Monday, July 5, 2010

SOAL JAWAB - AKTIF ATAU TIDAK DAN TINDAKAN YG PERLU DIBUAT


Wssalam,

... saya cuba menerangkan ...

Quote:
Assalamualaikum Saudara Mohdradzi, saya ingin meminta sedikit nasihat...begini ceritanya..

pd tahun 1998, sy setup company sdn bhd bersama pak saudara serta ahli keluarga sebagai pengarah. sekarang company tersebut adalah milik saya dan 3 org pengarah lain yg terdiri daripada adik beradik (selepas pak saudara melepaskan pegangan dlm syarikat). Dari awal penubuhan, company tidak aktif kerana kami sibuk dgn komitmen masing2...dan tidak pernah melakukan audit tahunan...hampir 12 tahun lamanya

bagaimana utk sy tarik diri dr company ini atau menutup syarikat ini?

tujuan nya ialah sy ingin berkecimpung sepenuh masa dlm perniagaan dan ingin membuka syarikat sdn bhd baru bersama isteri...

harap mendapat sedikit nasihat...terima kasih
berapakah anggaran perbelanjaan yg di perlukan untuk menutup syarikat sdn bhd saya sekarang sebelum saya boleh menubuhkan syarikat sdn bhd baru?
Pilihan 1
Kalau tak aktif (Dormant) ... kita boleh tutup sahaja ... atau dipanggil "Strike-off". Kosnya dalam Anggaran RM800 ke RM1,000. Kos yg lain adalah Kos Setiausaha Syarikat. Saya cuba anggarkan dgn andaian tidak pernah membayar langsung ke Setiausaha Syarikat : RM50 x 12 bulan x 12 tahun = RM7,200. Maka keseluruhannya RM8,200.

Pandangan saya ... cuba minta kurang sebanyak mungkin atas Yuran Setiausaha ... kalu boleh cuba dapatkan 70% ke 80% pengurangan. Paling tidak ... mesti dapat pengurangan yg munasabah.

Kalau Aktif ... anda perlu melantik Liquidator (Penyelesai Syarikat) ... kos mereka adalah dalam RM4,500 ke RM5,000 (minimum). Ini dinamakan Voluntary Winding-up (Penutupan Secara Sukarela).

Pilihan 2
Kalau memilih untuk meneruskan Syarikat yg sedia ada ... kos nya terlalu besar dan akan dibebankan dgn penalti oleh SSM. Anggaran kos :
a. Yuran Setiausaha = RM7,200 (seperti diatas)
b. Yuran audit = RM500 x 12 tahun = RM6,000
c. Kos Annual Return Tahunan = RM300 x 12 tahun = RM3,600
d. Penalti Tahunan untuk Annual Return = RM200 x 11 tahun = RM2,200
... Total Kos = RM19,000

... ini tak termasuk Penalti atau kompaun dari SSM ... sekiranya mereka dapat mengesan Syarikat tersebut tak pernah membuat Annual Return. Kadar Penalti/Kompaun sekiranya mereka dapat mengesan :
a. 4 orang x RM3,500 x 11 tahun = RM154,000 (Kesalahan atas kesemua Para Pengarah)
b. RM1,500 x 11 tahun = RM16,500 (Kompaun atas Syarikat itu sendiri)

Kompaun ini sedang dikeluarkan oleh SSM ketika ini. Ianya akan berterusan. Bagi mereka yg menjadi Para Pengarah dalam Syarikat Sdn. Bhd. dan Syarikat tidak pernah membuat Audit Tahunan dan Annual Return ... maka ... bersiap sedia ... Kadar minimum adalah : 1 orang Pengarah bagi 1 tahun adalah RM3,500 dan Syarikat adalah RM1,500.

Namun begitu, pihak Pengarah dan pihak Syarikat boleh meminta pengurangan (diskaun) atas Penalti/Kompaun yg dikenakan. Pada kadar kebiasaanya ... pihak SM akan memberi pengurangan sebanyak 30% ke 70% ... ikut budi bicara mereka.

Pandangan saya pada soalan ini ... tutup sahaja Syarikat tersebut dan tubuhkan Syarikat yg baru. Sekiranya belum ada kompaun yg telah dikeluarkan oleh SSM ... cepat2 ler tutup. Pihak Setiuasaha anda boleh menguruskan ... berundinglah dengan mereka.

p/s: harap ini membantu

0 comments:

CariGold.Com

= = = = = = = = = = MAKLUMAN UMUM = = = = = = = = = =

Tajuk dan Perbincangan Yg Lain dan Berkaitan Boleh Dilayari Di Bawah Pekara : -

- - - - - > a. Tajuk-tajuk Utama
- - - - - > b. Tajuk-tajuk Perbincangan

.... (ruangan atau kolum sebelah kiri blog ini ) atau Tekan OLDER POST Button.

... semoga mendapat manfaat bersama2 .... insyallah

KHIDMAT TUBUH & DAFTAR SYARIKAT BARU

KHIDMAT TUBUH & DAFTAR SYARIKAT BARU

PENGENALAN

Syarikat ini ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 iaitu Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) atau Syarikat Berhad (Bhd.). Bagi Syarikat Sdn. Bhd. Akta Syarikat telah menetapkan sekurang-kurangnya 2 orang diperlukan bagi menaja iaitu proses dalam menubuhkan Syarikat Sdn. Bhd. Ahli-ahli syarikat ini dihadkan kepada 50 orang sahaja dan satu-satu masa.

Mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Akta Syarikat 1965 sesebuah Syarikat Sdn. Bhd. mempunyai sifat-sifat seperti seorang manusia iaitu, Mempunyai namanya sendiri, Boleh didakwa atau mendakwa atas namanya sendiri. Mempunyai alamat yang tertentu, Mempunyai aset atas namanya sendiri, Bersifat kekal abadi. Bagi pembubaran hanya boleh dibubarkan melalui Sukerela (Persetujuan Bersama) atau Tindakan Mahkamah.


Kuasa Lembaga Pengarah

Pemegang Saham Syarikat akan melantik Para Pengarah dalam melaksanakan Objektif dan Arah tuju Syarikat. Oleh yang demikian, didalam pengurusan Syarikat, pihak berkuasa tertinggi syarikat ialah Lembaga Pengarah (Board of Directors). Lembaga Pengarah akan membuat ketetapan ke atas segala dasar yang dipersetujui bersama dalam mengurus dan mentadbir Syarikat dengan sebaik mungkin dan berlunaskan Undang-undang yang telah ditetapkan. Association) adalah di dalam tangan Lembaga Pengarah tetapi berpandukan Akta Syarikat 1965.


Liabiliti Terhad

Sifat kelebihan dan utama mengapa ramai yang memilih entiti perniagaan Sdn. Bhd. adalah Konsep Liabiliti Terhad. Para Pemegang Saham tidak akan menanggung liabiliti Syarikat sekiranya Syarikat dikenakan tindakan undang-undang mahupun pembubaran Syarikat. Bagi saham Syarikat yang telah dilanggan penuh, maka liabiliti hanya terhad kepada jumlah saham yang dipegang dan dibayar sahaja.



PROSES PENDAFTARAN SYARIKAT


Peringkat Pertama

Permohonan mencari nama Syarikat - Kelulusan nama perlu diperolehi daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum proses-proses lain dijalankan. Nama yang dicadangkan haruslah:

a. Tidak digunakan oleh Syarikat lain atau hampir menyerupai

b. Tidak bersifat keterlaluan dan ekstrim

c. Tidak boleh menggunkan nama yang telah dikawal oleh kerajaan seperti Putra, Mas, Nama Negeri-negeri dan sebagainya.

Pada ketika ini (1 November 2011), bilangan jumlah Syarikat Sdn. Bhd dan Berhad telah mencapai angka 970,000. Oleh yang demikian banyak nama Syarikat telah digunapakai dan didaftarkan.


Tips dan Panduan Nama Syarikat Baru:

a. Mencari nama Syarikat yang jarang digunapakai.

b. Digalakan agar menggunakan lebih 2 patah perkataan seperti CINTA ANGGUN RESOURCES SDN. BHD. Peluang menggunakan nama yang lebih 2 patah perkataan adalah amat cerah.

c. Sekiranya menggunakan nama yang agak pelik, penerangan atas nama diperlukan. Sebagai contoh : KAJA GROUP PROPERTIES SDN. BHD. (KAJA = KAMAL dan JAMAL)

d. Boleh juga menggunakan Bahasa asing tetapi kita perlu mendefinasikan kedalam Bahasa Malaysia atau Bahasa English. Sebagai contoh : Kappa Sigma … bermaksud didalam Bahasa Greek : Kappa = K dan Sigma = S).


Peringkat Kedua

Selepas nama baru diluluskan oleh SSM, maka perlulah disediakan Borang dan Dokumen sebelum pengeluaran Borang 9 (Sijil Penubuhan Syarikat). Tempoh maksimun 3 bulan diberikan oleh SSM bagi melengkapkan dan menyerahsimpan borang dan dokumen berkaitan. Antaranya adalah :

a. Memorandum dan Artikel Syarikat - M & A

Merupakan Peraturan, Undang-undang dan Perlembagaan Syarikat. Antara pekara yang penting yang perlu dinyatakan adalah :

i. Aktiviti Utama Syarikat. Penyenaraian 3 aktiviti utama Syarikat.

ii. Jumlah Saham Dibenarkan dan Saham Dibayar - Authorised and Paid-up Capital

iii. Nama Permulaan Pemegang Saham, Para Pengarah dan Setiausaha Syarikat

iv. Bagi Syarikat Dihadkan dengan Saham akan menyatakan akan Sekatan terhadap Jualan Saham, Ahli yang tidak melebihi 50 orang dsb.

b. Borang Perlantikkan Pengarah - Borang 48A - Merupakan pengistiharan Pengarah atau Pemegang Saham.

c. Penyataan Pematuhan - Borang 6

Nota :

----->1. Kesemua borang dan dokumen diatas perlu disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah dan Dimeterai dengan Duti Setem.

----->2. Pada peringkat ini Yuran Pendaftaran Syarikat baru akan dibayar kepada pihak SSM bagi membolehkan pihak SSM memproses borang dan dokumen tersebut.


Peringkat Terakhir

Selepas kesemua borang dan dokumen diproses dan telah diluluskan oleh SSM, maka Sijil Penubuhan Syarikat iaitu Borang 9 dikeluarkan yang kebiasaanya mengambil masa 1 atau 2 hari.

Susulan dari pengeluaran Sijil Penubuhan Syarikat, maka dokumen-dokumen seperti dibawah perlu diserah simpan kepada pihak SSM.

----->a. Borang 24 – Merupakan Borang Maklumat Saham dan Pemegang Saham termasuklah Saham Diterbitkan dan Saham Dibenarkan (Authorised dan Paid-up Capital).

----->b. Borang 44 – Merupakan dokumen yang menyatakan maklumat dam kedudukan Pejabat Berdaftar Syarikat

----->c. Borang 49 – Borang yang menyatakan maklumat Para Pengarah, Pengurus dan Setiausaha Syarikat.


Dokumen Simpanan Anda Selepas Penubuhan

----->a. 5 Salinan Memorandum dan Arikel - M & A

----->b. 5 Salinan Borang 44

----->c. 5 Salinan Borang 49

----->d. 5 Salinan Borang 24

----->e. 5 Salinan Borang 9

----->f. Resolusi pembukaan Akaun Bank Syarikat (Bank Pilihan Anda)


Kesemua dokumen yang diserahkan kepada pelanggan telah ditandatangi (Certified True Copy) oleh pihak Setiausaha Syarikat.


Kami menyediakan perkhidmatan penubuhan Syarikat Sdn. Bhd. baru. Syarikat yang ditubuhkan adalah berdasarkan tujuan dan kehendak perniagaan anda.


. . . . . . . . . . . . . . . . . . . RM2,200 sahaja !! . . . . . . . . . . . . . . . . .


Dengan harga yang kompetitif dan khidmat runding yang berterusan ... anda tidak perlu risau lagi. tentang status Syarikat anda. Dengan pengalaman dan kemampuan yang ada kami yakin akan mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik.




BIDANG BERKAITAN:

Menyediakan perkhidmatan khidmat runding dan nasihat meliputi pengurusan, perniagaan, percukaian dan sebagainya.













A. PENGAUDITAN

Khidmat Runding Pengauditan terhadap entiti seperti Syarikat Sdn. Bhd., Koperasi, Pertubuhan dan Yayasan. Begitu juga dengan Pengauditan Terkhusus (Requested by Specific Jobs)


B. PERAKAUNAN

Sisitem Perakaunan Berkomputer yang lengkap bagi semua jenis perniagaan dan industri dengan kadar berpatutan. Juga menyediakan perkhidmatan menaik-taraf sistem perakaunan yang sedia ada bagi mengikut kesesuaian perniagaan dan entiti yang diperlukan.


C. PERCUKAIAN

Khidmat Runding dan Nasihat didalam Cukai Perniagaan, Cukai Individu, Cukai Koperasi dan sebagainya. Dengan memaksimum keuntungan perniagaan dan pada masa yang masa merancang penjimatan cukai dengan sebaik mungkin Peruntukkan Undang-undang seperti Akta Cukai, Akta Syarikat, Akta Perkongsian akan diguna-pakai sebaik mungkin dan mengadaptasi cara bersesuaian.


D.
KHIDMAT SETIAUSAHA SYARIKAT

Menyediakan khidmat Setiausaha Syarikat yang bertauliah. Bekerjasama dengan pihak Syarikat dalam memberikan khidmat nasihat, panduan dalam urusan pentadbiran selaras dengan pematuhan dan polisi yang ditetapkan oleh Akta Syarikat.


E. KHIDMAT RUNDING NASIHAT DAN LATIHAN

Menyediakan khidmat latihan dan seminar terhadap Para Pengarah, Syarikat dan Kakitangan terutamanya didalam bidang Peraturan dan Polisi entiti, Sistem Kawalan Dalaman, Penstrukturan Perniagaan, Khidmat Nasihat Pengurusan dan sebagainya.




Mohd. Radzi Lasim (S
etiausaha Syarikat)
CA (MALAYSIA)
Tel : 019 -300 7730
E-mail : mr.radzi@yahoo.com


RADZI & CO. NF 1002 (CHAR
TERED ACCOUNTANTS)
Tel : 06 - 677 3001, 677 5001
Facsimile : 06 -679 3001
E-mail : radziandco@yahoo.com
Website : www.radziandco.com

**************************************************************************************************************************************************