October 10, 2009

SOAL JAWAB: PENGARAH & PEMEGANG SAHAM


SOALAN

1. Saya adalah Pengarah Urusan Syarikat M. Kami telah melantik seorang pengarah yang telah muflis (dibenarkan oleh Jabatan Insolvensi). Persoalan,
adakah pengarah tersebut dibolehkan hadir ke AGM?
"jika boleh, adakah dia boleh juga mengundi sedangkan dia bukan pemegang saham"

2. Maafkan saya, ada 1 lagi soalan. Beza saya dengan pemegang saham lain cuma RM1. Bolehkah saya memecat dia sebagai pengarah dan melantik pengarah baru?


Mofaz


JAWAPAN

Salam.

1. Sebagai seorang yang sah dari segi Akta Syarikat 1965, beliau mempunyai hak menjalankan tugas-tugas sebagai Pengarah syarikat seperti yang termaktub dalam perlembagaan syarikat. Beliau juga mempunyai hak untuk hadir dalam AGM syarikat.

Undi, secara amnya hanya mereka yang mempunyai saham sahaja yang boleh mengundi terutamanya perkara-perkara yang melibatkan perlantikkan dan pengguguran Pengarah. Bagi mereka yang merupakan hanya seorang Pengarah tetapi bukannya pemegang saham, maka beliau tidak layak mengundi.

2. Memecat dan melantik Pengarah melalui pengundian, secara amnya mereka yang mempunyai saham terbesar (majoriti shareholders) adalah merupakan golongan yang mencorakkan sesuatu syarikat. Walaupun perbezaannya hanyalah RM1, mereka tetap golongan majoriti. (golongan membuat keputusan). Dalam kes yang melalui pengundian, mereka yang mempunyai majoriti terbesar, berkuasa untuk melantik atau menggugurkan Pengarah yang dikehendaki. Sekiranya saudara mempunyai majoriti shareholders, maka saudara mampu melakukannya di dalam mesyuarat Agung biasa atau di EGM.

Sekian, dimaklumkan.

p/s : Harap dapat membantu
       Terima kasih. 

RADZI & CO.
Chartered Accountants (M)

2 comments:

Unknown said...

asalammualakum saya nak tanya status dan hak saya dalam syarikat,masa syarikat ni baru di tubuhkan saya dilantik sebagai pengarah dan selepas syarikat telah maju saya hanya seorang driver yang diberi elaun pengarah sebanyak RM2000 sebulan,syarikat ditubuhkan diatas nama saya dan pinjaman semua atas nama syarikat,setahun keuntungan syarikat jutaan ringgit.macam mana saya nak mendapatkan hak sebagai seorang pemilik kerana masa perjanjian individu tersebut menjanjikan 50% dari keuntungan yang syarikat dapat tapi kami tak buat surat hitam putih?tempat saya telah di manipulasi oleh orang yang telah individu tersebut,nama saya tapi orang lain yang merasa.apakah langkah2 yang perlu saya lakukan???

syauqi said...

assalamualaikum...apa tindakan yang boleh saya lakukan sekiranya setiausaha syarikat atau pengarah lain menipu perpindahan saham dengan memasukkan dokumen perpindahan saham tanpa disedari dan saham dipindah tanpa persetujuan?

email: mrsyauqi89@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...