September 24, 2012

SOAL JAWAB : UPGRADE ENTERPRISE KE SYARIKAT SDN. BHD.

From    : "En. xxx"
To        : mr.radzi@yahoo.com
Sent     : Saturday, September 22, 2012  11:03 PM
Subject: PERTANYAAN SDN. BHD.

Salam Tuan,
Bolehkah nak upgrade enterprise ke sdn bhd?
Atau boleh ke nak pindah enterprise properties (spt maklumat epf,mof) ke syarikat sdn bhd yang ingin ditubuh?
Maklum balas tuan amat saya hargai.

Terima kasih

JAWAPAN:

Waalaikumsalam… 

Secara undang2 Perniagaan Enterprise ke Sykt. Sdn. Bhd. memang tak boleh. Ini adalah kedua2 entiti ditubuhkan dibawah akta yg berbeza iaitu Akta Perniagaan (Business Law) dan Akta Syarikat (Company Law). 

Namum begitu pada kebiasaanya, apabila mereka sudah menubuhkan perniagaan Syarikat Sdn. Bhd, segala aktiviti dari perniagaan Enterprise termasuk asset dan liabiliti dipindahkan ke entiti baru ini dan perniagaan Enterprise itu dikecilkan ataupun diberhentikan.

Harap ini dapat membantu.

Terima Kasih.

RADZI
CA (M)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...