June 26, 2013

PENUBUHAN SYARIKAT BAGI PENJAWAT AWAM



From    : "xxx"
To        : radziandco@yahoo.com
Sent     : Friday, Jun, 2013  8:39 AM
Subject: PENUBUHAN SYARIKAT

Assalam,
Saya nak tanya, saya bekerja sebagai penjawat awam. Bolehkah saya memegang jawatan pengarah dalam syarikat saya atau syarikat orang lain?
Sekian. Terima kasih.

Cik XXX

JAWAPAN:

Waalaikumsalam, Cik XXX.
Untuk makluman Cik, dari segi Akta Syarikat 1965 tiada halangan bagi golongan kakitangan penjawat awam untuk memegang jawatan Pengarah dalam Syarikat sendiri atau Syarikat orang lain. Walaubagaimanapun dalam Peraturan 5, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 iaitu mengenai pekerjaan luar, penjawat awam perlu mendapat kebenaran daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu.

Peraturan ini juga membenarkan Penjawat awam memegang jawatan Pengarah dengan syarat:
  • Di luar waktu pejabat
  • Tidak menjejaskan kebergunaannya sebagai pegawai awam
  • Tidak bercanggah dengan kepentingan perkhidmatan awam
Secara kesimpulannya, Cik dikehendaki mendapatkan kebenaran daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum memegang jawatan Pengarah dalam Syarikat.

Terima kasih.  

RADZI
CA (M)

1 comment:

Unknown said...

Assalam tuan...

Bagaimana pula sebagai pemegang saham? Sama juga kan...

Lagi satu, kelulusan ketua jabatan... adakah borang khusus diperlukan atau pun cukup hanya surat pengarah.

Tq tuan, harap dpt pencerahan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...