September 24, 2011
SOAL JAWAB - MILIKAN TUNGGAL DAN SYARIKAT SDN. BHD.
September 22, 2011
SOAL JAWAB : MEMULAKAN PERNIAGAAN

To: mr.radzi@yahoo.com
Sent: Wednesday, September 21, 2011 11:15 AM
Subject: Syarikat atau perniagaan
Salam En Radzi,
Saya berminat untuk menubuhkan syarikat sendirian berhad bagi memulakan perniagaan saya dalam aktiviti perkhidmatan kejuruteraan (engineering services). Setelah menyelidiki berkenaan cara-cara untuk menubuhkan perniagaan/syarikat, ada sedikit kekeliruan dan kemusyikalan yang timbul. Saya keliru dengan, apakah perbezaan perniagaan dan syarikat? Yang mana perlu saya daftarkan (atau yang manakah yang bersesuaian untuk saya) jika saya mahu memulakan perkhidmatan saya dalam servis kejuruteraan? Harap En. Radzi dapat menjelaskan tentang hal ini.
Terima kasih.
August 20, 2011
PENGARAH VS PEMEGANG SAHAM
From: xxx@gmail.com
To: mr.radzi@yahoo.com
Sent: Wednesday, August 17, 2011 6:25 PM
Subject: Siapa lebih berkuasa antara Pengarah dan Pemegang saham
July 14, 2011
PENUTUPAN SYARIKAT SDN. BHD. : SYARIKAT TAK AKTIF (DORMANT)

From : xxxx@gmail.com>
To : mr.radzi@yahoo.com
Sent : Wednesday, July 13, 2011 6:01 PM
Subject: Pertanyaan: Ingin menarik diri dari syarikat sendirian berhad
Salam En Radzi,
Terima kasih.
JAWAPAN:
Salam,
Harap ini membantu.
March 31, 2011
SOAL JAWAB : MODAL SAHAM SYARIKAT DAN STRUKTUR SYARIKAT SDN. BHD.

From :
To : mr.radzi@yahoo.com
Sent : Thu, March 24, 2011 2:43:14 AM
Subject : need help sir
Kepada Encik Radzi,
Assalamualaikum,Good day.
Saya merupakan pelajar jurusan perakaunan CAT(Certified accounting technician) dan akan menyambung ACCA part 2 InsyaAllah beberapa bulan lagi. Saya ingin menubuhkan syarikat sdn bhd untuk perniagaan saya dan setelah meneliti setiap kos, start up capital is almost 400 000 since i add in rental and wages for 3months. My question is :
1) RM 1000 to register if the paid up capital is RM100 000 . adakah saya kena sediakan wang sebanyak RM100 000 dan bagi kepada SSM / bank ? dan adakah modal itu bole dikeluarkan to fund up back the start up capital for the project?
2) Currently im seeking the start-up fund so at the mean time i do not have any office to be registered.syarat register sdn bhd mestilah mempunyai premis perniagaan. is it ok if sy menggunakan alamat kedai rakan saya untuk dijadikan alamat premis sementara pergi mencari fund/loan? im planing to operate a fast casual restaurant so basicly the shop and the management office will be at two different places.
3)I've registered an enterprise recently with a sloppy name and i wish to change it. my plan is to have a group of company like Virgin Group.im starting off with food and beverages and my 2nd plan is agriculture and so on.the question is how do i make this food and beverages company a sub company to let say XXXgroup? should i registerd the parent company XXXgroup first or i just register the food and beverage company and later on in the future i register the XXXgroup and just buy the share?
i have few other question more but at the mean time this just for now and i do hope encik Radzi could consult and help me in achieving my dreams to become a young entrepreneur.
Ribuan ampun dan maaf sekiranya bahasa saya agak rojak dan sukar difahami.
Rgds,
xxxxxxx
JAWAPAN :
1. Sekiranya Tuan ingin menubuhkan Syarikat Sdn. Bhd. ... Proses ini perlu melalui Setiausaha Syarikat. RM1,000 hanyalah sebahagian daripada kos iaitu Yuran Pendaftaraan ke SSM. Ini tak termasuk Cukai Hasil, Comm. of Oath, Register Book, Dokumen Penubuhan seperti M& A, Form 49, Form 24 First BOD Meeting dsb. Orang Awan tidak dibenarkan menubuhkan Syarikat Sdn. Bhd. iaitu mereka perlu melalui Setiausaha Syarikat.
RM100,000 adalah Modal Berbayar ... dan "By The Law" .... sesiapa yg memegang saham tersebut perlu membayarnya samada Tunai atau Bukan Tunai (Setara Dengan Aset). Ini akan dinyatakan didalam Borang 24. Oleh yg demikian duit saham tersebut akan dimasukkan ke dalam Syarikat. Pengeluaran duit untuk tujuan perniagaan adalah keputusan Management (Directors) dan mereka boleh mengunakan duit tersebut melalui keputusan mereka ... tiada halangan. Tak perlu diserahkan kepada SSM. Pihak SSM hanya perlukan Borang 24 sahaja yg menunjukkan saham yang diterbitkan.
2. Register Adress ... adalah bertujuan bagi alamat surat rasmi terutamanya bagi urusan SSM, LHDN dsb.
Business Adress ... adalah tempat kita berniaga
Postal Adress ... adalah tempat surat menyurat.
..... Customer mempunyai berbagai pilihan untuk memilih alamat yg bersesuaian.
3. Boleh .. you boleh buy share dan jadikan ianya Subsidiary .. at least 51% of the shares. Pendapat saya ... digalakkan membuka Syarikat bersendirian ... maksudnya ... elakkan menggunakan konsep Group dan Subsidiari. Liabiliti dan tanggungjawab amat berat ... berbanding dengan Syarikat Sdn. Bhd. yg berstatus EPC (Exempt Private Company) ... atau Syarikat biasa sahaja.
Yg mana tak faham tu boleh call saya. Semoga ini membantu.
Terima kasih.
Radzi
CA(M)
November 1, 2010
ARTIKEL : ELAK CUKAI
LHDN bongkar 600 kes elak cukai
| |
| Tan Sri Hasmah Abdullah |
KUALA LUMPUR 31 Okt. – Bak kata pepatah, Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan jatuh ke tanah juga.
Biarpun pelbagai cara dilakukan oleh pembayar cukai untuk mengelak cukai, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terus berjaya menumpaskan usaha mereka.
Saban tahun, LHDN membongkar 600 kes pelarian cukai, sekali gus menyelamatkan kerajaan daripada kehilangan cukai lebih separuh bilion ringgit.
Menurut Ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Hasmah Abdullah, kes-kes berkenaan membabitkan sektor-sektor tidak rasmi tetapi mampu memberi hasil besar kepada LHDN.
‘‘Kita tidak mengejar peniaga ‘ikan bilis’ tetapi peniaga-peniaga besar.
‘‘Licik manapun peniaga yang cuba ‘lari’ membayar cukai, lambat-laun mereka tidak mampu lari,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di pejabatnya di sini.
Hasmah menjelaskan kejayaan pihaknya menjejaki golongan berkenaan adalah hasil kepakaran kakitangan LHDN dalam menangani masalah itu, selain kelebihan dalam Sistem Tafsir Sendiri (STS) yang diperkenalkan oleh Lembaga itu.
Katanya, melalui STS, pihaknya mampu mengenal pasti pendapatan yang mungkin tidak dilaporkan dengan betul oleh pembayar cukai.
‘‘Di bawah sistem ini, LHDN boleh memadankan harta yang dimiliki dengan pendapatan yang dilaporkan pembayar cukai.
‘‘Malah, kami mampu menyiasat dan mentaksir semula setiap perincian pendapatan dan harta pembayar cukai melalui rekod-rekod terdahulu dalam tahun-tahun sebelumnya.
‘‘Da
lam erti kata lain, golongan ini tidak akan terlepas menjalankan tanggungjawab mereka untuk membayar cukai,’’ ujar Hasmah.
‘‘Seandainya kami gagal mendapat kerjasama daripada pembayar cukai, LHDN boleh mengenakan penalti sehingga 100 peratus atau membawa kes untuk pendakwaan,’’ ujarnya.
Beliau berkata, LHDN kini memperhebatkan usaha untuk mengesan pembayar cukai baru, tunggakan cukai dan melakukan audit ke atas majikan dan kakitangan.
Kata Hasmah, langkah itu seiring dengan sasaran LHDN untuk menyaksikan peningkatan sebanyak lima peratus pembayar cukai baru atau kira-kira 300,000 orang setiap tahun.
Setakat ini, kata beliau, sejumlah empat juta penduduk Malaysia adalah pembayar cukai aktif.
Utusan Online
1 Nov. 2010
October 18, 2010
SOALJAWAB : KEGAGALAN PEMATUHAN POLISI & AKTA SYARIKAT
| Originally Posted Assalamualaikum W.B.T... Saya ada pertanyaan untuk Bro Radzi ... Macam ni...saya dah buat keputusan utk tubuhkan syarikat Sdn. Bhd. Kerana saya mempunyai perancangan jangka panjang dan matlamat yg tinggi utk perniagaan saya. Selain itu, saya juga akan mengusahakan perniagaan saya secara sepenuh masa. Tetapi, memandangkan saya baru ingin memulakan perniagaan, saya berasa agak kurang yakin untuk menubuhkan syarikat Sdn. Bhd. Saya cuma risaukan bagaimana untuk maintain segala caj & fee yg berkaitan dgn syarikat Sdn Bhd ni. Maklumlah...saya baru je nak buat bisnes. mungkin bisnes pun belum untung lg mula2 ni. Blh bagi komen @ nasihat tak? Bro Radzi, Shall U? |

... memang betul ... kos dan maintenance bagi Syarikat ... kadang2 ianya membebankan. Diantaranya adalah kos Setiausaha dan kos Audit. Apatah lagi bagi mereka yg baru hendak menjalankan perniagaan dan mengalami kekangan Modal dan Aliran Tunai.
- RM1,000 - Gagal mengadakan Mesyuarat Agung setahun (Sekseyn 143(1))
- RM200 - Gagal menyerahsimpan Annual Return (Laporan Tahunan) setahun (Seksyen 165(4))
- RM3,000 - Gagal membentang Laporan Audit dalam Mesyuarat Agung Tahunan (Seksyen 169(1)
Quote:
| Ada satu soalan lg ye... Blh tak kalau adik saya yg tengah belajar kat Universiti jd pemegang saham dalam syarikat saya nanti? dia pun dah tahun akhir dah skrg. |
p/s: harap ini membantu.
October 14, 2010
SOAL JAWAB : PENUBUHAN SYARIKAT BARU

From: xxxx@yahoo.com>
To: mr.radzi@ymail.com
Sent: Thu, October 14, 2010 6:07:39 PM
2. Boleh tak kita nak letak perkataan 'holding' secara suka-suka? Contohnya, Impian Anggun Holding Sdn. Bhd. Boleh ke En. Radzi? Kalau tak boleh tak apa. Hehehe...
Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih ye.
JAWAPAN
- Aktiviti 1 : Pertanian
- Aktiviti 2 : Percetakkan
- Aktiviti 3 : General Traders
bercadang menambah bidang-bidang yang berlainan.Harap ini membantu
Radzi
CA(M)
September 28, 2010
SOAL JAWAB : PERANAN DAN TUGAS SETIAUSAHA SYARIKAT

| 1) Boleh tak senaraikan antara tugas-tugas seorang setiausaha syarikat? Bukannya apa, kadang-kadang saya rasa dalam dilema juga. Ada masa saya mintak tolong dari setiausaha syarikat, ada benda yang dia buat dan ada perkara yang dia tak nak buat. Sebagai contoh, ada baru-baru ini saya minta dia buat lesen kewangan, dia kata dah tak buat servis tu, kalau buat pun lepas sebulan. Boleh ke dia bertindak sedemikian sedangkan kita bayar servis dia monthly? |
| 2) Apabila kita minta dokumen dari SU syarikat, adakah kita perlu bayar asing caj mendapatkan dokumen itu atau sudah termasuk dalam monthly charge. Saya ada juga minta dokumen untuk buat loan, kadang-kadang beberapa salinan. Adakah perlu saya bayar? |
| 3) Adakah kita boleh call bila-bila masa SU syarikat ini dan dia pula perlu menjawab setiap call atau SMS kita? Banyak kali call tak dapat dan SMS pun tak reply. |
| 4) Jika masalah di atas itu sebenarnya kelemahan SU syarikat yang dilantik, bagaimana cara nak menukar SU syarikat kepada SU syarikat lain yang boleh diharap? Apa prosedurnya? Untuk makluman, saya baru menggunakan khidmat mereka dalam 4 bulan. |
| 5) Ada kenalan saya menggunakan khidmat lawyer sebagai SU syarikat, apa PRO's and CON's? Terima kasih En Radzi. |
September 2, 2010
SOAL JAWAB : SYARIKAT DAN PEKARA BERKAITAN
Salam Saudara Radzi,
Soalan saya:
- Selain dari 'limited liability' apakah faedah lain untuk saya bertukar dari 'perkongsian' kepada 'sdn bhd'?
- Adakah Modal berbayar RM100,000 bermaksud kami bertiga kena ada duit sebanyak itu dalam penyata akaun bank kami? Saya betul2 kurang faham tentang 'duit fizikal' yang perlu ada (SSM nak tengok dsb) dan juga modal yang telah kami laburkan semenjak 4 tahun beroperasi ini?
- Bolehkah share dibahagikan 3. e.g. 33.33% setiap pemegang saham?
- Adakah dibolehkan AGM hanya dengan 3 orang ahli dan memlih salah seorang menjadi CBOD?
JAWAPAN:
Salam Tuan.
1. Antara faedah lain Syarikat Sdn. Bhd.
a. Cukai ... Kadar cukai Sdn. Bhd. ... apabila melebihi RM200,000 Pendapatan Bercukai ... adalah lebih baik daripada Milikan Tunggal (Enterprise) dan juga Perkongsian. Syk akan dapat berjimat dengan kadar cukai yg rendah berbanding entiti lain.
b. Dividen ... hanya boleh dikeluarkan kepada Pemegang Saham sahaja. Pemegang Saham akan menikmati Dividen ... tanpa membayar cukai lagi (Free of Tax) ... maksudnya penerima tidak akan dikenakan cukai. Syarat dan terma harus dipenuhi.
c. Kemudahan ... Pinjaman, Facilities OD, LC and TR .... akan lebih diutamakan kepada perniagaan Syarikat Sdn. Bhd.
d. Modal ...boleh meningkatkan saham secara peningkatan modal.. ianya adalah lebih selamat kerana ianya melalui SAHAM ... berbanding yg lain ... hanya dalam bentuk rekod sahaja. Sebagai contoh Saham Keutamaan ... saham yg biasa digunakan bagi penanam modal. Syarikat Sdn. Bhd sahaja yg boleh melakukan.
e. Boleh jual Syarikat ...pada masa akan datang ... ianya akan amat bernilai ... dan boleh dipindah milik secara selamat. Keuntungan atas jualan saham juga tak dikenakan cukai. Syarikat yg lama mempunyai Goodwill yg tersendiri.
f. Sifat Syarikat Sdn. Bhd. ...sifatnya adalah Kekal Abadi ... sepanjang hayat .. berbanding Perkongsian ... sebarang perubahan pekongsi ... akan menyebabkan perjanjian perkongsian diubah. Milikan Tunggal ... bergantung kepada umur pemilik ... ianya secara tersendiri akan terbubar apabila pemiliknya meninggal dunia.
g. Urusan Rasmi ... Syarikat Sdn. Bhd. ... boleh mewakilkan Agen .. seperti Agen Cukai, Setiausaha Syarikat dsb ... bagi menjalan urusan bagi pihak Syarikat. Ini tak boleh bagi Perkongsian dan Milikan Tunggal. Sebagai contoh perubahan aktiviti perniagaan atau alamat perniagaan ... kesemua rakan kongsi perlu hadir bagi mengesahkan perubahan diatas. ... payah bukan? dsb...
h. SOCSO ... hanya melindungi pekerja sahaja ... dan bukan Pemilik atau Rakan Kongsi ... tapi Syarikat Sdn. Bhd. ... para Pengarah kesemuanya dilindungi oleh SOCSO.
2. Modal RM100,000 ... secara Akta ... YA. Namun terdapat cara bagi meyelesaikan masalah ini. Adalah dinasihatkan supaya meningkatkan Modal Saham secara berperingkat. Sekiranya terdapat Modal yang ingin dimasukkan, perlulah dimaklumkan kepada Setiausaha Syarikat agar urusan kenaikkan saham tersebut dapat dilakukan dengan cara teratur. Modal Saham boleh ditingkat melalui secara TUNAI (CASH) atau BUKAN TUNAI (NON CASH). BUKAN TUNAI merujuk kepada selain daripada Tunai seperti Kenderaan, Bangunan, Stok Barang dan lain-lain yg boleh dinilaikan secara rasional dan bersesuaian.
3. Kadar 33.33% ... tak boleh ... sebab saham yg ditawarkan pada peringkat permulaan adalah pada nilai par iaitu RM1 sesaham. Gunakan angka genap dalam pembahagian Saham.
4. Boleh memilih dari salah seorang BOD.
Harap ini membantu.
RADZI
CA(M)
July 14, 2010
SOAL JAWAB : PEMILIHAN ENTITI PERNIAGAAN DAN KESAN CUKAI
Originally Posted by adar
baru2 ni pendapatan bercukai sy sekitar RM90K. skrg ni sy ada 2 ROB. tuan radzi rasa patut ke sy upgrade ke sdn bhd? sbb sy jangka tahun depan mungkin akan melebihi RM100K.
|
2. Dari segi PERCUKAIAN, berdasarkan kenyataan saudara,
Pendapatan Bercukai RM90K, anggaran cukai adalah RM12,000 (berdasarkan kadar cukai bagi tahun taksiran 2009).
Pendapatan Bercukai RM100K, anggaran cukai adalah RM14,300 (berdasarkan kadar cukai bagi tahun taksiran 2010).
Disini, kita boleh melihat akan kelebihan Perniagaan Milikan Tunggal (Enterprise) iaitu cukai yang dikenakan agak rendah berbanding dengan cukai bagi Syarikat Sdn. Bhd. Kelebihan adalah memihak kepada Perniagaan Milikan Tunggal (Enterprise). Bagi perniagaan berbentuk Syarikat Sdn. Bhd., cukai yang dikenakan adalah dalam lingkungan RM20,000 (Tahun Taksiran 2010). Oleh yang demikian, terdapat penjimatan pembayaran cukai paling minimum (sekurang-kurangnya) sebanyak dalam lingkungan RM5,600 (Bagi Pendapatan Bercukai RM100,000).
Namun begitu, sekiranya Pendapatan Bercukai melebihi RM250,000, adalah bagus untuk memilih entiti perniagaan Syarikat Sdn. Bhd. Cukai dikenakan kepada Perniagaan Milikan Tunggal adalah sebanyak RM54,825 sedangkan bagi Syarikat Sdn. Bhd. adalah RM50,000. Penjimatan sekurang-kurangnya RM4,800.
Di sini kita lihat, semakin besar Pendapatan Bercukai Perniagaan Milikan Tunggal (Enterprise), semakin kecil dalam penjimatan cukai berbanding dengan cukai bagi perniagaan Syarikat Sdn. Bhd.
Berdasarkan kepada Jadual Cukai bagi Tahun Taksiran 2010, titik pertengahan bagi kedua-dua jenis perniagaan ini adalah RM250,000 bagi Pendapatan Bercukai. Sekiranya melebihi dari amaun tersebut di atas, maka penjimatan cukai akan memihak kepada Perniagaan Syarikat Sdn. Bhd.
Bahasa mudah, sekiranya Pendapatan Bercukai melebihi RM250,000, maka entiti perniagaan berbentuk Syarikat Sdn. Bhd. akan lebih menguntungkan (dari segi cukai yang dikenakan).
Quote:
| lg satu, skrg ni sy cuba gunakan akaun personal utk sbrg urusan pembayaran oleh client. adakah LHDN akan tahu? sebab sy tak masukkan ke dlm akaun semasa syarikat. ni utk mengelak bayar cukai yg banyak thn depan. |
| tuan ada nasihat yg bagus utk sy tak utk kurangkan cukai? |
Antara kelemahan yang kita tak sedari adalah menyediakan Penyata Kewangan yang kurang munasabah (not realistic) atau kurang kewajarannya. Antaranya yang selalu berlaku, Pendapatan Perniagaan yang kecil tetapi Kos Langsung adalah besar (dengan maksud lain, Untung Kasar Perniagaan adalah terlalu kecil) dan sering melaporkan kerugian. Namun sebaliknya perniagaan tersebut boleh berbelanja mewah (seperti pembelian kereta mewah) dan mampu bertahan bertahun-tahun lamanya.
2. Nasihat saya, gunakan cara dan kaedah yang terbaik dan yang dibenarkan oleh Akta Cukai bagi mengurangkan atau merancang cukai. Cara paling mudah, setiap kali ada Belanjawan Negara, pasti ada perkara-perkara yang menarik tentang Cukai. Begitu juga dengan pelepasan-pelepasan yang telah diberikan oleh kerajaan. Gunakan dengan semaksimum yang boleh seperti Insuran Nyawa dan EPF, Pemotongan 2 kali, pengajian mereka yang OKU dsb. Insyallah boleh.
| kemudian, skrg ni sy ada 2 ROB utk dua bisnes yg berbeza. jika sy upgrade ke sdn bhd, perlu ke sy daftar 2 sdn bhd atau cukup 1 sdn bhd? |
Pada kebiasannya ... pihak Setiausaha Syarikat akan memberikan panduan yg sewajarnya terhadap pemilihan aktiviti2 perniagaan.
SUDUT LAIN
1. Dividen ... hanya boleh dilakukan kepada entiti perniagaan Syarikat Sdn. Bhd. ... selain dari entiti ini .... tak boleh istihar dan bayar dividen. (Ada saya terangkan sebelum ini)... Ini adalah kekuatan utama bagi Syarikat Sdn. Bhd. ... ramai yg tak menyedari akan konsep Dividen ini.
2. Liabiliti Terhad ... Secara amnya Syarikat Sdn. BHd. mempunyai Liabiliti Terhad ... iaitu Para Pemegang Saham dan Para Pengarah terlindung dari ancaman dan risiko penangunggan laibiliti ... Bahasa lain ... pihak ke 3 terutaman pihak Pemiutang (Creditors) hanya boleh menyaman Syarikat sahaja sekiranya Syarikat tidak mampu membayar hutang tersebut.
3. Pinjaman dan Fasiliti2 lain ... lebih diutamakan kepada perniagaan bersifat Syarikat Sdn. Bhd.
4. Kos Pematuhan Syarikat ... Merupakan faktor utama mengapa ramai yg memilih menubuhkan entiti perniagaan bersifat Milikan Tunggal (Enterprise) dan juga Perkongsian ... sebabnya kos adalah murah dan todak membebankan.
Perbezaan kos yg ketara adalah ... Kos Penubuhan (paling kurang RM2,000) ... Kos Setiausaha (paling kurang RM50 sebulan) ... Kos Audit (paling kurang RM500 setahun) dsb.
Namum begitu ... setiap entiiti mempunyai kekuatan dan kelemahan yg tersendiri.
p/s : harap ini membantu.
July 5, 2010
SOAL JAWAB : AKTIF ATAU TIDAK DAN TINDAKAN YANG PERLU DIBUAT
Assalamualaikum Saudara Mohd Radzi, saya ingin meminta sedikit nasihat. Begini ceritanya.
Pada tahun 1998, saya set up company Sdn Bhd bersama pak saudara serta ahli keluarga sebagai pengarah. Sekarang, company tersebut adalah milik saya dan 3 org pengarah lain yang terdiri daripada adik-beradik (selepas pak saudara melepaskan pegangan dalam syarikat). Dari awal penubuhan, company tidak aktif kerana kami sibuk dengan komitmen masing-masing dan tidak pernah melakukan audit tahunan hampir 12 tahun lamanya.
Bagaimana untuk saya tarik diri dari company ini atau menutup syarikat ini?
Tujuannya ialah saya ingin berkecimpung sepenuh masa dalam perniagaan dan ingin membuka syarikat Sdn. Bhd baru bersama isteri.
Harap mendapat sedikit nasihat. Terima kasih.
Berapakah anggaran perbelanjaan yang diperlukan untuk menutup Syarikat Sdn Bhd saya sekarang sebelum saya boleh menubuhkan Syarikat Sdn Bhd baru?
|
Kalau tak aktif (Dormant), kita boleh tutup sahaja atau dipanggil "Strike-off". Kosnya dalam Anggaran RM800 ke RM1,000. Kos yang lain adalah Kos Setiausaha Syarikat. Saya cuba anggarkan dengan andaian tidak pernah membayar langsung ke Setiausaha Syarikat : RM50 x 12 bulan x 12 tahun = RM7,200. Maka keseluruhannya RM8,200.
Pandangan saya, cuba minta kurang sebanyak mungkin atas Yuran Setiausaha. Kalau boleh, cuba dapatkan 70% ke 80% pengurangan. Paling tidak, mesti dapat pengurangan yang munasabah.
Kalau aktif, anda perlu melantik Liquidator (Penyelesai Syarikat). Kos mereka adalah dalam RM4,500 ke RM5,000 (minimum). Ini dinamakan Voluntary Winding-up (Penutupan Secara Sukarela).
Pilihan 2
Kalau memilih untuk meneruskan Syarikat yang sedia ada, kosnya terlalu besar dan akan dibebankan dengan penalti oleh SSM. Anggaran kos:
a. Yuran Setiausaha = RM7,200 (seperti di atas)
b. Yuran audit = RM500 x 12 tahun = RM6,000
c. Kos Annual Return = RM300 x 12 tahun = RM3,600
d. Penalti Tahunan untuk Annual Return = RM200 x 11 tahun = RM2,200
Total Kos = RM19,000
Ini tak termasuk penalti atau kompaun dari SSM sekiranya mereka dapat mengesan Syarikat tersebut tak pernah membuat Annual Return. Kadar penalti atau kompaun sekiranya mereka dapat mengesan:
a. 4 orang x RM3,500 x 11 tahun = RM154,000 (Kesalahan atas ke semua Para Pengarah)
b. RM1,500 x 11 tahun = RM16,500 (Kompaun atas Syarikat itu sendiri)
Kompaun ini sedang dikeluarkan oleh SSM ketika ini. Ianya akan berterusan. Bagi mereka yang menjadi Para Pengarah dalam Syarikat Sdn. Bhd. dan Syarikat tidak pernah membuat Audit Tahunan dan Annual Return, maka bersiap sedia. Kadar minimum adalah: 1 orang Pengarah bagi 1 tahun adalah RM3,500 dan Syarikat adalah RM1,500.
Namun begitu, pihak Pengarah dan pihak Syarikat boleh meminta pengurangan (diskaun) atas penalti atau kompaun yang dikenakan. Pada kadar kebiasaanya, pihak SSM akan memberi pengurangan sebanyak 30% ke 70% mengikut budi bicara mereka.
Pandangan saya bagi soalan ini, tutup sahaja Syarikat tersebut dan tubuhkan Syarikat yang baru. Sekiranya belum ada kompaun yang telah dikeluarkan oleh SSM, cepat-cepat tutup. Pihak Setiuasaha anda boleh menguruskan. Berundinglah dengan mereka.
p/s: harap ini membantu
July 4, 2010
SOAL JAWAB: PENGGABUNGAN AKTIVITI PERNIAGAAN
| a. Untuk Syarikat Enterprise, perlukah disediakan akaun oleh akauntan bertauliah, atau sesiapa sahaja, especially untuk kiraan cukai? b. Andai akaun dibolehkan buat sendiri oleh pemilik yang hanya tahu basic keluar masuk wang sahaja, adakah ianya diiktiraf oleh LHDN untuk kiraan cukai? |
b. Diiktiraf oleh LHDN. Basic keluar masuk wang adalah sebahagian daripada catatan akaun atau lebih mudah, ianya dipanggil Buku Bank atau Tunai (Cash Book). Namun, ianya adalah sebahagian daripada akaun. Bagaimana pula dengan perkara-perkara Pengiraan Cukai Dibayar, Elaun Modal dan juga Kerugian Dibawa ke hadapan, semuanya perlu pengiraan tersendiri. Di sini, Pemilik Perniagaan perlu melengkapkan BORANG B sebaik mungkin termasuk dengan isu-isu di atas tadi.
Untuk makluman, polisi percukaian kita telah memasuki era Sistem Taksiran Sendiri. Antara ciri-cirinya, bagi pemilik Perniagaan Tunggal tidak perlu lagi menyerahkan Penyata Kewangan perniagaan ke LHDN. Sebaliknya, pihak LHDN akan membuat audit ke atas perniagaan tersebut. Pada kebiasaanya, 4 tahun sekali. Ini adalah berdasarkan budi bicara dan kaedah mereka tersendiri. Sekiranya mereka mendapati pelaporan kewangan di dalam BORANG B meragukan, mereka berhak untuk membuat Audit Cukai ke atas perniagaan tersebut.
Oleh yang demikian, pelaporan kewangan dan pengiraan cukai perlu dilakukan sebaik mungkin bagi mengelakkan masalah di kemudian hari.
Quote:
| Andai pemilik ada beberapa Syarikat Sdn. Bhd & Enterprise, seterusnya bercadang digabungkan di atas satu syarikat induk (holding), soalannya, a) kiraan cukai berdasarkan setiap syarikat atau akaun disatukan (syarikat induk) untuk pengiraan? b) perlukah syarikat induk (holding) diambil dari salah satu syarikat atau lebih baik create satu syarikat holding baru ? Harap ada yang membantu. |
Saya cuba membuat penerangan berdasarkan andaian dan pemahaman saya ke atas soalan di atas.
Setiap perniagaan samada Perniagaan Enterprise mahu pun Syarikat Sdn. Bhd. perlulah ditaksirkan secara berasingan. Ini bermaksud, bagi perniagaan Enterprise (Milikan Tunggal), keuntungan perniagaan akan jatuh kepada pemilik perniagaan. Maka, cukai ditaksirkan ke atas pemilik perniagaan dan pemilik akan bertanggungjawab ke atasnya. CUKAI INDIVIDU
Manakala bagi Syarikat, keuntungan Syarikat akan ditaksirkan akan cukai ke atas Syarikat. Syarikat akan menanggung cukai tersebut dan bukan Pemegang Saham. CUKAI SYARIKAT
Berdasarkan soalan a), pengiraan disatukan, sebenarnya ini adalah salah satu cara bagi mereka (Cukai Individu) mengurangkan cukai individu mereka. Namun perlu ada cara yang bersesuaian, bukannya mudah.
Sekiranya pendapatan keuntungan diperoleh melalui Perniagaan Enterprise dan pada masa yang sama individu tersebut mendapat gaji atau imbuhan dari Perniagaan Syarikat Sdn. Bhd., maka segala pendapatan tersebut akan ditaksirakan bersama bagi pengiraan Cukai Individu.
Bagi perniagaan Syarikat Sdn. Bhd. akan ditaksirkan ke atas Syarikat. Syarikat akan menanggungnya.
Soalan b), saya rasa lebih merujuk kepada penggabungan aktiviti ke dalam satu entiti sahaja atau diletakkan kesemuanya di satu tempat termasuk Sales, Purchase dan lain-lain kos.
Pandangan saya, sekiranya anda mempunyai perniagaan Syarikat Sdn. Bhd., maka sewajarnya anda meletakkan kesemua aktiviti tersebut di bawah satu bumbung iaitu Syarikat Sdn. Bhd. Tak perlu untuk mewujudkan Syarikat Holding baru sekiranya perniagaan yang ada bersesuaian.
Syarikat Sdn. Bhd. mempunyai lebih banyak manfaat berbanding Perniagaan Enterprise (Milikan Tunggal). Antara manfaatnya:
- Kadar Cukai berbeza. Kalau perniagaan maju, Enterprise mempunyai kadar cukai tinggi berbanding Syarikat Sdn. Bhd. (apabila melepasi tahap)
- Dividen. Perniagaan Enterprise tidak boleh membayar Dividen berbanding Syarikat Sdn. Bhd. Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, sebarang cukai Syarikat Sdn. Bhd. yang Syarikat bayar ke LHDN, akan digunakan untuk "set-off" dengan Dividen. Oleh yang demikian, Syarikat tidak perlu lagi membayar Cukai Atas Dividen. Ini adalah salah satu Aset bagi Syarikat Sdn. Bhd.
- Pinjaman. Lebih mudah dari Perniagaan Enterprise.
- Liabiliti Terhad dan banyak lagi
ps/: harap ini membantu
May 17, 2010
SYARIKAT DAN CUKAI
| 1) Berkenaan nama syarikat, jika kita dah guna 'Apanama Sdn Bhd', boleh tak orang lain pula guna nama 'Apanama Holding Sdn Bhd', 'Apanama Consultant Sdn Bhd' dll? Maknanya nama kita dah tak ekslusif lagi. |
| 2) Macam mana nak buat nama itu esklusif untuk syarikat kita sahaja? Apa strateginya? |
| 3) Sejauh mana nama syarikat menghadkan aktiviti syarikat tersebut? Contohnya kita register 'Apanama Holdings Sdn Bhd' dengan tujuan asal untuk melabur dan memiliki syarikat orang lain. Tapi kemudiannya kita nak guna syarikat tersebut untuk dapatkan kontrak bekal alat-alat pejabat, buka restoran dan sebagainya. Apa strategi untuk mengembangkan syarikat, tapi still menggunakan nama syarikat induk yang mula-mula kita tubuhkan? |
| 4) Jika kita ingin beli kereta untuk kegunaan sendiri, mana yang lebih elok, beli kenderaan atas nama syarikat atau beli kenderaan atas nama sendiri dan membuatkan gaji kita tinggi untuk bayar installment kereta bulanan? Bagaimana pula untuk beli rumah sendiri? Apa pro dan cons? |
Beli kereta, ada 2 faktor, ikut kesesuaian:
- Kalau kereta tersebut itu melebihi RM150,000 dan ianya BARU, kebanyakkan memilih untuk tidak memasukkannya ke dalam Syarikat kerana ianya memberikan "KERUGIAN CUKAI" kepada syarikat.
Pertama, Elaun Tahunan kereta tersebut hanya diberikan setakat RM50,000 sahaja.
Kedua, bagi mereka yang menggunakan kereta tersebut, ianya merupakan satu pendapatan bagi mereka dan ianya dikenali sebagai Benefit In Kind (BIK). Nilai BIK ini akan dimasukkan ke dalam pengiraan cukai mereka yang menggunakan kereta tersebut. Ini tidak termasuk akan penggunaan minyak petrol, driver sekiranya ada.
Sila perhatikan Borang EA anda. Anda pasti jumpa ruangan ini (BIK) atau Manfaat Berupa Barangan. Anda juga boleh rujuk kepada Ketetapan Umum 2/2004 Keluaran 17 April 2009. - Kenderaan Syarikat bernilai RM150,000 ke bawah dan ianya BARU, kebiasannya mereka akan memasukkannya ke dalam Syarikat. Di sini, Syarikat akan menikmati potongan Elaun Tahunan sebanyak RM100,000.
December 20, 2009
SYARIKAT: AUDIT
SOALAN
Salam.
Saya graduan UiTM yang ingin memulakan perniagaan tak lama lagi. Saya mempunyai beberapa pertanyaan.
Ayah saya mempunyai sebuah syarikat Sdn. Bhd (tiada projek) dan Enterprise (construction). Beliau ingin saya mengambil alih syarikat Sdn. Bhd tersebut apabila saya memulakan perniagaan saya nanti (perniagaan penternakan) menggunakan nama syarikat Sdn. Bhd. Masalah saya ialah, expenses untuk syarikat Sdn. Bhd terlalu tinggi termasuk (sewa pejabat, audit syarikat, gaji pekerja). Tidak releven bagi saya yang baru memulakan perniagaan dengan expenses yang terlalu tinggi. Soalan saya,
"adakah setiap perniagaan perlu mempunyai audit syarikat masing-masing?"
"apa yang perlu saya lakukan sekiranya tidak memerlukan khidmat syarikat audit?"
"perlukah saya menyediakan setiap laporan seperti mana yang telah disediakan oleh audit syarikat saya sebelum ini atau cuma mengemukakan akaun untung dan rugi sahaja?"
INCREASE AUTHORISED AND PAID-UP CAPITAL SYARIKAT SDN. BHD.
ANSWER






