January 3, 2009

SENARIO: SIAPAKAH PEMILIK SEBENAR PERNIAGAAN SDN. BHD.



Apa yang saya tahu Syarikat Sdn. Bhd ditubuhkan jika ada minimum 2 pemegang saham dan pengarah mengkehendakinya ditubuhkan. Syarikat Sdn. Bhd. adalah entiti yang berlainan dengan pemegang saham dan apa yang saya tahu, jika perniagaan telah diperbadankan, pemegang saham bukan pemilik sebenar syarikat tersebut.
Di sini kita perlu memahami dan tahu apa itu:

a. Syarikat
Syarikat adalah merupakan satu perbadanan yg menjalankan perniagaan untuk tujuan perdagangan dan perindustrian dan ianya perlulah didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965. Apabila sesebuah Syarikat diperbadankan bererti ia mempunyai entiti undang-undang yang khusus dan berasingan daripada personaliti ahli-ahlinya serta mempunyai hak-hak dan tanggungjawab tertentu iaitu Syarikat boleh mendakwa dan didakwa atas namanya sendiri, mempunyai hak untuk memiliki harta sendiri, tanggungan atau liabiliti ahli-ahli syarikat adalah terhad dan sebagainya.


b. Pemegang Saham
Merupakan entiti yang memegang sejumlah saham di sesebuah entiti perbadanan seperti Syarikat yang mempunyai modal dalam bentuk saham.


c. Pengarah (Lembaga Pengarah)
Pengarah adalah sebagai pemegang amanah dan wakil kepada Syarikat.

Syarikat adalah entiti perundangan yang mempunyai hak dan tanggungjawabnya sendiri. Syarikat tidak mempunyai entiti fizikal. Pengurusannya adalah di tangan Pengarah-pengarah. Kuasa-kuasa yang diberikan kepada mereka adalah melalui M&A Syarikat. Mereka adalah wakil kepada Syarikat kerana Syarikat berfungsi melalui mereka (Pengarah).

Apabila Syarikat ditubuhkan, maka akan wujudnya Pemegang Saham, Syarikat dan Lembaga Pengarah.

Isu :
1. Sekiranya pemegang saham bukan pemilik sebenar syarikat tersebut, siapa pemilik sebenar? Mungkin Lembaga Pengarah, atau Kerajaan?
2. Siapa pula yang melantik para Pengarah?

Disini kefahaman mendalam amatlah penting mengenai 3 pekara di atas. Sekiranya anda memegang sesuatu saham, anda merupakan sebahagian daripada entiti tersebut. Dan sekiranya anda memegang majoriti sesuatu saham syarikat maka, kuasa anda besar dalam bentuk undian. Dengan undian majoriti, anda boleh menentukan dan melantik Pengarah yang anda suka sama ada anda sendiri atau kroni anda.

Katakan anda sendiri juga menjadi Pengarah, anda akan dipanggil Director Shareholders iaitu Pengarah yang memegang saham. Pengarah yang memegang saham, apatah lagi majoriti saham, secara amnya mempunyai kuasa yang besar dan mempengaruhi hala tuju Syarikat. Namun begitu, walaupun mempunyai kuasa yang besar, ianya masih terikat dengan undang-undang Syarikat dan juga seperti termaktub dalam M&A Syarikat.

Katakan pula anda malas nak berniaga tetapi anda mempunyai modal, anda akan menjadi majoriti Pemegang Saham Syarikat (katakan 90%) tetapi bagi jawatan Pengarah Syarikat pula, anda lantik orang lain. Namun apabila setelah sekian lama berniaga melalui Syarikat Sdn. Bhd., syarikat tersebut tidak menguntungkan atau tidak berapa berjaya dan besar kemungkinan akibat pengurusan tidak berapa cekap, siapa yang boleh memperbetulkan keadaan, sudah tentu Pemegang Saham di mana mereka boleh melantik Pengarah baru di Mesyuarat Agung melalui kuasa undian. Oleh yang demikian, siapa yang lebih berkuasa? Maka, isu PEMILIKAN dan juga KONSEP ENTITI BERASINGAN haruslah difahami dan selari dengan konsep Syarikat melalui Akta Syarikat yang termaktub.

Jadi dari kenyataan di atas, apakah kebaikan atau manfaat yang diperoleh oleh pemegang saham yang menubuhkan syarikat tersebut, sedangkan tujuan syarikat tersebut diwujudkan adalah untuk mendapatkan manfaat darinya oleh pemegang saham?
Sekiranya tiada manfaat atau kebaikkan, maka tidak perlulah tubuhkan Sdn. Bhd. Buat susah-susah sahaja. Bang duit lagi nak tubuh, nak bayar monthly charges lagi. eermmmmm

Telah dibincangkan di thread ini tentang kelebihan dan kebaikkan juga tentang kelemahan Syarikat Sdn. Bhd. untuk ringkasan semula. Bagi Pemegang Saham biasa sahaja, mereka akan mendapat Dividen sekiranya Syarikat mendapat keuntungan. Bagi Pemegang Saham yang juga merupakan Director, kelebihan seperti penjimatan cukai, mendapat pendapatan (Gaji atau remunerations) dan macam-macam lagi.

p/s: Berniaga melalui entiti Syarikat Sdn. Bhd. tidaklah susah. Hanya membezakan dari segi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Keep it simple and try to be the best in your business fields. Yang penting, kita memperolehi manfaat di setiap perkara yang kita buat.

Note : Dipetik dari Forum Carigold
http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=28688

3 comments:

Syafiq Aslam said...

Salam...sykt sy ada 4 ahli lembaga pengarah tp ayah yg mnjadi leader...3 ahli lembaga pengarah itu hndak menjatuhkan ayah sy sdgkan sykt itu diusahakn oleh datuk dan ayah sy...kesilapannya datuk sy membuka sykt sdn bhd mggunakan daftar perniagaan dahulu dgn mggunakan nama ahli lembaga pengarah yg dlu sdgkn 3 org ahli itu tidak mengeluarkan duit 1sen pom...boleh ke menyingkirkan 3 ahli itu dgn fight di court?

Anonymous said...

Penyingkiran hanya boleh dilakukan sekiranya ayah saudar beli semua saham mereka yg mana mereka tidak akan lepaskan. Paksaan juga tidak boleh dilakukan (contract act 1950) untuk membeli saham tersebut. Selagi ayah saudara mempunyai saham 51%, then ayah saudara adalah pemegang saham majoriti dan tetap the leader dalam keputusan syarikat yg tertentu dan tertakluk kepada company's act 1965. Terima kasih

Anonymous said...

salam.. bagaimana untuk menyingkarkan ahli lembaga pengarah yang melakukan pecah amanah & salah guna kuasa? laporan polis telah dibuat dan masih dalam siasatan.

terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...