February 6, 2013

MASALAH MENGENAI ENTITI PERNIAGAAN




From    : "XXX"
To        : mr.radzi@yahoo.com
Sent     : Wednesday, February 6, 2013 10:58 AM
Subject : Masalah mengenai perniagaan


Salam bang,

Saya sekarang ni tengah nak upgrade kan perniagaan pemilikan tunggal ke Sdn Bhd.. tapi dalam mase yg same sy telah menjalankan 3 perniagaan di bawah Ent. di mana pemilik nye adalah abg dan akak saye yg mengunakan lesen perniagaan yg telah sy daftarkan dulu.. Jd kami nak membuat 1 entiti syarikat di mana akan di uruskan oleh pentadbiran syarikat.. Macam mane nak buat Carta Organisasi dan tugas2 yg diperlukan dlm sesebuah Syrkt.. atau blh ke mengunakan perkataan Holdings? sbb menjalankan 3 perniagaan sekali gus..

JAWAPAN

Waalaikumsalam Tuan,

1) Untuk pengetahuan Tuan, perniagaan Pemilikan Tunggal secara undang-undang tidak boleh di upgrade kan kepada Syarikat Sdn. Bhd. Hal ini kerana kedua-dua entiti ditubuhkan di bawah akta yang berbeza iaitu bagi Enterprise, akta yang digunakan adalah Akta Perniagaan 1956 manakala Syarikat Sdn. Bhd. menggunakan Akta Syarikat 1965. Sekiranya Tuan Ingin menubuhkan perniagaan Syarikat Sdn. Bhd., segala aktiviti dari perniagaan Enterprise termasuk aset dan liabiliti perlu dipindahkan ke entiti baru ini dan perniagaan Enterprise itu dikecilkan ataupun diberhentikan.

Bagi penggunaan nama Holdings dalam Syarikat Sdn. Bhd., tiada apa-apa halangan bagi menggunakan nama tersebut dalam sesebuah syarikat. Walau bagaimanapun, bergantung kepada pihak SSM untuk meluluskan nama Syarikat yang dipohon. Bagi penubuhan Syarikat Sdn. Bhd., Tuan perlulah mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) jenis perniagaan yang ingin dijalankan mengikut keutamaan. Contohnya, sebelum ini pihak Tuan menjalankan tiga perniagaan di bawah enterprise iaitu :

i.    Perniagaan A (pertanian)
ii.    Perniagaan B (pembinaan)
iii.    Perniagaan C (pengiklanan)

Untuk penubuhan Syarikat Sdn. Bhd., pihak Tuan boleh mengambil ketiga-tiga jenis perniagaan tersebut sebagai aktiviti utama Syarikat. Bagi memudahkan lagi pengurusan Syarikat, Tuan dinasihatkan agar membuka tiga (3) akaun bank berasingan bagi merujuk kepada 3 aktiviti perniagaan. Ini adalah bertujuan bagi memudahkan pengurusan aktiviti perniagaan tersebut.

2) Bagi carta organisasi syarikat, Tuan boleh buat seperti biasa. Di mana di dalamnya terdapat pengarah, pengarah urusan, pengurus pemasaran, pengurus kewangan, pengurus pentadbiran, kerani dan pekerja.

Harap dapat membantu. Terima kasih.

7 Feb 2013 (Khamis)

1 comment:

HooToh TuDia said...

Usahawan, perniaga itu adalah Fardhu Kifayah dan prosesnya mengamalkan sistem muamalat iaitu sistem memberi. Namun setiap usahawan wajib berlandaskan moral dan peraturan yang telah ditetapkan. Sesiapa sahaja akan pandang tinggi pada peniaga dan usahawan. Sentiasa berdoa dan bersedekah, insyaallah. Semoga segalanya dipermudahkan.

Lagi Tip-tip Usahawan Kecil Malaysia 2013
Kata Semangat dan Tip-tip Usahawan
Usahawan Kecil Hati Bakal Muflis
Tip-tip dari Najib untuk Usahawan Kecil
Tip-tip Usahawan Kecil Internet

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...