From: xxxx@gmail.com
To: "mr.radzi@yahoo.com"
Sent: On Wednesday, October 31, 2014 2:13 PM, JotForm
Subject: Enterprise ke Sdn Bhd
To: "mr.radzi@yahoo.com"
Sent:
Subject: Enterprise ke Sdn Bhd
Salam
sejahtera, sy memiliki perniagaan milikan tunggal. Perniagaan didaftarkan
Restoran xxx Puchong. Sy berdaftar di SSM pada June 2013, masalah sy ialah sy
tidak pernah declare tax, tidak menyimpan resit2 yg berkaitan perniagaan. Kini
sy merancang untuk mendaftar sdn. bhd. Perlu ke sy declare untuk perniagaan
sole-prop sebelum ini? Apakah yg perlu sy lakukan? Sy tidak tahu ingin bermula
bagaimana. Mohon bantuan dari pihak tuan/puan. Terima kasih
JAWAPAN
Waalaikumsalam
En. xxx,
Terima kasih kerana mengajukan soalan
kepada pihak kami. Berikut merupakan maklumbalas berhubung soalan yang Tuan ajukan:-
PENGISYTIHARAN
PERNIAGAAN ENTERPRISE
Milikan
Tunggal (Sole-Proprietor) Atau Perkongsian (Partnership)
·
Setiap individu yang menjalankan
perniagaan perlu mengisytiharkan cukai mereka. Cukai yang diisytiharkan akan
jatuh kepada individu (pemilik) yang akan dikira melalui keuntungan atau
kerugian daripada perniagaan mereka.
·
Pemilik perniagaan bertanggungjawab
dalam menyediakan perakaunan yang lengkap pada setiap tahun kewangan berakhir
31 Disember.
·
Dokumen
berkaitan akaun perniagaan perlulah disimpan selama 7 tahun bagi tujuan
Percukaian dan Perniagaan. Untuk menyediakan perakaunan yang lengkap, pemilik
perlulah menyimpan dan merekodkan semua transaksi yang melibatkan :
a. Bank dan tunai
b. Belanja-belanja am seperti bil
elektrik, bil telefon, petrol, tol, sewa, dan lain-lain belanja yang berkaitan
dengan perniagaan.
PENUBUHAN
SYARIKAT SDN. BHD.
Sekiranya ingin menubuhkan Syarikat Sdn.
Bhd., kebiasaanya segala aktiviti perniagaan Enterprise termasuk aset dan
liabiliti boleh dipindahkan ke Sdn. Bhd. dan perniagaan Enterprise tersebut dikecilkan
ataupun diberhentikan.
Ini adalah kerana ianya akan melibatkan
kos-kos yang tinggi bagi menjaga 2 entiti perniagaan ini iaitu Enterprise dan
Syarikat Sdn. Bhd. jika kedua-duanya aktif berniaga.
Proses penubuhan Syarikat adalah seperti
berikut:
A. Syarat-syarat
penubuhan Syarikat Sdn. Bhd. :
·
Mempunyai 2 orang Pengarah dan 2 orang
Pemegang Saham di aman bermastautin di Malaysia.
·
Pengarah dan Pemegang Saham berumur 18
tahun ke atas dan waras
·
Tidak muflis
B. Dokumen
penubuhan Syarikat – 1 salinan kad pengenalan depan dan belakang bagi setiap
Pengarah dan Pemegang Saham.
C. Tempoh
proses penubuhan – selama 4 atau 5 hari bergantung kepada situasi
D. Pakej
penubuhan Syarikat – bermula serendah RM2,200
KESIMPULAN
Pada
pandangan kami, ianya terpulang kepada pemilik Perniagaan itu sendiri sama ada
ingin membuat pengisytiharan Perniagaan Enterprise mereka ataupun tidak.
Sekiranya
pihak Tuan telah membuat pendaftaran cukai individu di LHDN, maka pengiraan
cukai perniagaan perlu dilakukan. Keuntungan atau kerugian Perniagaan seperti
di dalam akaun akan dilaras semula dan dicampurkan dengan pendapatan lain dan
barulah ditolak dengan pelepasan cukai yang diberikan. Dikenakan cukai atau
tidak, bergantung kepada pengiraan percukaian yang dibuat.
Bagi
penubuhan Syarikat Sdn. Bhd. pula, pihak Tuan bolehlah menghubungi pihak kami
untuk makluman yang lebih lanjut.
Sekian. Harap penerangan di atas dapat membantu.
Terima kasih.