Masalah Anda

1 comment:

Unknown said...

Assalamualaikum wbt tuan
Didoakan tuan sentiasa ceria dan dalam naunganNya. Saya cukup tertarik dengan soal jawab pihak tuan tentang perniagaan. Baiklah beberapa pwrtanyaan yang ingin saya kemukakan dan mohon pencerahan dari pihak tuan.

Alhamdulillah saya memang berminat dalam dunia perniagaan dan sekarang saya menjalankan perniagaan design printing. Sudah setahun saya menjalankan gerak kerja ini secara perseorangan dan persendirian. Namun atas maksud untuk perkembangkan dan perluaskan perniagaan, saya telah tetapkan beberapa orang staf untuk membantu dan bekerjasama dengan saya. InsyaAllah esok saya akan daftarkan syarikat saya di SSM untuk Enterprise.

Berkenaan dengan persoalan yang ingin saya kemukan ialah
1. Adakah mendaftar syarikat secara online atau terus ke SSM banyak manfaatnya?
2. Saya telah tetapkan beberapa staf iaitu Bahagian Pengurusan/Pentadbiran, Bahagian Pemasaran, Bahagian Pengeluaran/Produksi, Bahagian Kewangan dan Bahagian Grafik dalam perniagaan Design & Printing saya. Persoalannya, pada pihak tuan apakah adakah bahagian ini sesuai untuk perniagaan saya atau ada beberapa perkara yang perlu ditambahkan?
3. Berbalik pada kenyataan saya no.2, bagaimana saya nak bahagikan duit syarikat dengan gaji pekerja mengikut bahagian, elaun, gaji saya sendiri serta simpanan syarikat?

Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih atas kerjasama dari pihak tuan. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...