Sebuah perkongsian ditubuhkan dengan mendaftarkan penubuhannya dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Perkongsian wujud dengan pelbagai cara. Antaranya:
- Persetujuan menjalankan perniagaan di antara dua individu.
- Persetujuan menjalankan perniagaan perkongsian di antara dua ahli perniagaan (peniaga milik tunggal) tidak kira bentuk asal sama ataupun tidak selepas bergabung, asalkan bersetuju menjalankan perniagaan bersama.
- Persetujuan antara dua pihak (individu dan peniaga) menjalankan perniagaan bersama bagi tujuan bantuan modal.
CIRI-CIRI PERKONGSIAN
- Tiada klausa dalam Akta Perkongsian 1961 menyebut tentang bilangan maksimum pekongsi, hanya menyatakan bilangan minimum pekongsi iaitu 2 orang. Namun Seksen 14(3)(b) Akta Syarikat ada menyatakan bilangan maksimum pekongsi sesebuah perkongsian ialah 20 orang. Walaubagaimanapun, bagi perniagaan berbentuk profesional seperti guaman, akauntan dan arkitek, keahliannya boleh meningkat sehingga 50 orang.
- Dari segi perundangan, perkongsian tidak dianggap entiti berasingan dengan pekongsi (liabiliti tidak terhad). Ini bermakna segala urusan yang dibuat oleh seseorang pekongsi akan mengikat perkongsian keseluruhannya. Contoh: Jika pemiutang (creditors) menuntut wang dari perkongsian, setiap perkongsi bertanggungjawab melunaskan tuntutan tersebut. Jika mana-mana pekongsi gagal melunaskan tuntutan tersebut, pekongsi lain wajib membantu untuk melunaskannya. Dari segi perundangan, perkongsian tidak dianggap entiti berasingan dengan pekongsi. Rujukan Seksyen 7,8,11 dan 12 Akta Perkongsian 1961.
- Terikat dengan surat ikatan perjanjian di antara rakan kongsi. Surat perjanjian perkongsian menentukan kuasa & tanggungjawab rakan kongsi & syarat-syarat lain. Rakan-rakan kongsi dikehendaki menyumbang modal menikut nisbah modal yang dipersetujui dalam Artikel Perkongsian. Keuntungan dan kerugian diagihkan kepada rakan kongsi mengikut syarat-syarat dan nisbah modal yang disumbangkan seperti dalam Artikel Perkongsian.
PERJANJIAN PERKONGSIAN
Perjanjian perkongsian adalah perlu bagi sesebuah perkongsian untuk mengurus tadbir perjalanan
sesebuah perkongsian. Antara butiran-butiran perjanjian perkongsian pada kebiasaanya adalah:
- Nama perkongsian, aktiviti perniagaan, lokasi, jumlah dan serta nama pekongsi.
- Perakaunan dan tempat rekod disimpan.
- Pentadbiran atau pengagihan kuasa dalam perkongsian.
- Penentuan dalam kadar untung atau rugi.
- Peruntukkan dan had ambilan bagi pekongsi dan kadar faedah dikenakan.
- Jumlah sumbagan modal pekongsi dan peruntukkan kadar faedah atas modal.
- Gaji, elaun dan ganjaran dalam pekongsi.
- Harta perkongsian.
PERKONGSIAN TANPA PERJANJIAN
Urus tadbir sesuatu perkongsian dibuat berdasarkan Seksyen 26 Akta Pekongsian 1961 sekiranya
tiada sebarang perjanjian dibuat. Huraian mengenai Subsekyen 26 Akta Perkongsian anataranya:
- Pekongsi berkongsi secara sama-rata ke atas keuntungan atau kerugian perkongsian.
- Setiap pekongsi berhak menerima faedah 8% setahun ke atas pendahuluan (pinjamanan) yang diberikan kepada perniagaan perkongsian.
- Pekongsi berhak mendapat faedah atas modal hanya setelah keuntungan ditentukan.
- Setiap pekongsi berhak mengurus perniagaan.
- Tiada gaji diberi walaupun pekongsi terlibat secara urusan harian perniagaan.
- Seorang pekongsi tidak diiktiraf tanpa persetujuan semua pekongsi.
- Keputusan majoriti diterima sekiranya wujud perbalahan berkenaan dengan perniagaan tetapi jika perkongsian ingin mengubah aktiviti perniagaan, keputusan sebulat suara (100%) mesti diperolehi.
- Buku dan rekod perakaunan perkongsian disimpan di premis perniagaan. Setiap pekongsi berhak menyemak dan membuat salinan rekod tersebut.
KEBAIKAN PERKONGSIAN
- Pengumpulan modal, pengalaman dan tenaga kerja yang banyak di kalangan pekongsi.
- Risiko keuntungan dan kerugian diagihkan kepada pekongsi.
- Kos penubuhan lebih murah dan tatacara penubuhan yang mudah berbanding dengan Syarikat Sdn. Bhd.
KELEMAHAN PERKONGSIAN
- Liabiliti tidak terhad.
- Proses mengambil keputusan mungkin mengambil masa kerana memerlukan persetujuan semua pekongsi.
- Penambahan modal terhad kepada keupayan pekongsi.
- Pembubaran: Perkongsian mungkin dibubarkan jika salah seorang pekongsi ingin membubarkan perkongsian, kematian atau persaraan, gila atau tindakan undang-undang.