"Kita
juga akan memastikan pematuhan oleh peniaga dan pembayar cukai dipertingkat
melalui penguatkuasaan," Datuk Seri Khazali Ahmad - foto BERNAMA
KUALA LUMPUR 16 MAC 2016: Hasil kutipan cukai Jabatan
Kastam Diraja Malaysia disasar mencapai sehingga RM52 bilion tahun ini. Ketua
Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata
daripada jumlah tersebut, RM39 bilion merupakan sasaran bagi Cukai Barangan dan
Perkhidmatan (GST) seperti yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Tun Razak semasa Bajet 2016.
Beliau berkata hasil kutipan cukai oleh Jabatan Kastam
Diraja Malaysia dijangka menyumbang secara signifikan kepada Keluaran Dalam
Negara Kasar (KDNK) tahun ini susulan trend meningkat yang dicatatkan sejak
2013. Pada 2013, kastam menyumbang kepada 15.5 peratus KDNK. Pada 2014, 16
peratus dan pada 2015 sebanyak 23.3 peratus.
Tambah Khazali, jabatan itu sedang mengambil inisiatif
untuk menambah baik sistem kutipan bagi kemudahan pembayar cukai. "Kita
juga akan memastikan pematuhan oleh peniaga dan pembayar cukai dipertingkat
melalui penguatkuasaan.
"Dalam situasi sekarang, kita harus meningkatkan usaha
dan tanggungjawab kita dalam memastikan sasaran kita tercapai. Unjuran ini
dibuat berdasarkan perkiraan yang telah kita buat, buka saja-saja meletakkan
sasaran itu," katanya. Beliau berkata demikian selepas Persidangan WCO
Ketua Pentadbiran Kastam Rantau Asia dan Pasifik (RHCA) ke-17.
SUMBER:
http://www.astroawani.com/berita-bisnes/kastam-jangka-kutip-cukai-sehingga-rm52-bilion-untuk-2016-98758