Thursday, September 2, 2010

SOAL JAWAB : SYARIKAT DAN PEKARA BERKAITAN



Salam Saudara Radzi,

Web Blog Anda telah sedikit sebanyak membantu saya mendalami ilmu pensyarikatan. Terima Kasih.

Senario: Saya dan 2 rakan kongsi lain telah menjalankan perniagaan servis grafik selama 4 tahun secara 'perkongsian'. Saya rasa sudah sampai masanya untuk saya bergerak ke arah 'sdn bhd'



Soalan saya:
  1. Selain dari 'limited liability' apakah faedah lain untuk saya bertukar dari 'perkongsian' kepada 'sdn bhd'?
  2. Adakah Modal berbayar RM100,000 bermaksud kami bertiga kena ada duit sebanyak itu dalam penyata akaun bank kami? Saya betul2 kurang faham tentang 'duit fizikal' yang perlu ada (SSM nak tengok dsb) dan juga modal yang telah kami laburkan semenjak 4 tahun beroperasi ini?
  3. Bolehkah share dibahagikan 3. e.g. 33.33% setiap pemegang saham?
  4. Adakah dibolehkan AGM hanya dengan 3 orang ahli dan memlih salah seorang menjadi CBOD?
Kekalkan usaha murni anda membimbing lebih ramai usahawan yang cetek ilmu seperti saya ini. Terima Kasih.

Ikhlas,

JAWAPAN:

Salam Tuan.


1. Antara faedah lain Syarikat Sdn. Bhd.

a. Cukai ... Kadar cukai Sdn. Bhd. ... apabila melebihi RM200,000 Pendapatan Bercukai ... adalah lebih baik daripada Milikan Tunggal (Enterprise) dan juga Perkongsian. Syk akan dapat berjimat dengan kadar cukai yg rendah berbanding entiti lain.
b. Dividen ... hanya boleh dikeluarkan kepada Pemegang Saham sahaja. Pemegang Saham akan menikmati Dividen ... tanpa membayar cukai lagi (Free of Tax) ... maksudnya penerima tidak akan dikenakan cukai. Syarat dan terma harus dipenuhi.
c. Kemudahan ... Pinjaman, Facilities OD, LC and TR .... akan lebih diutamakan kepada perniagaan Syarikat Sdn. Bhd.
d. Modal ...boleh meningkatkan saham secara peningkatan modal.. ianya adalah lebih selamat kerana ianya melalui SAHAM ... berbanding yg lain ... hanya dalam bentuk rekod sahaja. Sebagai contoh Saham Keutamaan ... saham yg biasa digunakan bagi penanam modal. Syarikat Sdn. Bhd sahaja yg boleh melakukan.
e. Boleh jual Syarikat ...pada masa akan datang ... ianya akan amat bernilai ... dan boleh dipindah milik secara selamat. Keuntungan atas jualan saham juga tak dikenakan cukai. Syarikat yg lama mempunyai Goodwill yg tersendiri.
f. Sifat Syarikat Sdn. Bhd. ...sifatnya adalah Kekal Abadi ... sepanjang hayat .. berbanding Perkongsian ... sebarang perubahan pekongsi ... akan menyebabkan perjanjian perkongsian diubah. Milikan Tunggal ... bergantung kepada umur pemilik ... ianya secara tersendiri akan terbubar apabila pemiliknya meninggal dunia.
g. Urusan Rasmi ... Syarikat Sdn. Bhd. ... boleh mewakilkan Agen .. seperti Agen Cukai, Setiausaha Syarikat dsb ... bagi menjalan urusan bagi pihak Syarikat. Ini tak boleh bagi Perkongsian dan Milikan Tunggal. Sebagai contoh perubahan aktiviti perniagaan atau alamat perniagaan ... kesemua rakan kongsi perlu hadir bagi mengesahkan perubahan diatas. ... payah bukan? dsb...
h. SOCSO ... hanya melindungi pekerja sahaja ... dan bukan Pemilik atau Rakan Kongsi ... tapi Syarikat Sdn. Bhd. ... para Pengarah kesemuanya dilindungi oleh SOCSO.

2. Modal RM100,000 ... secara Akta ... YA. Namun terdapat cara bagi meyelesaikan masalah ini. Adalah dinasihatkan supaya meningkatkan Modal Saham secara berperingkat. Sekiranya terdapat Modal yang ingin dimasukkan, perlulah dimaklumkan kepada Setiausaha Syarikat agar urusan kenaikkan saham tersebut dapat dilakukan dengan cara teratur. Modal Saham boleh ditingkat melalui secara TUNAI (CASH) atau BUKAN TUNAI (NON CASH). BUKAN TUNAI merujuk kepada selain daripada Tunai seperti Kenderaan, Bangunan, Stok Barang dan lain-lain yg boleh dinilaikan secara rasional dan bersesuaian.

3. Kadar 33.33% ... tak boleh ... sebab saham yg ditawarkan pada peringkat permulaan adalah pada nilai par iaitu RM1 sesaham. Gunakan angka genap dalam pembahagian Saham.

4. Boleh memilih dari salah seorang BOD.

Harap ini membantu.

RADZI
CA(M)

1 comments:

Admin said...

salam,
bolehkah saudara berikan penjelasan berkenaan DIVIDEN secara panjang lebar
a) bagaimana pemegang saham dapat menikmati dengan kadar yang tinggi
b) bagi syarikat sendirian berhad, adakah pemegang saham perlu membayar cukai berasingan dengan syarikat
c) jika berasingan...bagaimana dengan DIVIDEN yang telah di off-setkan? adakah DIVIDEN tersebut dikenakan cukai atau sebaliknya?
c) apakah syarat dan terma yang perlu dipatuhi bagi menikmati DIVIDEN?

CariGold.Com

= = = = = = = = = = MAKLUMAN UMUM = = = = = = = = = =

Tajuk dan Perbincangan Yg Lain dan Berkaitan Boleh Dilayari Di Bawah Pekara : -

- - - - - > a. Tajuk-tajuk Utama
- - - - - > b. Tajuk-tajuk Perbincangan

.... (ruangan atau kolum sebelah kiri blog ini ) atau Tekan OLDER POST Button.

... semoga mendapat manfaat bersama2 .... insyallah

KHIDMAT TUBUH & DAFTAR SYARIKAT BARU

KHIDMAT TUBUH & DAFTAR SYARIKAT BARU

PENGENALAN

Syarikat ini ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 iaitu Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) atau Syarikat Berhad (Bhd.). Bagi Syarikat Sdn. Bhd. Akta Syarikat telah menetapkan sekurang-kurangnya 2 orang diperlukan bagi menaja iaitu proses dalam menubuhkan Syarikat Sdn. Bhd. Ahli-ahli syarikat ini dihadkan kepada 50 orang sahaja dan satu-satu masa.

Mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Akta Syarikat 1965 sesebuah Syarikat Sdn. Bhd. mempunyai sifat-sifat seperti seorang manusia iaitu, Mempunyai namanya sendiri, Boleh didakwa atau mendakwa atas namanya sendiri. Mempunyai alamat yang tertentu, Mempunyai aset atas namanya sendiri, Bersifat kekal abadi. Bagi pembubaran hanya boleh dibubarkan melalui Sukerela (Persetujuan Bersama) atau Tindakan Mahkamah.


Kuasa Lembaga Pengarah

Pemegang Saham Syarikat akan melantik Para Pengarah dalam melaksanakan Objektif dan Arah tuju Syarikat. Oleh yang demikian, didalam pengurusan Syarikat, pihak berkuasa tertinggi syarikat ialah Lembaga Pengarah (Board of Directors). Lembaga Pengarah akan membuat ketetapan ke atas segala dasar yang dipersetujui bersama dalam mengurus dan mentadbir Syarikat dengan sebaik mungkin dan berlunaskan Undang-undang yang telah ditetapkan. Association) adalah di dalam tangan Lembaga Pengarah tetapi berpandukan Akta Syarikat 1965.


Liabiliti Terhad

Sifat kelebihan dan utama mengapa ramai yang memilih entiti perniagaan Sdn. Bhd. adalah Konsep Liabiliti Terhad. Para Pemegang Saham tidak akan menanggung liabiliti Syarikat sekiranya Syarikat dikenakan tindakan undang-undang mahupun pembubaran Syarikat. Bagi saham Syarikat yang telah dilanggan penuh, maka liabiliti hanya terhad kepada jumlah saham yang dipegang dan dibayar sahaja.



PROSES PENDAFTARAN SYARIKAT


Peringkat Pertama

Permohonan mencari nama Syarikat - Kelulusan nama perlu diperolehi daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum proses-proses lain dijalankan. Nama yang dicadangkan haruslah:

a. Tidak digunakan oleh Syarikat lain atau hampir menyerupai

b. Tidak bersifat keterlaluan dan ekstrim

c. Tidak boleh menggunkan nama yang telah dikawal oleh kerajaan seperti Putra, Mas, Nama Negeri-negeri dan sebagainya.

Pada ketika ini (1 November 2011), bilangan jumlah Syarikat Sdn. Bhd dan Berhad telah mencapai angka 970,000. Oleh yang demikian banyak nama Syarikat telah digunapakai dan didaftarkan.


Tips dan Panduan Nama Syarikat Baru:

a. Mencari nama Syarikat yang jarang digunapakai.

b. Digalakan agar menggunakan lebih 2 patah perkataan seperti CINTA ANGGUN RESOURCES SDN. BHD. Peluang menggunakan nama yang lebih 2 patah perkataan adalah amat cerah.

c. Sekiranya menggunakan nama yang agak pelik, penerangan atas nama diperlukan. Sebagai contoh : KAJA GROUP PROPERTIES SDN. BHD. (KAJA = KAMAL dan JAMAL)

d. Boleh juga menggunakan Bahasa asing tetapi kita perlu mendefinasikan kedalam Bahasa Malaysia atau Bahasa English. Sebagai contoh : Kappa Sigma … bermaksud didalam Bahasa Greek : Kappa = K dan Sigma = S).


Peringkat Kedua

Selepas nama baru diluluskan oleh SSM, maka perlulah disediakan Borang dan Dokumen sebelum pengeluaran Borang 9 (Sijil Penubuhan Syarikat). Tempoh maksimun 3 bulan diberikan oleh SSM bagi melengkapkan dan menyerahsimpan borang dan dokumen berkaitan. Antaranya adalah :

a. Memorandum dan Artikel Syarikat - M & A

Merupakan Peraturan, Undang-undang dan Perlembagaan Syarikat. Antara pekara yang penting yang perlu dinyatakan adalah :

i. Aktiviti Utama Syarikat. Penyenaraian 3 aktiviti utama Syarikat.

ii. Jumlah Saham Dibenarkan dan Saham Dibayar - Authorised and Paid-up Capital

iii. Nama Permulaan Pemegang Saham, Para Pengarah dan Setiausaha Syarikat

iv. Bagi Syarikat Dihadkan dengan Saham akan menyatakan akan Sekatan terhadap Jualan Saham, Ahli yang tidak melebihi 50 orang dsb.

b. Borang Perlantikkan Pengarah - Borang 48A - Merupakan pengistiharan Pengarah atau Pemegang Saham.

c. Penyataan Pematuhan - Borang 6

Nota :

----->1. Kesemua borang dan dokumen diatas perlu disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah dan Dimeterai dengan Duti Setem.

----->2. Pada peringkat ini Yuran Pendaftaran Syarikat baru akan dibayar kepada pihak SSM bagi membolehkan pihak SSM memproses borang dan dokumen tersebut.


Peringkat Terakhir

Selepas kesemua borang dan dokumen diproses dan telah diluluskan oleh SSM, maka Sijil Penubuhan Syarikat iaitu Borang 9 dikeluarkan yang kebiasaanya mengambil masa 1 atau 2 hari.

Susulan dari pengeluaran Sijil Penubuhan Syarikat, maka dokumen-dokumen seperti dibawah perlu diserah simpan kepada pihak SSM.

----->a. Borang 24 – Merupakan Borang Maklumat Saham dan Pemegang Saham termasuklah Saham Diterbitkan dan Saham Dibenarkan (Authorised dan Paid-up Capital).

----->b. Borang 44 – Merupakan dokumen yang menyatakan maklumat dam kedudukan Pejabat Berdaftar Syarikat

----->c. Borang 49 – Borang yang menyatakan maklumat Para Pengarah, Pengurus dan Setiausaha Syarikat.


Dokumen Simpanan Anda Selepas Penubuhan

----->a. 5 Salinan Memorandum dan Arikel - M & A

----->b. 5 Salinan Borang 44

----->c. 5 Salinan Borang 49

----->d. 5 Salinan Borang 24

----->e. 5 Salinan Borang 9

----->f. Resolusi pembukaan Akaun Bank Syarikat (Bank Pilihan Anda)


Kesemua dokumen yang diserahkan kepada pelanggan telah ditandatangi (Certified True Copy) oleh pihak Setiausaha Syarikat.


Kami menyediakan perkhidmatan penubuhan Syarikat Sdn. Bhd. baru. Syarikat yang ditubuhkan adalah berdasarkan tujuan dan kehendak perniagaan anda.


. . . . . . . . . . . . . . . . . . . RM2,200 sahaja !! . . . . . . . . . . . . . . . . .


Dengan harga yang kompetitif dan khidmat runding yang berterusan ... anda tidak perlu risau lagi. tentang status Syarikat anda. Dengan pengalaman dan kemampuan yang ada kami yakin akan mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik.




BIDANG BERKAITAN:

Menyediakan perkhidmatan khidmat runding dan nasihat meliputi pengurusan, perniagaan, percukaian dan sebagainya.













A. PENGAUDITAN

Khidmat Runding Pengauditan terhadap entiti seperti Syarikat Sdn. Bhd., Koperasi, Pertubuhan dan Yayasan. Begitu juga dengan Pengauditan Terkhusus (Requested by Specific Jobs)


B. PERAKAUNAN

Sisitem Perakaunan Berkomputer yang lengkap bagi semua jenis perniagaan dan industri dengan kadar berpatutan. Juga menyediakan perkhidmatan menaik-taraf sistem perakaunan yang sedia ada bagi mengikut kesesuaian perniagaan dan entiti yang diperlukan.


C. PERCUKAIAN

Khidmat Runding dan Nasihat didalam Cukai Perniagaan, Cukai Individu, Cukai Koperasi dan sebagainya. Dengan memaksimum keuntungan perniagaan dan pada masa yang masa merancang penjimatan cukai dengan sebaik mungkin Peruntukkan Undang-undang seperti Akta Cukai, Akta Syarikat, Akta Perkongsian akan diguna-pakai sebaik mungkin dan mengadaptasi cara bersesuaian.


D.
KHIDMAT SETIAUSAHA SYARIKAT

Menyediakan khidmat Setiausaha Syarikat yang bertauliah. Bekerjasama dengan pihak Syarikat dalam memberikan khidmat nasihat, panduan dalam urusan pentadbiran selaras dengan pematuhan dan polisi yang ditetapkan oleh Akta Syarikat.


E. KHIDMAT RUNDING NASIHAT DAN LATIHAN

Menyediakan khidmat latihan dan seminar terhadap Para Pengarah, Syarikat dan Kakitangan terutamanya didalam bidang Peraturan dan Polisi entiti, Sistem Kawalan Dalaman, Penstrukturan Perniagaan, Khidmat Nasihat Pengurusan dan sebagainya.




Mohd. Radzi Lasim (S
etiausaha Syarikat)
CA (MALAYSIA)
Tel : 019 -300 7730
E-mail : mr.radzi@yahoo.com


RADZI & CO. NF 1002 (CHAR
TERED ACCOUNTANTS)
Tel : 06 - 677 3001, 677 5001
Facsimile : 06 -679 3001
E-mail : radziandco@yahoo.com
Website : www.radziandco.com

**************************************************************************************************************************************************