From : "xxx"
To : mr.radzi@ymail.com
Sent : Saturday, November 9, 2013 3:44 PM
Subject : MENAMBAH WARGA ASING (BRUNEI) SEBAGAI PEMEGANG SAHAM
To : mr.radzi@ymail.com
Sent : Saturday, November 9, 2013 3:44 PM
Subject : MENAMBAH WARGA ASING (BRUNEI) SEBAGAI PEMEGANG SAHAM
Salam, saya menjalankan perniagaan secara kecilan
dan telah mendaftar sebuah enterprise untuk beberapa tahun. Bolehkah saya mohon
untuk menambah warga asing (Brunei) sebagai pemegang saham? Apakah
syarat-syaratnya?
Sekian, terima kasih.
Pn. XXX
JAWAPAN:
Waalaikumsalam, Puan.
Untuk makluman Puan, penambahan
pemegang saham tidak berlaku di dalam enterprise. Hanya Syarikat Sendirian
Berhad sahaja yang mempunyai pemegang saham. Enterprise hanya mempunyai
penyumbang modal. Sekiranya Puan ingin menambah warga asing (Brunei) sebagai pemegang saham, perniagaan Puan
perlu bertukar kepada Syarikat Sendirian Berhad.
Untuk pengetahuan Puan,
perniagaan Milikan Tunggal (Enterprise ) secara undang-undang tidak boleh ‘di
upgradekan’ kepada Syarikat Sdn. Bhd. Hal ini kerana kedua-dua entiti
ditubuhkan di bawah akta yang berbeza iaitu bagi Enterprise, akta yang
digunakan adalah Akta Perniagaan 1956 manakala Syarikat Sdn. Bhd. menggunakan
Akta Syarikat 1965.
Sekiranya Puan ingin
menubuhkan perniagaan Syarikat Sdn. Bhd., segala aktiviti dari perniagaan
Enterprise termasuk aset dan liabiliti perlu dipindahkan ke entiti baru ini dan
perniagaan Enterprise itu dikecilkan ataupun diberhentikan.
Untuk makluman Puan, di
dalam Akta Syarikat 1965 tidak menghalang mana-mana warganegara asing untuk
memegang saham mahupun menjadi Pengarah
bagi sesebuah Syarikat di dalam Malaysia. Oleh yang demikian,
warga Brunei tersebut boleh menjadi pemegang saham di dalam Syarikat Sdn. Bhd.
Puan, tetapi bukanlah di dalam perniagaan milikan tunggal (Enterprise).
Syarat-Syarat bagi
penubuhan Syarikat adalah seperti berikut:
A.
PENGARAH
1) Seksyen 122(1), Akta Syarikat 1965 -
Syarikat Sdn. Bhd. yang baru hendaklah mempunyai dua (2) orang Pengarah dan
dua (2) orang Pemegang Saham di mana bermastautin atau beralamat di Malaysia.
2) Seksyen
122(2), Akta Syarikat 1965 - Berumur 18 tahun ke atas dan waras.
3) Seksyen
130, Akta Syarikat 1965
o Tidak disabitkan muflis;
o Tidak pernah didakwa di dalam atau di
luar Malaysia atas sebarang kesalahan berkenaan dengan
promosi, penubuhan dan
pengurusan sesebuah pertubuhan;
o Terlibat dalam penipuan atau
ketidakjujuran yang dapat dihukum atau disabitkan dengan hukuman
penjara 3
bulan atau lebih; atau
o Di bawah Seksyen 132, 132A atau di bawah
Seksyen 303, dalam tempoh lima tahun sebelum tarikh
deklarasi ini
o Tidak pernah dipenjarakan atas kesalahan
yang dirujuk pada perenggan (2) dalam tempoh 5 tahun.
Sekian, dimaklumkan.
p/s : Harap dapat
membantu
Terima kasih.
RADZI & CO.
Chartered Accountants (M)
28 November 2013