From :"xxx"
To : mr.radzi@ymail.com
Sent : Wednesday, October 30, 2013 6:26 PM
Subject : KEBENARAN MENJALANKAN PERNIAGAAN
To : mr.radzi@ymail.com
Sent : Wednesday, October 30, 2013 6:26 PM
Subject : KEBENARAN MENJALANKAN PERNIAGAAN
Syarikat saya telah beroperasi selama 14 hari,
tetapi saya belum mendapatkan kebenaran melalui Ketua Jabatan saya berkenaan
dengan kegiatan saya di luar waktu kerja? Bolehkah saya mendapatkan kebenaran
dari Ketua Jabatan saya setelah kedai saya beroperasi?
Sekian, terima kasih.
Pn. XXX
JAWAPAN:
Waalaikumsalam, Puan.
Untuk makluman Puan, sebagai golongan
kakitangan penjawat awam yang ingin menjalankan perniagaan, Puan seharusnya
terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada Ketua Jabatan. Hal ini penting bagi
mengelakan masalah yang akan timbul pada kemudian hari. Sementara itu, dalam
Peraturan 5, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993
iaitu mengenai pekerjaan luar juga menyatakan bahawa penjawat awam perlu
mendapat kebenaran daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu.
Peraturan ini juga
membenarkan Penjawat awam memegang jawatan Pengarah dengan syarat:
- Di luar waktu pejabat
- Tidak menjejaskan kebergunaannya sebagai
pegawai awam
- Tidak bercanggah dengan kepentingan
perkhidmatan awam
Disebabkan Puan telah
menjalankan perniagaan tersebut sebelum mendapat kebenaran daripada Ketua
Jabatan, Puan perlu menerangkan hal sebenar kepada Ketua Jabatan bagi
menjelaskan perkara tersebut.
Sekian, dimaklumkan.
p/s : Harap dapat
membantu
Terima kasih.
RADZI & CO.
Chartered Accountants (M)27 November 2013
No comments:
Post a Comment