April 29, 2014

SIAPA YANG BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP BIL UTILITI SYARIKAT YANG TERTUNGGAK

From : "xxx"
To :mr.radzi@ymail.com
Sent : Sunday, April 20, 2014 8:38 PM
Subject : BIL UTILITI SYARIKAT YANG TERTUNGGAK

Salam en radzi. Sy nak mohon pencerahan atas tanggungjwb seorg pengarah syarikat sdn bhd keatas bil utility yg tertunggak. Sy telah membantu seorg rakan utk membuka sebuah syarikat sdn bhd pd tahun 2012. Tp syarikat baru ditubuhkan 3bln, rakan sy ni jatuh sakit. Perniagaan belum sempat dijalankan.Akan tetapi baru2 ini pihak TM ada menghubungi sy kerana ada tunggakan bil tel bjumlah rm300.Tp masa permohonan sy tidak tahu.Hanya rakan kongsi sy shj yg tandatgn.Adakah perlu sy byr tunggakan tersebut. Dan adakah sy akan dikenakan tindakan undang2?

JAWAPAN :

Salam Puan,

Terima Kasih atas soalan Puan,

Dalam sesebuah Syarikat Sdn Bhd terdapat tiga entiti berbeza. Iaitu Syarikat, Pemegang Saham (Board of Shareholder) dan Pengarah Syarikat (Board of Director). Setiap entiti mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing.

Dalam kes Puan, adakah pendaftaran telefon tersebut didaftarkan atas nama individu ataupun Syarikat?. Jikalau didaftarkan atas nama individu, maka penama yang bertanggungjawab sepenuhnya. Tetapi, jika didaftarkan atas nama Syarikat, tunggakan bil tersebut adalah menjadi tanggungjawab Syarikat.

Walau bagaimanapun, diatas tanggungjawab yang diberikan ke atas Pengarah Syarikat untuk mengurus tadbir Syarikat, Puan dan rakan Puan (Board of Director)  haruslah menjelaskan bil tertunggak tersebut atas kapasiti Syarikat.

Sekian, Terima Kasih.


Semoga membantu.

1 comment:

Gentleman Frog said...

Kereta 2 dalam 1 untuk bergaya dan berniaga. Ford ranger 2010, RM46,000 sahaja. Sesuai untuk peniaga tepi jalan dan pasar malam. Enjin diesel pembakaran lambat, minyak jimat. Untuk keterangan lanjut. Klik dibawah atau copy paste alamat ke address bar.

ranger low rider RM 46,000

http://toadjitsu.blogspot.com/2014/08/car-for-trade-in-north-malaysia.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...