Wednesday, July 14, 2010

SOAL JAWAB - PEMILIHAN ENTITI PERNIAGAAN DAN KESAN CUKAI


Salam,

... saya cuba menerangkan ...

Quote:
Originally Posted by adar
baru2 ni pendapatan bercukai sy sekitar RM90K. skrg ni sy ada 2 ROB. tuan radzi rasa patut ke sy upgrade ke sdn bhd? sbb sy jangka tahun depan mungkin akan melebihi RM100K.
1. Tahniah ... semoga perniagaan saudara semakin berkembang.
2. Dari segi PERCUKAIAN ... Berdasarkan kenyataan saudara

... Pendapatan Bercukai RM90K ... Anggaran Cukai adalah RM12,000 (berdasarkan kadar cukai bagi tahun taksiran 2009).
... Pendapatan Bercukai RM100K ... Anggaran Cukai adalah RM14,300(berdasarkan kadar cukai bagi tahun taksiran 2010).

... Disini kita boleh melihat akan kelebihan Perniagaan Milikan Tunggal (Enterprise) iaitu cukai yg dikenakan agak rendah berbanding dengan cukai bagi Syarikat Sdn. Bhd. Kelebihan adalah memihak kepada Perniagaan Milikan Tunggal (Enterprise). Bagi perniagaan berbentuk Syarikat Sdn. Bhd. cukai yg dikenakan adalah dalam lingkungan RM20,000 (Tahun Taksiran 2010). Oleh yg demikian terdapat penjimatan pembayaran cukai paling minimum (sekurang-kurangnya) sebanyak dalam lingkungan RM5,600 (Bagi Pendapatan Bercukai RM100,000)

... Namun begitu ... sekiranya Pendapatan Bercukai melebihi RM250,000 ...adalah bagus untuk memilih entiti perniagaan Syarikat Sdn. Bhd. Cukai dikenakan kepada Perniagaan Milikan Tunggal adalah sebanyak RM54,825 ... sedangkan bagi Syarikat Sdn. Bhd. adalah RM50,000 ... penjimatan sekurang2nya RM4,800.

... Disini kita lihat ... semakin besar Pendapatan Bercukai Perniagaan Milikan Tunggal (Enterprise)... semakin kecil dalam penjimatan cukai berbanding dengan cukai bagi perniagaan Syarikat Sdn. Bhd.

... Berdasarkan kepada Jadual Cukai bagi Tahun Taksiran 2010 ... titik pertengahan bagi kedua2 jenis perniagaan ini adalah RM250,000 bagi Pendapatan Bercukai. Sekiranya melebihi dari amaun tersebut diatas... maka penjimatan cukai akan memihak kepada Perniagaan Syarikat Sdn. Bhd.

Bahasa Mudah ... Sekiranya Pendapatan Bercukai melebihi RM250,000 maka entiti perniagaan berbentuk Syarikat Sdn. Bhd. akan lebih menguntungkan (dari segi cukai yg dikenakan).

Quote:
lg satu, skrg ni sy cuba gunakan akaun personal utk sbrg urusan pembayaran oleh client. adakah LHDN akan tahu? sebab sy tak masukkan ke dlm akaun semasa syarikat. ni utk mengelak bayar cukai yg banyak thn depan.
Quote:
tuan ada nasihat yg bagus utk sy tak utk kurangkan cukai?
1. Cara begini selalu dan sering digunakan bagi tujuan mengelakkan cukai. Minta maaf ... pihak LHDN pun telah mengetahui akan pekara demikian. Oleh yg demikian risiko tetap ada. Pihak LHDN ... terutamanya Bahagian Penyiasatan Cukai akan meminta sesiapa sahaja mengistiharkan segala harta mereka. Ini dinamakan "Capital Statement". Pihak LHDN mempunyai bidang kuasa untuk memeriksa mana2 akaun bank termasuk akaun personal.

Antara kelemahan yg kita tak sedari ... adalah menyediakan Penyata Kewangan yg kurang munasabah (not realistic) atau kurang kewajarannya. Antaranya yg selalu berlaku ... Pendapatan Perniagaan yg kecil tetapi Kos Langsung adalah besar (dgn maksud lain ... Untung Kasar Perniagaan adalah terlalu kecil) ... dan sering melaporkan akan kerugian. Namun sebaliknya ... perniagaan tersebut boleh berbelanja mewah (seperti pembelian kereta mewah) ... dan mampu bertahan bertahun2 lamanya.

2. Nasihat saya ... gunakan cara dan kaedah yg terbaik dan yg dibenarkan oleh Akta Cukai bagi mengurangkan atau merangcang akan cukai. Cara paling mudah ... setiap kali ada Belanjawan Negara ... pasti ada pekara2 yg menarik tentang Cukai. Begitu juga dengan pelepasan2 yg tela diberikan oleh kerajaan ... gunakan dengan semaksimum yg boleh ... seperti Insuran Nyawa dan EPF, Pemotongan 2 kali ... pengajian mereka yang OKU dsb. ... Insyallah boleh.

Quote:
kemudian, skrg ni sy ada 2 ROB utk dua bisnes yg berbeza. jika sy upgrade ke sdn bhd, perlu ke sy daftar 2 sdn bhd atau cukup 1 sdn bhd?
1. 1 (satu) Syarikat Sdn. Bhd. sudah memadai. Nature of Business ... walaupun terdapat pelbagai ... kita boleh letakkan didalam Memorandum & Artikel (M&A) bagi 3 jenis aktiviti yg utama. Sebagai contoh ... Aktiviti 1 : Pertanian ... Aktiviti 2 : Hartanah ... Aktiviti 3 : Trading.

Pada kebiasannya ... pihak Setiausaha Syarikat akan memberikan panduan yg sewajarnya terhadap pemilihan aktiviti2 perniagaan.

SUDUT LAIN
1. Dividen ... hanya boleh dilakukan kepada entiti perniagaan Syarikat Sdn. Bhd. ... selain dari entiti ini .... tak boleh istihar dan bayar dividen. (Ada saya terangkan sebelum ini)... Ini adalah kekuatan utama bagi Syarikat Sdn. Bhd. ... ramai yg tak menyedari akan konsep Dividen ini.

2. Liabiliti Terhad ... Secara amnya Syarikat Sdn. BHd. mempunyai Liabiliti Terhad ... iaitu Para Pemegang Saham dan Para Pengarah terlindung dari ancaman dan risiko penangunggan laibiliti ... Bahasa lain ... pihak ke 3 terutaman pihak Pemiutang (Creditors) hanya boleh menyaman Syarikat sahaja sekiranya Syarikat tidak mampu membayar hutang tersebut.

3. Pinjaman dan Fasiliti2 lain ... lebih diutamakan kepada perniagaan bersifat Syarikat Sdn. Bhd.

4. Kos Pematuhan Syarikat ... Merupakan faktor utama mengapa ramai yg memilih menubuhkan entiti perniagaan bersifat Milikan Tunggal (Enterprise) dan juga Perkongsian ... sebabnya kos adalah murah dan todak membebankan.

Perbezaan kos yg ketara adalah ... Kos Penubuhan (paling kurang RM2,000) ... Kos Setiausaha (paling kurang RM50 sebulan) ... Kos Audit (paling kurang RM500 setahun) dsb.

Namum begitu ... setiap entiiti mempunyai kekuatan dan kelemahan yg tersendiri.

p/s : harap ini membantu.

0 comments:

CariGold.Com

= = = = = = = = = = MAKLUMAN UMUM = = = = = = = = = =

Tajuk dan Perbincangan Yg Lain dan Berkaitan Boleh Dilayari Di Bawah Pekara : -

- - - - - > a. Tajuk-tajuk Utama
- - - - - > b. Tajuk-tajuk Perbincangan

.... (ruangan atau kolum sebelah kiri blog ini ) atau Tekan OLDER POST Button.

... semoga mendapat manfaat bersama2 .... insyallah

KHIDMAT TUBUH & DAFTAR SYARIKAT BARU

KHIDMAT TUBUH & DAFTAR SYARIKAT BARU

PENGENALAN

Syarikat ini ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 iaitu Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) atau Syarikat Berhad (Bhd.). Bagi Syarikat Sdn. Bhd. Akta Syarikat telah menetapkan sekurang-kurangnya 2 orang diperlukan bagi menaja iaitu proses dalam menubuhkan Syarikat Sdn. Bhd. Ahli-ahli syarikat ini dihadkan kepada 50 orang sahaja dan satu-satu masa.

Mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Akta Syarikat 1965 sesebuah Syarikat Sdn. Bhd. mempunyai sifat-sifat seperti seorang manusia iaitu, Mempunyai namanya sendiri, Boleh didakwa atau mendakwa atas namanya sendiri. Mempunyai alamat yang tertentu, Mempunyai aset atas namanya sendiri, Bersifat kekal abadi. Bagi pembubaran hanya boleh dibubarkan melalui Sukerela (Persetujuan Bersama) atau Tindakan Mahkamah.


Kuasa Lembaga Pengarah

Pemegang Saham Syarikat akan melantik Para Pengarah dalam melaksanakan Objektif dan Arah tuju Syarikat. Oleh yang demikian, didalam pengurusan Syarikat, pihak berkuasa tertinggi syarikat ialah Lembaga Pengarah (Board of Directors). Lembaga Pengarah akan membuat ketetapan ke atas segala dasar yang dipersetujui bersama dalam mengurus dan mentadbir Syarikat dengan sebaik mungkin dan berlunaskan Undang-undang yang telah ditetapkan. Association) adalah di dalam tangan Lembaga Pengarah tetapi berpandukan Akta Syarikat 1965.


Liabiliti Terhad

Sifat kelebihan dan utama mengapa ramai yang memilih entiti perniagaan Sdn. Bhd. adalah Konsep Liabiliti Terhad. Para Pemegang Saham tidak akan menanggung liabiliti Syarikat sekiranya Syarikat dikenakan tindakan undang-undang mahupun pembubaran Syarikat. Bagi saham Syarikat yang telah dilanggan penuh, maka liabiliti hanya terhad kepada jumlah saham yang dipegang dan dibayar sahaja.



PROSES PENDAFTARAN SYARIKAT


Peringkat Pertama

Permohonan mencari nama Syarikat - Kelulusan nama perlu diperolehi daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum proses-proses lain dijalankan. Nama yang dicadangkan haruslah:

a. Tidak digunakan oleh Syarikat lain atau hampir menyerupai

b. Tidak bersifat keterlaluan dan ekstrim

c. Tidak boleh menggunkan nama yang telah dikawal oleh kerajaan seperti Putra, Mas, Nama Negeri-negeri dan sebagainya.

Pada ketika ini (1 November 2011), bilangan jumlah Syarikat Sdn. Bhd dan Berhad telah mencapai angka 970,000. Oleh yang demikian banyak nama Syarikat telah digunapakai dan didaftarkan.


Tips dan Panduan Nama Syarikat Baru:

a. Mencari nama Syarikat yang jarang digunapakai.

b. Digalakan agar menggunakan lebih 2 patah perkataan seperti CINTA ANGGUN RESOURCES SDN. BHD. Peluang menggunakan nama yang lebih 2 patah perkataan adalah amat cerah.

c. Sekiranya menggunakan nama yang agak pelik, penerangan atas nama diperlukan. Sebagai contoh : KAJA GROUP PROPERTIES SDN. BHD. (KAJA = KAMAL dan JAMAL)

d. Boleh juga menggunakan Bahasa asing tetapi kita perlu mendefinasikan kedalam Bahasa Malaysia atau Bahasa English. Sebagai contoh : Kappa Sigma … bermaksud didalam Bahasa Greek : Kappa = K dan Sigma = S).


Peringkat Kedua

Selepas nama baru diluluskan oleh SSM, maka perlulah disediakan Borang dan Dokumen sebelum pengeluaran Borang 9 (Sijil Penubuhan Syarikat). Tempoh maksimun 3 bulan diberikan oleh SSM bagi melengkapkan dan menyerahsimpan borang dan dokumen berkaitan. Antaranya adalah :

a. Memorandum dan Artikel Syarikat - M & A

Merupakan Peraturan, Undang-undang dan Perlembagaan Syarikat. Antara pekara yang penting yang perlu dinyatakan adalah :

i. Aktiviti Utama Syarikat. Penyenaraian 3 aktiviti utama Syarikat.

ii. Jumlah Saham Dibenarkan dan Saham Dibayar - Authorised and Paid-up Capital

iii. Nama Permulaan Pemegang Saham, Para Pengarah dan Setiausaha Syarikat

iv. Bagi Syarikat Dihadkan dengan Saham akan menyatakan akan Sekatan terhadap Jualan Saham, Ahli yang tidak melebihi 50 orang dsb.

b. Borang Perlantikkan Pengarah - Borang 48A - Merupakan pengistiharan Pengarah atau Pemegang Saham.

c. Penyataan Pematuhan - Borang 6

Nota :

----->1. Kesemua borang dan dokumen diatas perlu disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah dan Dimeterai dengan Duti Setem.

----->2. Pada peringkat ini Yuran Pendaftaran Syarikat baru akan dibayar kepada pihak SSM bagi membolehkan pihak SSM memproses borang dan dokumen tersebut.


Peringkat Terakhir

Selepas kesemua borang dan dokumen diproses dan telah diluluskan oleh SSM, maka Sijil Penubuhan Syarikat iaitu Borang 9 dikeluarkan yang kebiasaanya mengambil masa 1 atau 2 hari.

Susulan dari pengeluaran Sijil Penubuhan Syarikat, maka dokumen-dokumen seperti dibawah perlu diserah simpan kepada pihak SSM.

----->a. Borang 24 – Merupakan Borang Maklumat Saham dan Pemegang Saham termasuklah Saham Diterbitkan dan Saham Dibenarkan (Authorised dan Paid-up Capital).

----->b. Borang 44 – Merupakan dokumen yang menyatakan maklumat dam kedudukan Pejabat Berdaftar Syarikat

----->c. Borang 49 – Borang yang menyatakan maklumat Para Pengarah, Pengurus dan Setiausaha Syarikat.


Dokumen Simpanan Anda Selepas Penubuhan

----->a. 5 Salinan Memorandum dan Arikel - M & A

----->b. 5 Salinan Borang 44

----->c. 5 Salinan Borang 49

----->d. 5 Salinan Borang 24

----->e. 5 Salinan Borang 9

----->f. Resolusi pembukaan Akaun Bank Syarikat (Bank Pilihan Anda)


Kesemua dokumen yang diserahkan kepada pelanggan telah ditandatangi (Certified True Copy) oleh pihak Setiausaha Syarikat.


Kami menyediakan perkhidmatan penubuhan Syarikat Sdn. Bhd. baru. Syarikat yang ditubuhkan adalah berdasarkan tujuan dan kehendak perniagaan anda.


. . . . . . . . . . . . . . . . . . . RM2,200 sahaja !! . . . . . . . . . . . . . . . . .


Dengan harga yang kompetitif dan khidmat runding yang berterusan ... anda tidak perlu risau lagi. tentang status Syarikat anda. Dengan pengalaman dan kemampuan yang ada kami yakin akan mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik.




BIDANG BERKAITAN:

Menyediakan perkhidmatan khidmat runding dan nasihat meliputi pengurusan, perniagaan, percukaian dan sebagainya.













A. PENGAUDITAN

Khidmat Runding Pengauditan terhadap entiti seperti Syarikat Sdn. Bhd., Koperasi, Pertubuhan dan Yayasan. Begitu juga dengan Pengauditan Terkhusus (Requested by Specific Jobs)


B. PERAKAUNAN

Sisitem Perakaunan Berkomputer yang lengkap bagi semua jenis perniagaan dan industri dengan kadar berpatutan. Juga menyediakan perkhidmatan menaik-taraf sistem perakaunan yang sedia ada bagi mengikut kesesuaian perniagaan dan entiti yang diperlukan.


C. PERCUKAIAN

Khidmat Runding dan Nasihat didalam Cukai Perniagaan, Cukai Individu, Cukai Koperasi dan sebagainya. Dengan memaksimum keuntungan perniagaan dan pada masa yang masa merancang penjimatan cukai dengan sebaik mungkin Peruntukkan Undang-undang seperti Akta Cukai, Akta Syarikat, Akta Perkongsian akan diguna-pakai sebaik mungkin dan mengadaptasi cara bersesuaian.


D.
KHIDMAT SETIAUSAHA SYARIKAT

Menyediakan khidmat Setiausaha Syarikat yang bertauliah. Bekerjasama dengan pihak Syarikat dalam memberikan khidmat nasihat, panduan dalam urusan pentadbiran selaras dengan pematuhan dan polisi yang ditetapkan oleh Akta Syarikat.


E. KHIDMAT RUNDING NASIHAT DAN LATIHAN

Menyediakan khidmat latihan dan seminar terhadap Para Pengarah, Syarikat dan Kakitangan terutamanya didalam bidang Peraturan dan Polisi entiti, Sistem Kawalan Dalaman, Penstrukturan Perniagaan, Khidmat Nasihat Pengurusan dan sebagainya.




Mohd. Radzi Lasim (S
etiausaha Syarikat)
CA (MALAYSIA)
Tel : 019 -300 7730
E-mail : mr.radzi@yahoo.com


RADZI & CO. NF 1002 (CHAR
TERED ACCOUNTANTS)
Tel : 06 - 677 3001, 677 5001
Facsimile : 06 -679 3001
E-mail : radziandco@yahoo.com
Website : www.radziandco.com

**************************************************************************************************************************************************