August 25, 2013

SYARIKAT TIDAK AKTIF



From     :"xxx"
To         : mr.radzi@ymail.com
Sent      : Sunday, July 28, 2013 10:28 AM
Subject : SYARIKAT TIDAK AKTIF

Assalam Tuan,
Kami mempunyai syarikat SDN BHD tetapi syarikat kami telah hampir setahun tidak aktif dan kami tidak pernah mengadakan sebarang mesyuarat dan audit. Jadi kami ingin bertanya adakah satu kesalahan jika syarikat ini tidak aktif dan bolehkan kami menutup syarikat ini dari terus beroperasi.

Sekian terima kasih.

En. XXX


JAWAPAN:

Waalaikumsalam, En. XXX.

Untuk makluman Tuan,
  1. Tidak menjadi satu kesalahan jika Syarikat Tuan tidak aktif. Walaubagaimanapun, sekiranya Syarikat Tuan tidak aktif, Syarikat seharusnya menyerahsimpan dokumen Penyata Tahunan dan Penyata Kewangan (Seksyen 165, Akta Syarikat 1965) kepada pihak SSM. Hal ini bagi mengelakkan Syarikat dan Pengarah Syarikat dikenakan kompaun.
  2. Penutupan Syarikat daripada terus beroperasi boleh dilakukan dan proses penutupan ini lebih dikenali sebagai ‘Strike Off’. Seksyen 308, Akta Syarikat 1965 menyediakan prosedur bagi syarikat dibubarkan tanpa perlu menjalankan proses formal penggulungan.
Diharap dapat membantu.

Sekian. Terima kasih.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...