DATUK Subromaniam Tholasy (kanan) menyerahkan anugerah penghargaan kepada pegawai kastam pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kastam 2016 di Wisma Kastam, Kota Kinabalu. Hadir sama Pengarah Kastam negeri Sabah, Datuk Dr. Janathan Kandok (tengah). - Foto Mohd Adam Arinin.
KOTA KINABALU: Sebanyak 62,000 syarikat di seluruh negara menerima notis peringatan mesra daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) supaya mengemas kini pembayaran cukai barang dan perkhidmatan (GST). Jumlah itu adalah sebahagian daripada 441,000 syarikat berdaftar bagi pembayaran GST di seluruh negara. Ketua Pengarah JKDM, Datuk Subromaniam Tholasy, berkata pihaknya sudah menyerahkan 21,000 notis peringatan mesra kepada syarikat terbabit bagi fasa pertama minggu lalu dan 41,000 notis untuk fasa kedua, semalam. Katanya, semua pemilik syarikat boleh melihat notis peringatan itu melalui sistem "Taxpayer Acess Point" (TAP) masing-masing.
"Notis ini diberikan kepada syarikat yang disyaki membuat pembayaran cukai GST kurang daripada jumlah sepatutnya. "JKDM mahu menumpukan pendekatan pendidikan penguatkuasaan kepada pembayar cukai. Oleh itu, kita beri notis peringatan mesra sebelum mengambil tindakan undang-undang yang sepatutnya," katanya selepas Majlis Perhimpunan Setia dan Mesra serta Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JKDM Sabah 2016, di sini, hari ini. Di Sabah, sebanyak 3,378 syarikat menerima notis berkenaan di seluruh negeri.
Subromaniam berkata, notis peringatan mesra terbabit dihantar kepada syarikat berdaftar di bawah GST hasil semakan maklumat pendaftaran, Penyata GST-03 dan maklumat lain yang didapati tidak sepadan atau ada kesilapan, yang mungkin disengajakan atau sebaliknya. "Saya minta semua syarikat berkenaan membuat semakan semula atau pindaan kepada Penyata GST-03 bermula dari tarikh pengeluaran notis," katanya.
Terdahulu, seramai 75 anggota JKDM pelbagai pangkat di Sabah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sepanjang tahun lalu, selain 31 bekas kakitangan menerima penghargaan atas persaraan.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/286030
|
May 24, 2017
62,000 syarikat terima notis peringatan GST
March 12, 2017
Datuk Vida lunaskan bayaran tunggakan GST RM4.2 juta - AWANI
Setelah selesai prosiding, Vida yang terkenal dengan perwatakan ceria, bersyukur kerana dibebaskan daripada kesemua pertuduhan. - Gambar fail
IPOH: Jutawan Kosmetik Datuk Seri Dr Hasmiza Othman hari ini menjelaskan tunggakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sejak April 2015 hingga Julai 2016 berjumlah RM4.2 juta.
Pengasas Vida Beauty Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida itu menjelaskan bayaran itu menerusi draf bank atas nama Jabatan Kastam Diraja Malaysia pagi tadi sebelum perbicaraan kes bagi 16 pertuduhan gagal membayar GST didengar di Mahkamah Sesyen.
Berikutan itu, Hakim Murtazadi Amran membenarkan pihak kastam menarik balik semua 16 pertuduhan berkaitan selepas Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran mengesahkan tertuduh telah menjelaskan semua tunggakan GST.
Terdahulu, Syed Ahmad Syed Abas yang mewakili Vida memohon pihak pendakwaan menarik balik semua tuduhan kerana anak guamnya telah membuat pembayaran penuh bagi jumlah yang dituntut iaitu RM4,246,029.10.
Hakim turut mengarahkan pasport antarabangsa Vida yang diserahkan kepada mahkamah sebelum ini diberikan semula kepada tertuduh.
Oktober lalu, Vida didakwa melakukan kesemua 16 kesalahan itu di Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Bahagian GST, Wisma Kastam, di sini sejak April 2015 hingga Julai 2016.
Bagi pertuduhan itu, Vida didakwa mengikut Seksyen 41(7) Akta GST 2014 yang boleh dihukum denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Murtazadi dalam penghakimannya berkata beliau amat berminat untuk mendengar perbicaraan kes itu kerana ia merupakan sebuah kes yang menarik dan mendapat perhatian ramai.
Setelah selesai prosiding, Vida yang terkenal dengan perwatakan ceria, bersyukur kerana dibebaskan daripada kesemua pertuduhan.
"Ini adalah satu ujian, ini adalah satu rahmat untuk saya pergi lebih tinggi. Saya bersyukur, saya dah bebas," katanya.
Beliau turut menyanyikan lagu 'Makhluk Tuhan Paling Seksi' yang dipopularkan penyanyi Indonesia Mulan Jameela sambil menyatakan perasaan tidak sabar untuk melancong ke luar negara .
Pada Disember lalu, Vida mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh atas 16 pertuduhan gagal mengemukakan penyata GST dan didenda sebanyak RM80,000.
-- BERNAMA
March 2, 2017
Kastam Kelantan buru 3,474 peniaga gagal jelaskan GST
KOTA BHARU - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) memburu 3,474 peniaga berdaftar yang masih gagal menjelaskan kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebanyak RM6 juta di negeri ini.
Pengarahnya, Mohd Nasir Yusof berkata, peniaga berkenaan diburu menerusi Operasi Strategi Lautan Biru Kastam (CBOS) 3.0 bermula hari ini hingga 31 Disember tahun ini.
"Seramai 30 pegawai Bahagian GST, pematuhan serta penguatkuasaan akan ditugaskan membuat audit verifikasi ke atas peniaga berdaftar dari sektor pembinaan dan hartanah, pengusaha restoran, peruncit serta kedai perkakasan," katanya kepada pemberita selepas pelancaran CBOS 3.0 di Pejabat JKDM Padang Bongor di sini, hari ini.
Mengikut Operasi CBOS 3.0 itu, JKDM akan memberi tempoh 30 hari kepada pemilik syarikat berdaftar supaya melakukan pindaan Penyata GST bermula daripada tarikh pemeriksaan sekiranya verifikasi audit
mendapati bayaran yang dibuat peniaga adalah rendah berbanding jumlah pendapatan harian mereka.
"Jabatan tidak teragak-agak mengambil tindakan mahkamah dan mengenakan penalti sehingga 40 peratus daripada amaun yang kurang bayar terhadap syarikat berdaftar yang gagal mematuhi perundangan jabatan," katanya.
Dalam pada itu, Mohd Nasir berkata, antara kesalahan yang sering dilakukan peniaga adalah tidak mengeluarkan penyata, mengeluarkan penyata tanpa bayaran, membuat tuntutan melebihi sepatutnya dan lain-lain.
Beliau berkata, peniaga diberi kuasa mengutip cukai tetapi dalam masa yang sama mereka perlulah bertanggungjawab dengan menyalurkannya semula kepada kerajaan.
"Apa yang mereka kutip itu adalah wang rakyat dan sepatutnya disalurkan pula kepada negara untuk kepentingan rakyat semula. Sepatutnya mereka menjadi 'wira ekonomi negara' dengan berbuat demikian, " katanya. - Bernama
February 15, 2017
KUALA TERENGGANU, 13 Februari – Lembaga
Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) pada hari ini mendakwa dua orang pengarah
di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu kerana gagal mengisytiharkan cukai
pendapatan. Azaiz bin Abdullah (55 tahun), seorang kontraktor dan juga
merupakan Pengarah Syarikat Jati Kenali Trading Sdn. Bhd. menghadapi lapan
pertuduhan di bawah seksyen 77(1)(a) dan seksyen 112(1) Akta Cukai Pendapatan
1967 kerana gagal mengisytiharkan pendapatan dirinya dan mengemukakan Borang B
bagi Tahun Taksiran 2006, 2007, 2008, 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2013 dalam
tempoh masa yang ditetapkan. Manakala Sabarina Binti Dato’ Sulaiman (48 tahun),
seorang Pengarah yang bertanggungjawab menurut seksyen 75 Akta Cukai Pendapatan
1967 bagi Syarikat Regensi Motor (TRG) Sdn. Bhd. pula menghadapi tiga
pertuduhan di bawah seksyen 77A(1) dan seksyen 112(1) Akta Cukai Pendapatan
1967 kerana gagal mengisytiharkan pendapatan syarikat dan mengemukakan Borang C
bagi Tahun Taksiran 2011, 2013 dan 2014 dalam tempoh yang ditetapkan. Bagi
setiap pertuduhan, kedua-dua tertuduh boleh dikenakan hukuman denda tidak
kurang dari RM200.00 dan tidak melebihi RM2,000.00 atau penjara tidak melebihi
tempoh enam bulan atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.
Walau bagaimanapun, kedua-dua tertuduh tidak hadir pada perbicaraan yang berlangsung hari ini di hadapan Puan Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat. Justeru LHDNM melalui Pegawai Hasilnya, Norhidayah Yasin telah membuat permohonan agar waran tangkap dikeluarkan terhadap tertuduh. Permohonan LHDNM telah dibenarkan dan Majistret menetapkan tarikh sebutan semula kes untuk waran tangkap pada 13 Mac 2017
January 31, 2017
RAYUAN PENGARAH URUSAN KUMPULAN DITOLAK – SABITAN DIKEKALKAN KERANA MELANGGAR TUGAS FIDUSIARI DI BAWAH AKTA SYARIKAT 1965
Selasa, 10 Januari 2017 – Selepas hampir dua tahun merayu, Malim Bin Mohamed, 47 tahun, selaku Pengarah Urusan Kumpulan syarikat Satang Holdings Berhad yang juga merupakan pengarah di syarikat Satang Jaya Sdn Bhd telah pun berakhir apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak rayuannya terhadap sabitan seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen sebelum ini pada 13 Mei 2015.
Pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap Malim bagi kesalahan telah menggunakan peluang korporat yang disedarinya semasa beliau menjalankan tugasnya selaku pengarah di Satang Jaya Sdn Bhd apabila beliau memberikan kontrak yang diperolehi daripada Kerajaan Malaysia kepada GSE Engineering Sdn Bhd dan Kobat Engineering Sdn Bhd untuk manfaat dirinya sendiri tanpa sebarang kelulusan mesyuarat agung yang mana ianya bersalahan dengan seksyen 132(2)(d) Akta Syarikat 1965.
Di mahkamah rendah, Malim turut menghadapi pertuduhan alternative di bawah seksyen 132(2)(c) Akta yang sama iaitu perbuatan menggunakan kedudukannya sebagai pengarah untuk mendapatkan manfaat bagi dirinya sendiri berhubung dengan perkara yang sama sepertimana pertuduhan utama. Di samping itu, Malim juga sedang menghadapi hukuman 6 tahun penjara bagi dua pertuduhan menggunakan dokumen palsu bagi mendapatkan bayaran kontrak daripada Kerajaan Malaysia serta 4 kali sebatan bagi dua pertuduhan pecah amanah jenayah dalam menyalahgunakan wang syarikat.
Pesuruhjaya Kehakiman, Dato’ Nordin Hassan ketika menyampaikan keputusan rayuan menyatakan bahawa dapatan fakta terhadap kebersalahan Malim bagi semua pertuduhan yang dibuat oleh hakim bicara adalah betul dan tidak wajar untuk diganggu oleh Mahkamah Tinggi. Mahkamah Tinggi kemudiannya turut membenarkan permohonan lisan peguambela Malim, Dato’ Sri Jahaberdeen Mohamed Yunoos untuk menggantung pelaksanaan hukuman sementara menanti rayuan lanjut di Mahkamah Rayuan dan mengekalkan nilai jaminan sebanyak RM140,000 dengan seorang penjamin ke atas Malim.
Rayuan kes ini dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya SSM, Ku Hayati Ku Haron bagi pihak Pendakwa Raya, Malaysia. Keputusan rayuan seumpama ini sebenarnya jelas mencerminkan amaran keras daripada Mahkamah khusus buat pengarah korporat agar tidak terjerumus dalam sebarang bentuk pelanggaran tugas-tugas fidusiari di bawah Akta Syarikat 1965.
SUMBER: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
1 FEBRUARI 2017
1 FEBRUARI 2017
PEMILIK PERNIAGAAN
DISABITKAN KESALAHAN KERANA MENAWARKAN SKIM PELABURAN YANG TIDAK SAH DI BAWAH
SEKSYEN 91(1) AKTA SYARIKAT 1965
Selasa, 6 Disember 2016: Hakim
Mahkamah Sesyen Shah Alam, Tuan Zamri Bin Bakar pada hari ini telah mensabitkan
pemilik perniagaan Green Million Agrisolutions Enterprise, Muhammad Rozi Bin
Omar, 42, kerana melanggar peruntukkan seksyen 91(1) Akta Syarikat 1965.
Muhammad Rozi telah diperintahkan membayar denda berjumlah RM50,000.00 dan
sekiranya ingkar, enam (6) bulan penjara.
Kesalahan di bawah seksyen 91(1) Akta
Syarikat 1965 membawa hukuman maksimum pemenjaraan lima (5) tahun atau denda
maksimum sebanyak RM100,000.00 atau kedua-duanya sekali.
Kesalahan yang dilakukan oleh
Muhammad Rozi ini adalah berkaitan dengan penawaran yang telah dibuat kepada
orang awam untuk membeli kepentingan (‘interest’) dalam skim pelaburan rock
melon tanpa Surat Ikatan (‘approved deed’) yang sah dan diluluskan oleh
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (‘SSM’) melalui perniagaan Green Million
Agrisolutions Enterprise.
Faizal Mahdi Bin Mahmud dan Cheong
Jee Khuan menjalankan pendakwaan bagi pihak SSM manakala Muhammad Rozi tidak
diwakili peguam.
Tindakan pendakwaan yang dijalankan
ini adalah salah satu usaha berterusan oleh pihak SSM untuk menbanteras skim
pelaburan yang tidak berdaftar di Malaysia yang menerima wang pelaburan dari
orang awam.
SUMBER: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
(SSM)
BERTARIKH: 1 FEBRUARI
2017
January 18, 2017
KASTAM LAKSANA KAEDAH LEBIH MESRA LAKSANA PEMATUHAN GST
JOHOR BAHRU: Jabatan Kastam menukar strategi dan menggunakan kaedah
yang lebih mesra untuk memastikan syarikat perniagaan mematuhi peraturan Cukai
Barang dan Perkhidmatan (GST).
Timbalan Ketua Pengarah (penguatkuasaan dan pematuhan)
Datuk T. Subromaniam berkata, kaedah baharu itu telah digunakan dalam operasi
yang dilaksanakan di bawah Strategi Lautan Biru Kastam (CBOS) yang menyaksikan
pegawai penguatkuasa mengunjungi premis bagi memberi penjelasan dan mendengar
masalah yang dihadapi oleh pemilik perniagaan melibatkan kes pelanggaran
peraturan.
Jelas beliau, langkah itu perlu dilaksanakan kerana
segelintir pemilik perniagaan gagal untuk mengisytiharkan hasil GST kepada
kerajaan.
Ujarnya lagi, ada juga pemilik yang terlibat
mengisytiharkan jumlah kutipan tetapi tidak membayar jumlah cukai yang
sepatutnya kepada kerajaan.
"Sebelum ini Jabatan Kastam melaksanakan kaedah
pematuhan tetapi menukar kepada langkah pemberitahuan untuk mencapai golongan
sasar.
"Operasi dengan kaedah baharu ini bermula pada
September dan kita telah mengunjungi kira-kira 20,000 perniagaan yang berdaftar
dengan GST serta mengumpul sebanyak RM1 bilion," katanya.
SETIAUSAHA SYARIKAT DIDAKWA KERANA MEMBERI MAKLUMAT PALSU
Khamis, 8 Disember 2016 : Wong Tunk Hing, Pengarah dan Setiausaha Syarikat Asiapura Lands Sdn Bhd telah didakwa di Mahkamah Seksyen Johor Bahru atas kesalahan membuat kenyataan palsu kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah seksyen 364(2) Akta Syarikat 1965 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda tidak melebihi RM250,000.00 jika disabit kesalahan.
Wong Tunk Hing didakwa membuat pertanyaan palsu di dalam Borang 48E bertarikh 23 November 2009 berkaitan pengosongan jawatan beliau sebagai Setiausaha Syarikat Asiapura Lands Sdn. Bhd atas alasan Pengarah Syarikat yang lain tidak dapat dihubungi di alamat kediaman terakhir yang diketahui. Wong Tunk Hing telah mengaku tidak bersalah di hadapan Puan Sabariah Atan, Hakim Mahkamah Seksyen Johor Bahru. Mahkamah menetapkan RM10,000 sebagai wang ikat jamin dengan seorang penjamin.
Pendakwaan dikendalikan oleh Najia Abdul Razak, Pegawai Pendakwa Kanan SSM manakala Wong Tunk Hing diwakili oleh Chua Yee Leng.
SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
Bertarikh : 8 Disember 2016
Subscribe to:
Posts (Atom)