January 18, 2017

SETIAUSAHA SYARIKAT DIDAKWA KERANA MEMBERI MAKLUMAT PALSU


Khamis, 8 Disember 2016 : Wong Tunk Hing, Pengarah dan Setiausaha Syarikat Asiapura Lands Sdn Bhd telah didakwa di Mahkamah Seksyen Johor Bahru atas kesalahan membuat kenyataan palsu kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah seksyen 364(2) Akta Syarikat 1965 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda tidak melebihi RM250,000.00 jika disabit kesalahan.
Wong Tunk Hing didakwa membuat pertanyaan palsu di dalam Borang 48E bertarikh 23 November 2009 berkaitan pengosongan jawatan beliau sebagai Setiausaha Syarikat Asiapura Lands Sdn. Bhd atas alasan Pengarah Syarikat yang lain tidak dapat dihubungi di alamat kediaman terakhir yang diketahui. Wong Tunk Hing telah mengaku tidak bersalah di hadapan Puan Sabariah Atan, Hakim Mahkamah Seksyen Johor Bahru. Mahkamah menetapkan RM10,000 sebagai wang ikat jamin dengan seorang penjamin.
Pendakwaan dikendalikan oleh Najia Abdul Razak, Pegawai Pendakwa Kanan SSM manakala Wong Tunk Hing diwakili oleh Chua Yee Leng.
SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
Bertarikh : 8 Disember 2016

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...