September 19, 2012

SOAL JAWAB - SYARIKAT SDN. BHD. (DIRECTOR FEE)

From: "xxx"
To: mr.radzi@yahoo.com
Sent: Friday, August 10, 2012 3:17 PM
Subject: Minta Nasihat

Salam Mr. Radzi,

Saya nak minta pendapat dan nasihat:

Saya bekerja sebagai kerani dengan sebuah syarikat non bumi. Dalam masa yang sama, saya jadi Lembaga Pengarah dalam sebuah syarikat di bawah tempat saya bekerja, tapi saya tidak dibayar Director Fees. Sekarang setelah 4 tahun, baru saya sedar dan rasa tertipu. Saya pernah minta untuk berhenti jadi Director, tapi majikan saya menolak dengan alasan tidak dapat cari orang bagi mengantikan tempat saya.

Saya harap Mr. Radzi dapat tolong saya, selesaikan masalah ini,
Syarikat sentiasa dapat projek.

Terima Kasih,
Puan xxx

Terima kasih

JAWAPAN:
Wa’alaikumussalam, Puan.

1)  Puan boleh meletak jawatan sebagai Pengarah Syarikat bila-bila masa sekiranya bilangan Pengarah Syarikat tidak kurang daripada 2 orang pengarah. Maksudnya, Syarikat perlu ada sekurang-kurangnya 2 orang Pengarah (Seksyen 122, Akta Syarikat 1965). Jika Puan salah seorang Pengarah (hanya ada 2 Pengarah sahaja), maka Puan tidak boleh berhenti melainkan terdapat pengganti Pengarah Baru.

2) Tiada peruntukan dalam mana-mana akta terutamanya dalam Akta Syarikat 1965 menyatakan Director Fees wajib dibayar kepada Pengarah kecuali mendapat kelulusan daripada Shareholders. 

Kesimpulannya, Syarikat tidak terikat untuk untuk membayar Director Fees kepada setiap Pengarah. Hal ini kerana Director Fees adalah merupakan ehsan daripada Syarikat yang memerlukan persetujuan bersama daripada Shareholders.

Terima kasih.

RADZI
CA (M)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...