan kadar berpatutan. Juga menyediakan perkhidmatan menaik-taraf sistem perakaunan yang sedia ada bagi mengikut kesesuaian perniagaan dan entiti yang diperlukan.


C. PERCUKAIAN

Khidmat Runding dan Nasihat didalam Cukai Perniagaan, Cukai Individu, Cukai Koperasi dan sebagainya. Dengan memaksimum keuntungan perniagaan dan pada masa yang masa merancang penjimatan cukai dengan sebaik mungkin Peruntukkan Undang-undang seperti Akta Cukai, Akta Syarikat, Akta Perkongsian akan diguna-pakai sebaik mungkin dan mengadaptasi cara bersesuaian.


D.
KHIDMAT SETIAUSAHA SYARIKAT

Menyediakan khidmat Setiausaha Syarikat yang bertauliah. Bekerjasama dengan pihak Syarikat dalam memberikan khidmat nasihat, panduan dalam urusan pentadbiran selaras dengan pematuhan dan polisi yang ditetapkan oleh Akta Syarikat.


E. KHIDMAT RUNDING NASIHAT DAN LATIHAN

Menyediakan khidmat latihan dan seminar terhadap Para Pengarah, Syarikat dan Kakitangan terutamanya didalam bidang Peraturan dan Polisi entiti, Sistem Kawalan Dalaman, Penstrukturan Perniagaan, Khidmat Nasihat Pengurusan dan sebagainya.




Mohd. Radzi Lasim (S
etiausaha Syarikat)
CA (MALAYSIA)
Tel : 019 -300 7730
E-mail : mr.radzi@yahoo.com


RADZI & CO. NF 1002 (CHAR
TERED ACCOUNTANTS)
Tel : 06 - 677 3001, 677 5001
Facsimile : 06 -679 3001
E-mail : radziandco@yahoo.com
Website : www.radziandco.com

**************************************************************************************************************************************************