September 21, 2012

SOAL JAWAB : ENTERPRISE

From    : "xxx"
To        : mr.radzi@yahoo.com
Sent     : Friday, September 21, 2012  9:47 AM
Subject: DAFTAR SYARIKAT

Salam.
Saya nak tanya, kalau nama blacklist dengan bank, boleh ke nak register perniagaan Enterprise dengan SSM, dan kalau boleh register, boleh ke nak buka akaun semasa di bank menggunakan nama enterprise?

Terima kasih.

Cik XXX
 
JAWAPAN:

Waalaikumsalam, Cik XXX.

1) Cik XXX masih boleh mendaftar perniagaan Enterprise dengan SSM walaupun nama Cik XXX telah di blacklist. Tiada undang-undang yang menyatakan Cik XXX tidak boleh mendaftarkan perniagaan sekiranya nama telah di blacklist oleh pihak bank.

2) Berkenaan dengan pembukaan akaun semasa menggunakan nama enterprise, Cik XXX mungkin menghadapi masalah dengan pihak bank. Ini kerana, pihak bank @ institusi kewangan mempunyai polisi mereka sendiri dalam memberi kemudahan kepada pelanggan mereka.

Terima kasih.  

RADZI
CA (M)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...