November 27, 2014

Enterprise ke Sdn Bhd


From: xxxx@gmail.com
To: "mr.radzi@yahoo.com"
Sent:
On Wednesday, October 31, 2014 2:13 PM, JotForm
Subject: Enterprise ke Sdn Bhd

Salam sejahtera, sy memiliki perniagaan milikan tunggal. Perniagaan didaftarkan Restoran xxx Puchong. Sy berdaftar di SSM pada June 2013, masalah sy ialah sy tidak pernah declare tax, tidak menyimpan resit2 yg berkaitan perniagaan. Kini sy merancang untuk mendaftar sdn. bhd. Perlu ke sy declare untuk perniagaan sole-prop sebelum ini? Apakah yg perlu sy lakukan? Sy tidak tahu ingin bermula bagaimana. Mohon bantuan dari pihak tuan/puan. Terima kasih

JAWAPAN

Waalaikumsalam En. xxx,

Terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami. Berikut merupakan maklumbalas berhubung soalan yang Tuan ajukan:-

PENGISYTIHARAN PERNIAGAAN ENTERPRISE
Milikan Tunggal (Sole-Proprietor) Atau Perkongsian (Partnership)

·         Setiap individu yang menjalankan perniagaan perlu mengisytiharkan cukai mereka. Cukai yang diisytiharkan akan jatuh kepada individu (pemilik) yang akan dikira melalui keuntungan atau kerugian daripada perniagaan mereka.

·         Pemilik perniagaan bertanggungjawab dalam menyediakan perakaunan yang lengkap pada setiap tahun kewangan berakhir 31 Disember.

·         Dokumen berkaitan akaun perniagaan perlulah disimpan selama 7 tahun bagi tujuan Percukaian dan Perniagaan. Untuk menyediakan perakaunan yang lengkap, pemilik perlulah menyimpan dan merekodkan semua transaksi yang melibatkan :
a.       Bank dan tunai
b.      Belanja-belanja am seperti bil elektrik, bil telefon, petrol, tol, sewa, dan lain-lain belanja yang berkaitan dengan perniagaan.


PENUBUHAN SYARIKAT SDN. BHD.

Sekiranya ingin menubuhkan Syarikat Sdn. Bhd., kebiasaanya segala aktiviti perniagaan Enterprise termasuk aset dan liabiliti boleh dipindahkan ke Sdn. Bhd. dan perniagaan Enterprise tersebut dikecilkan ataupun diberhentikan.

Ini adalah kerana ianya akan melibatkan kos-kos yang tinggi bagi menjaga 2 entiti perniagaan ini iaitu Enterprise dan Syarikat Sdn. Bhd. jika kedua-duanya aktif berniaga.

Proses penubuhan Syarikat adalah seperti berikut:

A.    Syarat-syarat penubuhan Syarikat Sdn. Bhd. :
·         Mempunyai 2 orang Pengarah dan 2 orang Pemegang Saham di aman bermastautin di Malaysia.
·         Pengarah dan Pemegang Saham berumur 18 tahun ke atas dan waras
·         Tidak muflis

B.     Dokumen penubuhan Syarikat – 1 salinan kad pengenalan depan dan belakang bagi setiap Pengarah dan Pemegang Saham.

C.     Tempoh proses penubuhan – selama 4 atau 5 hari bergantung kepada situasi

D.    Pakej penubuhan Syarikat – bermula serendah RM2,200


KESIMPULAN

Pada pandangan kami, ianya terpulang kepada pemilik Perniagaan itu sendiri sama ada ingin membuat pengisytiharan Perniagaan Enterprise mereka ataupun tidak.

Sekiranya pihak Tuan telah membuat pendaftaran cukai individu di LHDN, maka pengiraan cukai perniagaan perlu dilakukan. Keuntungan atau kerugian Perniagaan seperti di dalam akaun akan dilaras semula dan dicampurkan dengan pendapatan lain dan barulah ditolak dengan pelepasan cukai yang diberikan. Dikenakan cukai atau tidak, bergantung kepada pengiraan percukaian yang dibuat.

Bagi penubuhan Syarikat Sdn. Bhd. pula, pihak Tuan bolehlah menghubungi pihak kami untuk makluman yang lebih lanjut.


Sekian. Harap penerangan di atas dapat membantu.

Terima kasih.


September 17, 2014

PURATA 68 INDIVIDU MUFLIS SETIAP HARI



KUALA LUMPUR: Purata 68 individu diisytiharkan muflis setiap hari di negara ini, meningkat 13 peratus daripada 60 orang bankrap setiap hari, tahun lalu.
Statistik terkini Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) menunjukkan dari Januari hingga Jun lalu, seramai 12,381 individu sudah diisytiharkan muflis atas pelbagai sebab, sekali gus membayangkan isu kebankrapan yang semakin membelenggu sebilangan rakyat Malaysia.
Malah statistik MdI sejak tahun 2007 juga menunjukkan aliran peningkatan individu muflis daripada 13,238 pada 2007, 13,855 (2008), 16,228 (2009), 18,119 (2010), 19,167 (2011), 19,575 (2012) dan 21,987 (2013) dengan keseluruhan kes bankrap bagi tempoh itu mencecah 134,550 orang.





Peningkatan kes muflis ini merunsingkan pelbagai pihak yang meminta kerajaan melakukan sesuatu sebelum ia menjadi parah.
Pengerusi Sekretariat Bebas Muflis, Datuk Sohaimi Shahadan menyifatkan peningkatan kes muflis di negara ini sebagai 'fenomena membimbangkan'.
Katanya, apa yang lebih menggusarkan apabila majoriti individu muflis itu terdiri daripada golongan muda berusia 40 tahun ke bawah.
Statistik menunjukkan daripada keseluruhan individu muflis, 75,279 atau 55.94 peratus berumur 44 tahun ke bawah dengan kelompok 35-44 tahun menduduki jumlah individu tertinggi muflis iaitu 46,060 kes atau 34.23 peratus.
"Kerajaan perlu segerakan pindaan akta terbabit," katanya mengupas isu kebankrapan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Kerajaan sebelum ini mencanangkan akan meminda Akta Kebankrapan 1967 (Akta 360) bagi memudahkan individu muflis mendapat pelepasan kebankrapan, bagaimanapun perkara itu masih tertangguh sehingga ke hari ini.
Julai lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri, dilapor berkata, melalui pindaan itu, beberapa peruntukan alternatif akan dilaksanakan kepada pemiutang untuk mendapatkan semula hutang berdasarkan kerangka perundangan MdI, termasuk perkiraan sukarela individu dan skim pembayaran semula hutang.
Bagaimanapun, tinjauan BH dalam kalangan individu muflis mendapati kebanyakannya skeptikal mengenai pindaan itu dengan ada antara mereka mempunyai pandangan negatif terhadap MdI yang dilihat seolah-olah memihak kepada pemiutang atau bank.
Segera pinda akta
"MdI perlu melihat isu persepsi itu sebagai cabaran dengan pihak kerajaan digesa segera melaksanakan pindaan akta terbabit, termasuk menyegerakan pelaksanaan pelepasan automatik kepada penjamin sosial bagi pinjaman kenderaan atau pinjaman pendidikan," kata Sohaimi yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan bekas EXCO Biro Ekonomi Pemuda UMNO yang memperjuang isu muflis bersama beberapa badan bukan kerajaan (NGO), khususnya Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Ketua Biro Pemantau Perkhidmatan Kewangan PPIM, Sheikh Abd Kareem S Khadaied, berkata Jabatan Insolvensi perlu mengubah persepsi negatif terhadap badan itu dengan mengambil tindakan lebih proaktif dan mesra rakyat.
Subseksyen 38(1)(c) Akta Kebankrapan 1967 melarang individu diisytiharkan bankrap untuk keluar negara kecuali dengan kebenaran Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia.
Ketika ini, ada tiga cara bagi seseorang muflis untuk keluar daripada status bankrap, iaitu pelepasan melalui perintah mahkamah, sijil pelepasan oleh Ketua Pengarah Insolvensi atau pembatalan melalui perintah mahkamah.






     Berita Harian Online
   
     17 September 2014

April 29, 2014

SIAPA YANG BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP BIL UTILITI SYARIKAT YANG TERTUNGGAK

From : "xxx"
To :mr.radzi@ymail.com
Sent : Sunday, April 20, 2014 8:38 PM
Subject : BIL UTILITI SYARIKAT YANG TERTUNGGAK

Salam en radzi. Sy nak mohon pencerahan atas tanggungjwb seorg pengarah syarikat sdn bhd keatas bil utility yg tertunggak. Sy telah membantu seorg rakan utk membuka sebuah syarikat sdn bhd pd tahun 2012. Tp syarikat baru ditubuhkan 3bln, rakan sy ni jatuh sakit. Perniagaan belum sempat dijalankan.Akan tetapi baru2 ini pihak TM ada menghubungi sy kerana ada tunggakan bil tel bjumlah rm300.Tp masa permohonan sy tidak tahu.Hanya rakan kongsi sy shj yg tandatgn.Adakah perlu sy byr tunggakan tersebut. Dan adakah sy akan dikenakan tindakan undang2?

JAWAPAN :

Salam Puan,

Terima Kasih atas soalan Puan,

Dalam sesebuah Syarikat Sdn Bhd terdapat tiga entiti berbeza. Iaitu Syarikat, Pemegang Saham (Board of Shareholder) dan Pengarah Syarikat (Board of Director). Setiap entiti mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing.

Dalam kes Puan, adakah pendaftaran telefon tersebut didaftarkan atas nama individu ataupun Syarikat?. Jikalau didaftarkan atas nama individu, maka penama yang bertanggungjawab sepenuhnya. Tetapi, jika didaftarkan atas nama Syarikat, tunggakan bil tersebut adalah menjadi tanggungjawab Syarikat.

Walau bagaimanapun, diatas tanggungjawab yang diberikan ke atas Pengarah Syarikat untuk mengurus tadbir Syarikat, Puan dan rakan Puan (Board of Director)  haruslah menjelaskan bil tertunggak tersebut atas kapasiti Syarikat.

Sekian, Terima Kasih.


Semoga membantu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...