October 2, 2011

SYARIKAT SDN. BHD & MILIKAN TUNGGAL


Salam ...habis jugak den belek2 soalan2 n pencerahan bro radzi..

bagus gile disini..saya bercadang nk bukk sdn bhd..still mencari info..lagi byk belajar lagi byk yg xtau..

bro radzi, saya ada beberapa soalan dan harap dapat tuan bagi pencerahan kpd saya..

1) saya nak register sdn bhd, tp paid-up capital tu saya xcukup la nak sampai 100k..boleh ke kurang sket dari tu?

2) mcm syarikat akaun, saya de servey yg diorg ni boleh buat akaun company semuanya sehingga urusan audit..pada pendapat tuan, better saya guna servis diorg or ambil pekerja utk uruskn akaun syarikat?

3) contohnye company saya ade 2 pengarah, then kami same2 setuju untuk terima allowance (%) dari profit year ended? dan yang itu boleh ditolak dari cukai ke?

mintak pencerahan tuan, yang lain2 saya dpt belajar dr pencerahan tuan sebelum2 ni.... Tq tuan..


JAWAPAN:

Salam Tuan,

1.Quote:
saya nak register sdn bhd, tp paid-up capital tu saya xcukup la nak sampai 100k..boleh ke kurang sket dari tu?
Bagi Syarikat Sdn. Bhd. pekara Modal terbahagi kepada 2 bahagian iaitu :

a. MODAL DIBENARKAN (AUTHORISED CAPITAL)
&
b. MODAL BERBAYAR (PAID-UP CAPITAL).

Modal Dibenarkan (Authorised Capital). Ini merupakan TAHAP Modal yang dibenarkan untuk diterbitkan. Sebagai Contoh Modal Dibenarkan RM100,000 ... maka jumlah modal yang boleh diterbitkan adalah setakat maksimum RM100,000. Kalau Modal Dibenarkan RM500,000, maka jumlah modal yang boleh diterbitkan adalah setakat maksimum RM500,000 sahaja. Begitu seterusnya.

Sekiranya Tuan mempunyai modal kurang dari RM100,000, maka terbitkan setakat yang termampu. Sebagai contoh Tuan mempunyai wang sebanyak RM70,000 ... maka yang terbaik adalah :

- - - - - - - - > Modal Dibenarkan = RM100,000
- - - - - - - - > Modal Berbayar = RM70,000

Malah Tuan boleh menerbitkan Modal Berbayar sebanyak RM2 (iaitu paling minimum).

Sekiranya dimasa hadapan, pihak Syarikat ingin menambah modal, maka maksimum modal yang boleh diterbitkan adalah RM30,000 sahaja. Ini adalah kerana had limit Modal Dibenarkan adalah setakat RM100,000 sahaja.

Namum sekiranya pihak Syarikat ingin menambah modal melebihi tahap ini, maka Modal Dibenarkan perlu diubah ke pada tahap yang sesuai. Berikut adalah kadar Modal Dibenarkan :

a. Modal Dibenarkan = RM100,000
b. RM100,000 ke RM500,000
c. RM500,000 ke RM1,000,000
d. RM1,000,000 ke EM1,500,000 dan seterusnya

Untuk makluman, semakin tinggi Modal Dibenarkan yg dipilih, maka semakin kos penubuhan Syarikat. Kos ini akan dibayar kepada pihak SSM sebagai Yuran Penubuhan seperti yg telah ditetapkan oleh SSM. Sebagai contoh penubuhan Syarikat Sdn. Bhd. bagi Modal Dibenarkan adalah RM500,000 ... Yuran SSM untuk tahap ini sahaja adalah RM3,000. Belum termasuk kos2 lain seperti seperti Buku Berkanun, Hasil Cukai dsb.

Modal Diterbitkan ... boleh diterbitkan melalui Tunai dan setara Tunai. Maksudnya selain dar Tunai, ianya boleh digunakan sebagai Modal. Sebagai contoh Kenderaan, Bangunan, Stok Bahan Mentah dsb. Bagi Modal yang selain dari Tunai, ianya perlu dinilai pada nilai semasa dan munasabah.


2.Quote:
mcm syarikat akaun, saya de servey yg diorg ni boleh buat akaun company semuanya sehingga urusan audit..pada pendapat tuan, better saya guna servis diorg or ambil pekerja utk uruskn akaun syarikat?
Akaun Perniagaan dan Akaun Syarikat Sdn. Bhd.

Untuk makluman, Akaun Perniagaan bagi perniagaan Milikan Tunggal (Enterprise)dan Perkongsian tidak perlu diaudit oleh Juruaudit Bebas. Tiada akta untuk pekara ini.

Namum bagi perniagaan Syarikat Sdn. Bhd. dan Berhad, penyata kewangan mereka WAJIB diaudit setiap tahun seperti yg dikehendaki oleh Akta Syarikat. Kegagalan pihak Syarikat untuk mengaudit akan dikompaun seminimum RM10,200 (Pengarah dan Syarikat)

Audit perlu dilakukan oleh JURUAUDIT BEBAS dimana pihak Syarikat (Sdn. Bhd & Bhd) akan melantik mereka. Cuma dari segi Penyata Kewangan boleh memilih samada hendak membuat sendiri ataupun menggunakan khidmat luar.


3)Quote:
contohnye company saya ade 2 pengarah, then kami same2 setuju untuk terima allowance (%) dari profit year ended? dan yang itu boleh ditolak dari cukai ke?

Perniagaan Milikan Tunggal (Enterprise) dan Perkongsian:

Perniagaan Milikan Tunggal adalah hak milik pemunya. Berbanding dengan Syarikat Sdn. Bhd. Segala harta, termasuk tunai dan liabiliti adalah kepunyaan pemilik Milikan Tunggal. Oleh yg demikian. keuntungan perniagaan adalah milik empunya perniagaan tersebut.

Gaji yg diterima oleh Pemilik bukanlah perbelanjaan perniagaan Milikan Tunggal. Oleh yg demikian ianya perlu dilaraskan semula dalam mengira Pendapatan Bercukai perniagaan tersebut. Gaji yg lain seperti gaji pekerja adalah merupakan kos bagi perniagaan tersebut.

Gaji, Ambilan dan Elaun dsb adalah merupakan pengeluaran oleh empunya perniagaan dan bukannya kos perniagaan.

Tuan tidak dihalang untuk mengambil seberapa banyak yg Tuan suka sebab perniagaan tersebut adalah kepunyaan Tuan. Cuma pengambilan tersebut tidak dianggap sebahagi kos perniagaan tersebut. Tapi keuntungan perniagaan tersebut adalah hak milik 100% empunya perniagaan.

Begitu juga dengan Perkongsian, cuma terdapat beberapa pembahagian perlu dibuat seperti pembahagian keuntungan atau kerugian, elaun modal dsb. Pembahagian yg dibuat akan dilaporkan keatas cukai mereka yang mendapat pembahagian tersebut (Borang B)

Syarikat Sdn. Bhd.
Sebarang ganjaran yang diterima oleh para Pengarah termasuklah Gaji, Elaun, Bonus dsb akan ditolak dalam Penyata Untung Rugi Syarikat dan ianya merupakan satu kos bagi Syarikat Sdn. Bhd. . Bagi Pengarah yg menerima, ianya merupakan tanggungjawab mereka melaporkan pendapatan mereka (Borang BE) ke LHDN.

p/s: Harap ini membantu.

RADZI CA(M)
019 - 300 7730

4 comments:

Anonymous said...

sebab ape syarikat berhad wajib audit berbanding dengan syarikat milikan tunggal dan perkongsian???

admin said...

salam..terima kasih atas maklumat yang maat berguna, walaupun dah belajar kat universiti..tapi bila baca jawapan Encik Radzi.baru saya nampak perbezaan yang ketara antara syarikat entreprise dan sdn bhd,,, saya baru nak berjinat2 dalam dunia perniagaan..blog encik ni banyak membantu ..ni blog saya http://ammarzahraa.blogspot.com

enterprise said...

Pasal apa tau? Pasal enterprise modal sikit
Pastu yg gunaa nama enterprise ni yang jinak jinak dalam dunia niaga.sdn bhd takde 100k jangan cubaa cuba bukak sdn bhd

sayangku jazzel said...

Assalamualaikum. Saya baru2 ini terima surat saman drpd KWSP kerana tidak bayar caruman pekerja. Ada syarikat lain telah membuat signature palsu nak menubuh kan 1 Syarikat Sendirian Berhad. Mengunakan nama saya tanpa pengetahuan. Borang 48A drpd SSM saya dapati dokumentasi palsu. Bagaimana saya hendak menuntut ganti rugi atau saman orang yg tidak bertanggung jawab ini?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...